Pihak Pertikai Keputusan Kuin Tak Faham Undang-Undang

Pihak Pertikai Keputusan Kuin Tak Faham Undang-Undang

Pihak pertikai keputusan Kuin tak faham undang-undang 1 February, 2012, Rabu Sumber : Utusan Malaysia ALOR SETAR 1 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu. Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan, tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS). "Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menjelaskan perkara itu lagi. "(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. “Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya. Katanya lagi, difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu. Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi di sini. Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini manakala seorang lagi masih dalam penggantungan. - BERNAMA .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us