MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 17 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 23

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L01709

Tuan [ ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Ahli-Ahli Parlimen dibenarkan untuk menggunakan laluan orang kenamaan (VIP) di semua lapangan terbang di Malaysia memandangkan Malaysia Airport Holdings Bhd. diarah untuk mengetatkan pemeriksaan di laluan khas VIP di semua lapangan terbang.

2. PR-1412-L01943

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada akan meneruskan cadangan kereta nasional yang baru. Sekiranya akan diteruskan, berapakah jumlah pelaburan yang diperlukan serta penglibatan pihak Kerajaan dan swasta untuk menjayakannya.

3. PR-1412-L02452

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah kerajaan bercadang menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi mengambil alih fungsi Padiberas Nasional Bhd. (BERNAS) setelah menamatkan monopoli BERNAS sebagai sebahagian daripada pembaikan dan pembaharuan industri beras negara dan memastikan kebajikan pesawah dijaga.

4. PR-1412-L02572

Datuk [ Kapit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mengapa harga jualan barang rata-rata masih tinggi dan tidak turun walaupun sistem cukai telah bertukar dari GST kepada SST.

2 AUM DR 17/10/2018

5. PR-1412-L01602

Tuan Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan air negara, akses air, keselamatan air dan kemampuan air.

6. PR-1412-L01662

Dato' Dr. [ Parit Sulong ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan pasaran baharu minyak kelapa sawit yang berjaya diteroka oleh Kementerian dalam usaha meningkatkan eksport industri sawit Malaysia.

7. PR-1412-L01803

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian untuk menangani penyakit barah di Malaysia dan bilakah National Cancer Registry 2011 akan di kemas kini.

8. PR-1412-L01743

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) bilangan guru-guru kontrak yang masih bekerja di Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berkenaan di seluruh negara; dan

(b) jumlah bayaran imbuhan sebanyak 17 peratus daripada jumlah elaun tahunan yang telah dilangsaikan kepada guru- guru kontrak.

9. PR-1412-L01860

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan pemerkasaan sektor pelancongan di , terutama industri eco-pelancongan selaras dengan kunjungan lebih 3.7 juta pelancong yang membawa kepada nilai perbelanjaan keseluruhan lebih RM8 bilion di negeri “Di Bawah Bayu” ini.

10. PR-1412-L01967

Tuan Arthur [ Pensiangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah komitmen Kerajaan dalam memastikan Tabung

Harapan akan melalui proses audit bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam tadbir urus tabung tersebut; dan

(b) siapakah individu yang diberikan tanggungjawab menjadi penandatangan bagi akaun Tabung Harapan ini.

AUM DR 17/10/2018 3

11. PR-1412-L02715

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan dalam masa terdekat untuk memindahkan semua klinik-klinik kesihatan yang sedang beroperasi di bangunan-bangunan rumah kedai terutamanya yang tidak mempunyai kelulusan keselamatan daripada pihak berkuasa bomba dan menyediakan bangunan yang lebih baik untuk keselesaan pesakit terutamanya bagi kawasan yang bertambah kepadatan penduduknya.

12. PR-1412-L01538

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan sehingga kini berapakah jumlah hutang peneroka FELDA yang telah diselesaikan dan apakah pelan bagi menyelesaikan isu perumahan tergendala yang dijanjikan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

13. PR-1412-L01604

Dato' Seri Dr. Santhara [ Segamat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah Naib Canselor di seluruh negara yang beragama bukan Islam di IPTA dan IPTS serta apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi mencerminkan kepelbagaian kebudayaan serta kepercayaan agar dapat berdiri sama tinggi bersama di kalangan masyarakat Malaysia yang kini dilihat sebagai Malaysia Baharu dan yang benar-benar membawa perubahan dan bukan sekadar retorik.

14. PR-1412-L02345

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

(a) berapakah jumlah sungai yang dikenal pasti sebagai

tercemar di Malaysia; dan

(b) apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi memulihara sungai-sungai yang tercemar.

15. PR-1412-L02649

Tuan Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan laporan terperinci kes-kes keracunan minuman beralkohol palsu dalam negara. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi dan mengelakkan masalah ini.

4 AUM DR 17/10/2018

16. PR-1412-L01446

Dato' [ Sri Aman ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa banyak sekolah daif di Sri Aman telah dibaik pulih sehingga 2018. Adakah keutamaan akan diberikan kepada SK Batu Lintang Undop, Sri Aman yang telah dilanda bencana ribut kencang 2 tahun lepas yang sehingga kini belum dibaiki oleh Kementerian.

17. PR-1412-L02338

Tuan [ Rasah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian untuk memastikan rakyat dapat menggunakan perkhidmatan unifi, memandangkan banyak bahagian di Parlimen Rasah yang tiada perkhidmatan unifi walaupun ia adalah kawasan bandar.

18. PR-1412-L01468

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan dapatkah Kerajaan menaik taraf sebahagian Jalan Persekutuan (Federal Trunk Road) yang sedia ada di Limbang disebabkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo telah ditangguhkan.

19. PR-1412-L01950

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini rundingan damai di Selatan Thailand selepas Rahim Noor dilantik sebagai fasilitator keamanan.

20. PR-1412-L02423

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) apakah jaminan yang boleh diberi oleh Kerajaan bagi

menyiapkan Lebuhraya Pantai Barat (Banting Ke Changkat Jering, Taiping); dan

(b) projek naik taraf laluan FT60 dari Damar Laut ke Changkat Jering. Berdasarkan semakan dengan Kementerian Kerja Raya, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, projek FT60 dari Damar Laut ke Changkat Jering (Pakej 1) yang sepatutnya siap pada 31 Ogos 2018 telah tertangguh dan kemajuan fizikal semasa adalah 45.0 % (S)/ 44.0 % (J) manakala FT60 dari Damar Laut ke Changkat Jering (Pakej 2A) yang dijangka siap pada 16 Oktober 2018 juga akan tertangguh siap kerana kemajuan fizikal semasa adalah 49.0 % (S)/ 34.0 % (J).

AUM DR 17/10/2018 5

21. PR-1412-L02688

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pada 11 September lalu rakyat Sabah dikejutkan lagi dengan insiden penculikan dua warga Indonesia di perairan Pulau Bodgaya, Semporna. Maka, apakah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang, termasuk dalam hal menyediakan peruntukan bagi meningkatkan lagi kelengkapan serta aset yang mencukupi kepada Pihak Berkuasa di Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

22. PR-1412-L02607

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jumlah pekerja asing di negara ini mengikut sektor pekerjaan serta apakah mekanisme yang digunakan serta bentuk kerjasama bersama Kementerian Tenaga Manusia bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

23. PR-1412-L02525

Tuan A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan dengan terperinci berkenaan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyelaraskan pindaan undang-undang di peringkat Negeri dan juga Persekutuan bagi menaikkan had umur berkahwin.

24. PR-1412-L02407

Dato' Sri Dr. Haji bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kajian telah dibuat untuk mengetahui undang-undang yang telah menghakiskan keupayaan undang- undang untuk mendapat hasil dari Kuasa Bersama (concurrent authority) di bawah Perlembagaan Persekutuan dilulus tanpa mengikut syarat Perlembagaan, dan bila undang-undang ini akan dipinda untuk mengembalikan atau formalize penubuhannya dengan Sarawak atau Sabah.

25. PR-1412-L02753

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah pendek dan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu arak merbahaya atau samsu daripada premis pembuatan, pemprosesan serta penjualan samsu dan arak merbahaya yang telah mengorbankan banyak nyawa baru-baru ini.

6 AUM DR 17/10/2018

26. PR-1412-L02676

Tuan [ Subang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) sama ada ia akan menjalankan kajian impak ekonomi dari

projek kereta nasional ketiga yang dicadangkan; dan

(b) jika ya, adakah Kementerian sudi memberi komitmen untuk menerbitkan kajian tersebut.

27. PR-1412-L01493

Tuan bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini peruntukan untuk pendidikan tinggi dan pendidikan yang sebelum ini berhadapan masalah semasa Kerajaan dahulu terutamanya daripada segi peruntukan kajian dan penyelidikan IPT, biasiswa pengajian dan pembangunan serta penyelenggaraan sekolah kebangsaan.

28. PR-1412-L02521

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap hukuman sebat yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di pada September 2018 yang lepas.

29. PR-1412-L02499

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah peruntukan untuk setiap pusat perubatan kendalian

universiti awam (‘teaching hospitals’) dari tahun 2015 sehingga 2018; dan

(b) alasan Kementerian berhubung potongan dana mendadak yang turut melibatkan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

30. PR-1412-L02108

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi mengekang aktiviti pembukaan dan pembangunan ladang hutan secara meluas serta besar-besaran.

AUM DR 17/10/2018 7

31. PR-1412-L01428

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf kuarters anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dan bangunan-bangunan seperti balai polis dan ibu pejabat polis di kawasan Parlimen Jelutong dijangka akan dilaksanakan oleh Kerajaan sekarang.

32. PR-1412-L02658

Tuan [ Rembau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian dan Bank Negara sebagai langkah penampan bagi mengawal kejatuhan nilai Ringgit dan berapakah jumlah rizab antarabangsa yang telah dicairkan bagi menampung kawalan nilai Ringgit daripada terus jatuh.

33. PR-1412-L02094

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) akan diteruskan bagi menyediakan dan memperluaskan liputan bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar khususnya di Jerantut.

34. PR-1412-L01759

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha yang dilaksanakan untuk membaiki dan menaik taraf prasarana di PPR bagi meningkatkan tahap keselamatan penduduk.

35. PR-1412-L02803

Tuan [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan siasatan semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock.

36. PR-1412-L02245

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan prakarsa yang substantif untuk berkongsi kekayaan yang lebih equitable, merapatkan jurang kekayaan antara kumpulan yang semakin melebar dan menghapuskan kemiskinan relatif yang semakin meningkat.

8 AUM DR 17/10/2018

37. PR-1412-L02329

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik pekerja asing yang telah berdaftar dengan Jabatan Imigresen serta apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi membanteras pendatang asing tanpa izin.

38. PR-1412-L01480

Tuan [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH menyatakan apakah tindakan Kementerian dan DBKL terhadap pengusaha- pengusaha gerai sepanjang Jalan Bukit Bintang antara Hotel JW Marriot - Lot 10 dan Kompleks Sungei Wang yang menyebabkan siar kaki terlalu sempit dan menghalang pejalan kaki melaluinya.

39. PR-1412-L02579

Datuk Seri Ir. Dr. [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengumumannya pada 19 September 2018 bahawa Kerajaan mempunyai rancangan untuk menjual aset negara seperti saham, tanah dan bangunan milik Kerajaan.:-

(a) adakah rancangan ini termasuk untuk menjual aset-aset

Petronas dan Khazanah Nasional; dan

(b) berapakah nilai yang bakal diperolehi daripada penjualan aset-aset tersebut.

40. PR-1412-L02234

Tuan [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah kes- kes dan aduan yang diterima oleh Kerajaan mengenai kesalahan menaikkan harga barang berikutan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan September 2018, dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan.

41. PR-1412-L01452

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme baru dan kaedah penyelesaian terbaik untuk membaik pulih nilai mata wang ringgit.

42. PR-1412-L01520

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak wang telah dibelanjakan dan sejauh mana kejayaan Kerajaan dalam perang terhadap dadah sejak 1983, dengan polisi dan undang–undang yang sedia ada.

AUM DR 17/10/2018 9

43. PR-1412-L01825

Tuan [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kuota diberikan kepada setiap syarikat yang menghasilkan benih padi, serta berapakah kapasiti infrastruktur yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

44. PR-1412-L02483

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menggubal satu Akta Gangguan Seksual yang spesifik untuk memberikan definisi kepada gangguan seksual dan juga untuk mengharamkan semua bentuk gangguan seksual.

45. PR-1412-L01763

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah Lesen Senjata api yang dikeluarkan oleh Kerajaan kepada orang awam mengikut negeri-negeri mulai tahun 2008 hingga 2018.

46. PR-1412-L02031

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Pantai khususnya dan secara amnya, demi membantu begitu ramai golongan miskin kota yang memohon rumah PPR sedia ada.

47. PR-1412-L01512

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana keperluan meneruskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan bilakah pembentangan keseluruhan berkenaan tugas besar CEP selama 100 hari akan didedahkan kepada umum untuk mengetahui keberkesanan penubuhan CEP.

48. PR-1412-L02671

Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status pelaksanaan Jambatan Kampung Selampit yang dikatakan sedang dalam peringkat reka bentuk dan mendapat kelulusan kenaikan siling tambahan sebanyak 20 juta serta adakah Kerajaan boleh menyalurkan peruntukan untuk menurap jalan (9km) ke Kampung Kendaie, iaitu jalan alternatif ke Kampung Selampit selama ini.

10 AUM DR 17/10/2018

49. PR-1412-L02006

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status kedudukan kewangan dan Ringgit Malaysia pada masa ini, dan apakah langkah diambil untuk memastikan keadaan kewangan dan Ringgit terus mengukuh.

50. PR-1412-L02032

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pendekatan Kementerian untuk memastikan infrastruktur sekolah-sekolah di pedalaman terutama sekali di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

51. PR-1412-L02844

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status dan perancangan kementerian dalam menyiapkan pembinaan Hospital Maran yang telah diluluskan dalam RMK-11 bagi memberi kemudahan dan keselesaan masyarakat di kawasan Parlimen Maran khasnya.

AUM DR 17/10/2018 11

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 19/2018 ) Rang Undang-Undang Sewa Beli Bacaan Kali (Pindaan) 2018 Yang Kedua

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

2. ( D.R 20/2018 ) Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan " Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018

[ Menteri Sumber Manusia ]

3. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan mencadangkan :-

"BAHAWA Pada hari Selasa, 7 Ogos 2018, Yang Berhormat Kinabatangan, Dato' Sri Bung Moktar bin Radin, telah mengeluarkan perkataan biadap dan tidak sopan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan menyebabkan beberapa ahli bangun membantah. Namun Yang Berhormat Kinabatangan telah menarik balik perkataan yang disebut setelah teguran dibuat. .

BAHAWA Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Kinabatangan yang mana Yang Berhormat Kinabatangan telah diberi amaran oleh Yang di-Pertua pada hari Khamis, 9 Ogos 2018 bahawa Yang Berhormat Kinabatangan akan diarahkan keluar Dewan jika mengulangi perbuatan tersebut. Penggunaan perkataan yang kurang sopan (biadap) oleh Yang Berhormat Kinabatangan telah menyinggung Ahli-ahli Parlimen terutamanya Ahli Parlimen Wanita kerana ianya mencemarkan prestij dan nama baik Dewan yang mulia ini. .

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Dato' Sri Bung Moktar bin Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas perbuatan Yang Berhormat yang boleh dianggap sebagai menghina Majlis."

4. Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; ;

merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020;

12 AUM DR 17/10/2018

meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan dan

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama."

5. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. .

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-•Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses

AUM DR 17/10/2018 13

Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang•undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan."

[ Menteri Luar Negeri ]

7. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-•butiran termasuk terma•terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa•Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut."

[ Menteri Luar Negeri ]

14 AUM DR 17/10/2018

9. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang- kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan."

[ Menteri Sumber Manusia ]

10. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum•kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran."

[ Menteri Pendidikan ]

11. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu- •isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 17/10/2018 15

12. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini."

[ Menteri Kewangan ]

13. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

14. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata

16 AUM DR 17/10/2018

pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak- dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain."

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

AUM DR 17/10/2018 17

16. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000- RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia."

[ Menteri Sumber Manusia ]

17. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah

18 AUM DR 17/10/2018

Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan."

[ Menteri Pendidikan ]

18. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

20. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 17/10/2018 19

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 17.10.2018 1. YB Datuk Seri Ir. 1. Kerja Menaikkan 1. YB Menteri Kerja (Rabu) Dr. Wee Ka Siong Taraf Jalan FT01 Raya

(Ayer Hitam) Cha'ah - Ayer Hitam

2. 17.10.2018 2. YB Dato' Seri Dr. 2. Sejauh Mana Iltizam 2. YB Menteri di (Rabu) Santhara Masyarakat India Jabatan Perdana

(Segamat) Akan Dilaksanakan Menteri Melalui SEDIC

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)