KUOTA HAPUS Chedet.Co.Cc September 17, 2009 by Dr

KUOTA HAPUS Chedet.Co.Cc September 17, 2009 by Dr

KUOTA HAPUS chedet.co.cc September 17, 2009 By Dr. Mahathir Mohamad 1. Tidaklah penting kita tahu asal-usul kuota dalam pemilihan pemimpin UMNO. Namun demikian izinkan saya cerita sedikit berkenaan latar belakangnya. 2. Pada tahun 1986 Dato (Tun) Musa Hitam, musuh ketat Tengku Razaleigh Hamzah telah berjaya pujuk Tengku bertanding jawatan Presiden UMNO. Beliau sendiri sanggup jadi timbalannya. 3. Seperti biasa bahagian-bahagian (UMNO), dalam mesyuarat telah namakan calon mereka. Hanya 20 peratus menamakan Tengku Razaleigh. 4. Tetapi dalam Mesyuarat Agong Tengku Razaleigh mendapat hampir 50 peratus daripada undi wakil-wakil yang hadir. 5. Tentang bagaimana terdapat kelainan ketara antara bahagian-bahagian dengan wakil- wakil mereka, wallahua'alam. 6. Selepas itu mahkamah telah putuskan bahawa UMNO adalah parti haram. Walaupun UMNO dapat dipulih, sebilangan ahli dan pemimpin UMNO telah berpisah daripada parti untuk menubuh parti serpihan. Ternampak jelas pertandingan untuk jawatan tertinggi boleh memecah dan melemahkan parti. 7. Majlis Tertinggi UMNO, telah bincang kemungkinan perkara ini berlaku lagi dan memutuskan bagi mengelak perwakilan menidakkan keputusan Bahagian, sesiapa yang dicalon oleh Bahagian akan dapat 10 undi bonus. 8. Malangnya apabila Dato Seri Anwar mencabar Tun Ghaffar, entah bagaimana jumlah bahagian yang mencalonkan Anwar begitu tinggi sehingga undi bonus shaja pun boleh kalahkan Ghaffar. Tun Ghaffar terpaksa tarik diri dan Anwar pun naik jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. 9. Ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku kerana undi bonus. Nampaknya ada cara untuk menguasai bahagian sehingga perwakilan kehilangan hak mengundi sama sekali. Jelas sistem bonus boleh disalahgunakan. 10. Untuk meringkaskan cerita Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk mengganti bonus dengan kuota. Jika seseorang calon betul-betul layak maka dia tentu mampu mendapat pencalonan secukupnya dari Bahagian. Bagi jawatan presiden tokoh yang layak perlu mendapat 60 pencalonan oleh Bahagian. Dengan cara ini hanya calon yang buruk, termasuk Presiden yang tidak akan dapat pencalonan yang mencukupi. 11. Malangnya penguasaan parti oleh Presiden yang juga Perdana Menteri amatlah kuat. Dengan cara-cara tertentu Presiden boleh memaksa supaya hanya dia sahaja yang dicalon. Pencabarnya bukan sahaja tidak akan dapat 60 bahagian tetapi dilihat hanya bahagiannya sendiri sahaja yang mencalonnya. 12. Sekali lagi sistem ini gagal untuk membebaskan bahagian dan ahli untuk bertindak mengikut kehendak mereka yang sebenar. Justeru itu memanglah baik sistem kuota ini dihapuskan. 13. Saya berdoa selepas ini penyalahgunaan kuasa oleh Presiden akan dihapuskan dan pencabarnya akan dapat bertanding. Tetapi setakat ini belum ada keputusan tentang cara mana seseorang dapat dicalonkan. 14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat. Samada sesuatu sistem berkesan atau tidak bergantung kepada pengamalnya. Apabila pengamal dipelbagai peringkat mudah di suap, sistem apa pun tidak akan menghasilkan yang terbaik. 111 Comments By rochos on October 2, 2009 7:55 AM salam.selamat ari raya,tun.saya bkn nak komen apa2,cume nak tahu pasal peristiwa memali...apa sebenar terjadi,ni kerana ramai yg menyalahkan tun dlm perisriwa berdarah 2..lebih2 lagi,pembangkang. salam By afy1121 on September 29, 2009 11:21 PM masih dan masih tak belajar dari kesilapan sedarlah, masa makin suntuk, ayuhlah, kuatlah bekerja dapatkn kembali keyakinan rakyat wahai UMNO insyaallah berjaya jujur By OrangLama on September 24, 2009 11:08 AM Salam, Mohon izin beri komen terhadap pandangan yang diberi oleh 2 pemimpin UMNO di Utusan alaysia 24 Sept 2009: 1.****Kepada Ketua Penerangan UMNO*** Pandangan YB Ahmad Maslan adalah contoh dimana pandangan pemimpin UMNO tak sama dengan pandangan rakyat. YB kata "Saya yakin seorang pemimpin yang pernah dihukum akibat gejala politik wang, sudah mengambil pengajaran di atas hukuman yang pernah dikenakan keatas dirinya". Masalahnya YB, itu kemaafan dari pihak ahli politik tetapi adakah keseluruhan rakyat Malaysia sedia menerimanya? Pemimpin sebegini telah melanggari prinsip asas kepimpinan iaitu amanah. Mereka boleh terus berkhidmat untuk rakyat tetapi tidak boleh jadi pemimpin. Kes Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pula berbeza. DSAI dan orang2 kuatnya berjaya menyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalim sebab itu walaupun dia dipenjara, rakyat masih menerimanya. Sementara beberapa pemimpin UMNO didapati bersalah oleh Lembaga Disipin UMNO sendiri. Jika tak puas hati boleh buat rayuan. Kalau UMNO sendiri tak percaya dan yakin Lembaga Displinnya sendiri, jangan harap rakyat biasa percayakan UMNO! 2. **** Kepada seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian*** Seperti Ketua Penerangan UMNO, pandangan saudara ahli pandangan ahli politik. Kefahaman saudara adalah kefahaman sesama ahli politik tetapi jauh tersasar dari kefahaman rayat umum. Seperkara lagi, saudara telah memberi contoh berbeza dengan Tun Dr. Mahathir. Tun dikenakan tindakan disiplin bukan kerana isu moral. Saya cadangkan sebagai Ketua Pemuda sepatutnya teliti betul2 sejarah UMNO. Sepatutnya saudara sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian lebih peka tentang perkara sebegini. Tun bukan kenal saya dan saya pun tak mahu Tun atau mana2 pemimpin UMNO atau parti lain kenal saya. Saya mahu Melayu bersatu sahaja, tak de niat lain. Harap komen saya ini tidak menyakit hati sesiapa. Mohon maaf jika tersinggung juga. By wajaperak on September 23, 2009 6:07 PM Dengan Izin Tun..Terima kasih.. Abg Samuraimelayu.. Ini salah kita sendiri..Di zaman Imam Abu Hanifah dulu ada seorang pemuda kurang ajar dan biadap memperlekehkan Islam.... Beliau 'pukul' habis semua ulamak sehinggalah Imam Abu Hanifah masuk gelanggang.Soalan- soalan pemuda itu mudah sahaja.. Kamu kata ada Tuhan..di mana dia? Apa yang dia buat sekarang? Jawapan terakhir Imam Abu Hanifah sungguh membanggakan.. Jadi..Di manakah ulamak-ulamak kita untuk menegur dan memperbaiki?? Terima kasih Tun.. By wan botak on September 23, 2009 5:15 PM salam tun saya anak k.pasu.saya ingin bertanya satu kebimbangan yang tak pasti,awat la nie nak tbuh cwangan pun susah,saya dh kutip org cukup tp umno bahagian bt tak tau sja,awt depa takut ka kami anak muda akan lawan depa,dato johari memang seorg `POLITIK KING`selalu cantas org yg sayangkan umno tektik yg johari pkai semuanya duit,mcm na dia pkai duit utk jatuh tun dan anak tun,tolanglah tun suara psai benda nie,saya tkut umno k.pasu hancur kalau depa nie bt mcm nie,saya tersyng kan umno.saya berdoa atas mak dan ayah yg berjuang umno sampai sekarang saya akan bt johari klah pemilihan umno akan datang,salam By MegatAlamShahRadhi on September 23, 2009 10:14 AM Sistem adalah ciptaan manusia.. ia akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehidupan pada zaman tersebut. Cuma apa yang tinggal adalah objektif sistem tersebut. kaedah dan pelaksanaannya mungkin berubah. Sekiranya tidak berubah mungkin akan mengalami kerosakan pada sistem tersebut. By mgpunya on September 23, 2009 9:09 AM YABhg Tun, ..JUST TOO MANY BUSINESSMAN ENTERING POLITICS!! UMNO SHOULD HAVE A BALANCE REPRESENTATION FROM ALL VARIOUS FIELDS OF PROFESSIONS... By nahar on September 22, 2009 6:52 PM Salam Tun; Ketika Tun buat kejutan umumkan perletakan jawatan dalam Mesyuarat Agung UMNO di PWTC dulu, tanpa disedari berlinangan air mata sedih dan pilu kerana negara masih lagi memerlukan perkhidmatan Tun yang masih belum selesai... Tapi itu cerita lama... barang yang lepas jangan dikenang. Ya Tun, saya menyokong saranan Tun agar sistem kuota dalam pemilihan UMNO dihapuskan. Jika sistem kuota untuk orang Malayu dalam DEB telah dihapuskan; maka sewajarnya sistem KUOTA yang ada dalam pemilihan pucuk kepimpinan UMNO juga dihapuskan. Jika sistem kuota itu telah dilihat tidak releven lagi dan sudah mula diselewengkan maka eloklah diganti dengan sistem baru seperti yang disarankan secara pemilihan diperingkat AKAR UMBI pula... kita cuba lah dulu noo.. Akhir sekali diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Tun sekeluarga. Semoga Sihat Walafiat. By adik adik on September 21, 2009 11:37 AM Umno nafas orang melayu,kebanyakan beragama Islam,penghuni Malaysia sebenar.Yg lain hanya pendatang yg sama sama membangun, menikmati usaha mereka ,bertapak dan membiak. Populasi orang Melayu perlu di ramaikan.Seperti Singapura ahli politik mereka banyakan orang cina dengan mebawa masuk di zaman Lee dahulu, bertujuan menjelajah,di samping mendapat sokongan,maka hapuslah Umno di Singapura.Sekarang juga masih membawa masuk bertujuan jelajah tanah Malaysia,dan Indoneisa.Sudah nyata,contoh di kepulauan Riau,di Johor.Economy mereka membuak,dah takada ruangan dan tempat lagi.Padabila kerajaan Malaysia,Indonesia memberi ruang maka ,mereka dengan cepat mengambil kesempatan. Malaysia perlu membawa masuk orang Padang,Indonesia,orang Thailand dari Narathiwat,Patani dan sebagainya dari rukun Islam,yang berkebolihan membangunkan Malaysia. Bawa mereka masuk terutama tempat Umno yg lemah,seperti Penang. By Redhuan D. Oon on September 21, 2009 8:02 AM Tun, Sistem pemilihan tidaklah penting atau mungkin mengelak dari salah-guna. Tetapi sistem pengawasan seperti kuasa untuk menyiasat secara terbuka aduan amalan politik wang. Sepertimana yang baru-baru ini berlaku, sekian orang telah didapati bersalah dan tindakan melucutkan kelayakan mereka sudah dilakukan. Tetapi ada sekian orang pula yang didapati bersalah dan tidak dilucutkan. Mengapa? Tun sendiri pun sudah mempersoalkan itu. Maka ia lebih berkesan sekiranya proses mengadili politik wang benar-benar tulus dan saksama supaya

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    63 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us