MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 30 OKTOBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 38 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1353-L04140 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat pada September lalu dan apakah kejayaan yang telah dicapai melalui lawatan tersebut. 2. PR-1353-L03946 Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti gangsterisme dari tahun 2010 hingga September 2017 dan apakah tindakan Kerajaan menanganinya. 3. PR-1353-L04040 Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula program membanteras jenayah buang daerah yang nampaknya tidak berkesan sama sekali memberi pengajaran kepada para penjenayah yang terlibat. 4. PR-1353-L02850 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah peniaga serta jumlah transaksi perniagaan bagi MARA Digital Mall sejak ianya ditubuhkan pada penghujung 2015. Nyatakan bagaimana para usahawan ICT Bumiputera telah bermanfaat secara kuantitatif. 2 AUM DR 30/10/2017 5. PR-1353-L02851 Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian dalam benar- benar menjadikan kampus utama/induk UiTM Kuala Pilah dilengkapi dan disempurnakan dengan kursus-kursus utama sekali gus menjadikan ia berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah kampus utama dan bukan hanya tersergam sebagai sebuah bangunan atas syarat sahaja. 6. PR-1353-L03789 Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah fungsi Majlis Penasihat Harga dan berapa kali Majlis ini mengadakan mesyuarat sepanjang tahun 2017 untuk membincangkan kemelut kenaikan harga barang yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang amat dirasai oleh rakyat pendapatan rendah. 7. PR-1353-L03000 Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terkini pemenjaraan wanita yang terlibat dengan dadah, bagaimanakah keperluan unik wanita ini ditangani dengan lebih sensitif supaya memudahkah kehidupan mereka nanti untuk bekerja dan menjadi ibu kepada generasi akan datang . 8. PR-1353-L03435 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) berapakah bilangan hospital Kerajaan baru yang sepatutnya telah siap dibina dalam tempoh 10 tahun yang lalu; dan (b) bilangan hospital yang sebenarnya dapat disiapkan dalam tempoh tersebut dan bilangan katil yang telah dapat diujudkan di hospital baru siap ini. 9. PR-1353-L03962 Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah Kementerian untuk memantapkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia atau TVET Malaysia khususnya bagi meningkatkan bilangan pekerja mahir bertaraf global di negara ini termasuk memenuhi keperluan Industri 4.0. AUM DR 30/10/2017 3 10. PR-1353-L03785 Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital yang berpunca daripada pemotongan bajet. 11. PR-1353-L03114 Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian telah mengenal pasti klinik pergigian Kerajaan yang kekurangan tenaga doktor pergigian serta menyebabkan bebanan tugas yang melampau dan tindakan Kementerian dalam menempatkan lebih ramai doktor pergigian di kawasan yang memerlukan khususnya di kawasan pedalaman. 12. PR-1353-L04039 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan graduan dari kolej-kolej perubatan dalam dan luar negara tahun ini dan bilangan tempat untuk latihan doktor serta cara untuk menguruskan. 13. PR-1353-L02938 Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah seriusnya gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut universiti dan apakah usaha yang dilakukan bagi membanteras gejala ini. 14. PR-1353-L04009 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab mengapa kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia yang mempunyai seorang ibu atau bapa kelahiran Malaysia yang berstatus warganegara masih menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk mendaftar sebagai pelajar di sekolah Kerajaan. Apakah usaha Kerajaan untuk melupuskan budaya ini. 15. PR-1353-L02973 Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [ Mersing ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan atau polisi baru dalam perjawatan kakitangan Kerajaan apabila Kerajaan merasakan program kontrak tidak lagi sesuai. Apakah jaminan daripada segi perjawatan bagi pegawai kontrak yang telah tamat kontrak mereka. 4 AUM DR 30/10/2017 16. PR-1353-L03798 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilanda banjir kilat dan berapakah jumlah projek tebatan banjir yang telah diluluskan di negeri Melaka di antara tahun 2013 hingga 2017 serta status projek-projek berkenaan. 17. PR-1353-L02977 Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah keseluruhan agensi Kerajaan, institusi dan organisasi yang sudah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga kini, dalam usaha Kerajaan untuk membanteras kegiatan rasuah sehingga ke peringkat akar umbi. 18. PR-1353-L03463 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) tindakan yang diambil untuk menghentikan pekerja asing yang sah dan tidak sah dari menjalankan perniagaan; dan (b) sama ada dasar penghijrahan Kerajaan akan dikaji semula bagi memenuhi keperluan negara untuk pekerjaan- pekerjaan berkemahiran rendah dan 3D serta meningkatkan produktiviti negara dalam jangka masa panjang. 19. PR-1353-L03885 Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah proaktif Kementerian dalam mengatasi masalah lambakan pendatang haram dan pelarian yang menjalankan aktiviti meminta sedekah dengan menjadikan kanak - kanak sebagai mangsa eksploitasi terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai. 20. PR-1353-L03409 Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perkembangan program-program dan rancangan Kementerian dalam menghasilkan makanan sendiri, untuk mengurangkan import makanan yang telah meningkat lebih RM45 bilion sehingga sekarang. AUM DR 30/10/2017 5 21. PR-1353-L03302 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah pengurangan peruntukan bajet bagi Hospital Universiti dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia masing-masing untuk tahun 2016 dan 2017.Nyatakan jumlah kenaikan hasil bagi kedua hospital dalam tempoh yang sama berikutan kenaikan fi semua kemudahan dan perkhidmatan perubatan termasuk penginapan, pembedahan, ujian makmal dan penggunaan alatan, dan lain-lain.. 22. PR-1353-L03016 Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian akan membantu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berminat untuk mengikuti kursus peringkat Diploma Pentadbiran Luar Bandar seperti yang dicadangkan bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka. 23. PR-1353-L03718 Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan RM2.6 bilion untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang bagi tempoh RMK-9 hingga RMK-11. Mengapa daripada jumlah tersebut, hanya RM443 juta dibelanjakan. Apakah yang terjadi kepada baki RM2,157 juta yang dijanjikan dan bilakah ia akan dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang agar projek RTB yang dijanjikan boleh dilaksanakan. 24. PR-1353-L03184 Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah bas dan lori yang melebihi had laju di lebuh raya, dan kebelakangan ini pemandu bas dan lori mengakibatkan banyak kemalangan kerana kecuaian dan pengambilan dadah yang merbahaya, apakah cara penyelesaian untuk masalah ini. 25. PR-1353-L03432 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sama ada acara perayaan bukan Islam yang menghidangkan arak akan dilarang pada masa akan datang; dan (b) sama ada konsert, pesta dan perayaan bukan Islam akan dilarang sekiranya terdapat bantahan pihak-pihak tertentu. 6 AUM DR 30/10/2017 26. PR-1353-L03449 Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Lapangan Terbang Miri dan apakah perkembangan naik taraf yang dijanjikan sebanyak RM285 juta pada tahun 2016 semasa lawatan Menteri Pengangkutan ke Miri. 27. PR-1353-L03856 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah penyelesaian yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pengundi berdaftar yang bekerja dalam bidang kritikal dan tidak dapat mengundi kerana tuntutan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages23 Page
-
File Size-