EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. RINGKASAN EKSEKUTIF I. Pengenalan Cadangan Projek Kajian Penilaian Kesan Awalan Impak keatas alam sekitar ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas LOT 3, LOT 7, LOT 408 – LOT 409, LOT 422 – LOT 423, LOT 469 – LOT 470, LOT 491 – LOT 492, LOT 521, LOT 524 – LOT 530, LOT 536 – LOT 537, LOT 560 – LOT 565, LOT 669 – LOT 670, LOT 755 – LOT 756, LOT 5606 (PREVIOUS LOT 508), LOT 9826 (PREVIOUS LOT 4263), LOT 11293 – LOT 11295 (PART OF PREVIOUS LOT 4263), LOT 11297 (PART OF PREVIOUS LOT 4263) DAN LOT 24705 (PREVIOUS LOT 685), MUKIM HULU BERNAM, DAERAH HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 414.75 ekar (167.80 hektar) yang dimiliki oleh Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. yang juga merupakan Penggerak Projek. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor. Permohonan Penilaian Awal Tapak (PAT) telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 15hb Januari 2016 dan pihak Jabatan tiada halangan dengan pembangunan ini diteruskan dengan syarat Laporan EIA dikemukakan untuk kelulusan. Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan kawasan perumahan di bahagian utara dan barat dengan taman perumahan terdekat adalah Kg. Seri Geriang, Lebuhraya Utara-Selatan dibahagian selatan dan Taman Bernam Jaya di bahagian Timur. Tapak Projek ini terletak kira-kira 8km dari Tanjung Malim, 22km dari Kuala Kubu Bharu, 24km dari Slim River dan 52 km dari Rawang. Dari segi geografi, tapak Projek berada pada latitud 3°40’18.08”N, 3°40’01.88”N, 3°39’09.36”N dan 3°39’28.00”N dengan longitud 101°31’00.53”E, 101°30’33.50”E, 101°31’40.78”E dan 101°32’23.66”E. Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses melalui Jalan B44. Lebuhraya Utara Selatan Exit Tanjung Malim Jalan B44. Pada masa ini, tapak projek ini dilitupi dengan pokok kelapa sawit dan tumbuhan sekunder. Pokok-pokok kelana sawit yang telah matang berusia 6-25 tahun itu dilihat ditanam di kawasan tapak projek. Terdapat laluan dalam yang digunakan untuk memudahkan aktiviti penanaman kelapa sawit ini. Selain itu, terdapat pilon yang menyeberangi Tapak Projek di bahagian selatan timur. Terdapat juga parit yang sedia ada di dalam tapak projek untuk menyalurkan air larian permukaan dari ladang kelapa sawit. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B . Cadangan Projek ini adalah pembangunan bercampur yang tertakluk kepada perkara 14 (c)(i) dan 18 di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2015 di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Majlis Daerah Hulu Selangor (Pengubahan 2) 2020, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan 4 – Hulu Bernam dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK) 4.1 – Bernam Jaya yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan dan komersial. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. III EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Pemaju: KOMPLEKS TANJONG MALIM SDN. BHD. Suite 1A-1, Level 1, Menara KLK, No. 1, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-7726 1868; Fax.: 03-7726 2868 U/p.: Dato’ Tan Thean Thye ii. Perunding EIA EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA) iii. Jurutera Awam dan Struktur Save Consulting Engineers Sdn. Bhd. 1A, Jalan CJ3/13-2, Bandar Cheras Jaya, Balakong, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-9076 8009; Fax: 03-9076 8007 U/p.: Ir. Kuan Yen Ping iv. Jurutera Mekanikal dan Elektrikal Syterra Consult Sdn. Bhd. 2-2B, Jalan PJU 8/3A, Damansara Perdana 47820, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7710 7281; Fax: 03-7710 8841 U/p.: Mr. Wong Sai Yong EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. v. Perunding Perancang dan Pembangunan Arkitek AJC Planning Consultants Sdn. Bhd. Global Business & Convention Centre, Block B, First Floor, No. 8, Jalan 19/1, 46300, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7956 8999; Fax: 03-7956 9320 U/p.: Ms. Julie Chok vi. Juru Ukur Jurukur Jitu Runding Sdn. Bhd. No. 25A, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-8070 8330; Fax.: 03-8070 8400 U/p.: Sr. Tan Say Kee vii. Perunding Traffik Runding Trafik MZK Sdn. Bhd. F-9-3A, Block F, Setia Walk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-5879 1611; Fax. 03-5879 1612 U/p.: Mr. Mohd Zahid Abdul Kadir viii. Makmal Akreditasi Spectrum Laboratories Sdn. Bhd. (SAMM No.: 244) Lot 14 Jalan Pendamar 27/90, Seksyen 27, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-5192 8188 Fax: 03-5191 8188 U/p.: Mr. Casey Kan EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. II. Alam Persekitaran Sediada Persekitaran Fizikal a. Topografi • Berdasarkan kepada pelan ukur tanah, morfologi Tapak Projek ini menunjukkan permukaan yang sedikit beralun dengan purata ketinggian dari RL43m hingga RL60m dari paras air laut. • Puncak tertinggi (kira-kira RL 67.589m) yang terletak di barat daya tapak projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL 38.96m) berada pada kawasan landai di Sg. Merapoh bahagian sempadan utara Tapak Projek. b. Saliran • Tapak Projek terletak dalam kawasan lembangan Sg. Bernam. Kesemuanya terdapat lapan (8) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Bernam dan diantaranya, Loji Rawatan Air Sungai Selisik dan Loji Rawatan Air Bernam River Headworks adalah masing-masing terletak kira-kira 16km dan 57km di hilir Tapak Projek. Jumlah keluasan Sg. Bernam adalah kira-kira 2373 km 2 (586380 ekar). • Aliran air utama dalam tapak projek ialah Sg. Merapoh yang berasal dari Ladang Sungai Gumut, yang mengalir dari utara ke barat di bahagian timur tapak projek dan terus mengalir ke Bernam di Tanjung Malim. • Satu lagi aliran yang merupakan anak sungai Sg. Bernam berasal dari Estet Tanjong Malim (Bahagian Asa Changkat) mengalir di bahagian barat tapak projek dan bertemu Sg. Bernam dan seterusnya mengalir ke Selat Melaka. c. Aspek Geologi dan Tanah • Keseluruhan Tapak Projek adalah terletak di “Argillaceous Series” dalam Formasi Terolak kecuali di bahagian timur tapak projek yang terletak di atas batu berkapur yang juga dalam Formasi Terolak. Formasi Terolak di kawasan persekitaran adalah bukti terhasil nya fosil. • Berdasarkan kepada Peta Tanah Reconnaissance Semenanjung Malaysia (Pindaan 2002), yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian, Malaysia, Tapak Projek ini terletak di atas tanah sedentary iaitu Assosiasi Serdang-Kedah kecuali di bahagian timur tapak projek yang terletak di Assosiasi Muchong-Seremban yang terbentuk daripada bahan induk yang kebanyakannya terdiri daripada batuan sedimen termetamorf. • Dengan merujuk kepada Peta Hidrogeologi, telaga tiub yang terdekat terletak di Kalumpang iaitu kira-kira 3km tenggara tapak projek berhubungkait dengan jumlah air bawah tanah. Kualiti and sifat air tersebut adalah segar dan boleh diminum dengan jumlah pepejal terlarut (TDS) kurang daripada 1,500mg/L bagi telaga tiub. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI EIA for the Proposed Mixed Development at Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan for Kompleks Tanjong Malim Sdn. Bhd. d. Gunatanah • Jenis gunatanah yang utama dalam kawasan impak adalah kawasan pertanian iaitu 16,537.54 ekar atau 54.3% dari keseluruhan kawasan impak. • Tanaman utama yang ditanam di sekitar tapak projek adalah kelapa sawit dan getah yang meliputi hampir 7635.39 ekar (25.1%) dan 6,905.34 ekar (22.7%). Kebanyakan kelapa sawit dan getah terletak di Estet Kerling, Tanjung Malim Estet, Estet Kalumpang dan Estet Gumut. • Kawasan berhutan seperti padang rumput/lalang, hutan, hutan sekunder dan tanah paya adalah kawasan kedua utama yang merangkumi kira-kira 8970.72 ekar atau 29.5% daripada kawasan impak. Hutan Simpan Bukit Belata dan Rizab Hutan Gading. • Kawasan penempatan dan bukan pertanian adalah jenis gunatanah ketiga utama dalam kawasan impak iaitu seluas 4030.51 ekar atau 13.2%. Pembangunan bandar iaitu Tanjung Malim, Ulu Bernam dan Kalumpang adalah antara reseptor terdekat dengan tapak projek. Selain itu, lebuh raya/ jalan utama (Utara Selatan) meliputi kawasan impak 3.4%. • Tapak projek yang meliputi kira-kira 3.0% daripada keseluruhan kawasan impak adalah terdiri daripada tanah terbuka. • Penerima terdekat bagi cadangan Projek ini ialah kawasan kediaman Hulu Bernam, iaitu Kg. Seri Geriang, , Kg. Hassan, Taman Indah, Kg. Sungai Merbau, Kg. Bilal dan Taman Bernam Jaya. Lebuhraya Utara Selatan dan Ladang Kelapa Sawit (Estet Tanjung Malim) berada di sempadan barat dan selatan tapak projek. Gambarah yang menunjukkan jarak penerima terhampir sediaada adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah C . e. Kajicuaca • Merujuk kepada Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (MMS), stesen metereologi yang terdekat dengan tapak projek adalah di Hospital Kuala Kubu Baru, yang terletak 30km sebelah tenggara dari tapak projek dengan latitud 03 o34’N dan longitud 101 o39’E.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages14 Page
-
File Size-