PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG SUEE LIM (N04 SEKINCHAN) TAJUK : PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR 1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal selepas dikendalikan oleh KDEBWM. b) Sila nyatakan apakah kekangan utama yang dihadapi oleh KDEBWM. c) Sila huraikan apakah perancangan secara holistik dan jangka panjang demi memastikan pengurusan sisa pepejal mencapai hasrat Kerajaan Negeri. JAWAPAN: a) Sepanjang pengambilahan operasi pengurusan sisa pepejal di MPK, KDEBWM telah memperkenalkan beberapa inisitif baru bagi mempertingkatkan keseluruhan operasi pengurusan sisa pepejal di PBT berkenaan iaitu: 1. pemberian lori kompaktor baru yang dilengkapi sistem pemantauan Auto Vehicle Locating System (AVLS), kamera undur dan CCTV kepada sub- kontraktor menggunakan kaedah sewa-beli; 2. penggunaan sebuah lori kompaktor baru di setiap zon (1 lori 1 zon); 3. pewujudan Centralized Command Centre (CCC) yang berperanan sebagai pusat kawalan operasi kutipan sisa pepejal KDEBWM dalam menerima aduan serta pemantauan penyelia kawasan dan kontraktor kutipan; 4. penggunaan telefon pintar yang dilengkapi dengan alat pengesan (tracker) bagi memantau pergerakan penyelia kawasan dan lori kompaktor; 5. penggunaan Aplikasi i-Clean sebagai salah satu medium kepada pengguna untuk menyalurkan aduan; dan 6. penggunaan aset-aset lain selain kompaktor seperti RORO dan tricycle sebagai aset sokongan. Keberkesanan turut boleh dilihat dari aspek statistik aduan yang menunjukkan trend penurunan yang signifikan seperti berikut: 900 817 800 700 600 500 400 300 244 200 123 73 100 50 47 40 49 0 OGOS JUL '16 SEPT '16 OKT '16 NOV '16 DIS '16 JAN '17 FEB '17 '16 JUMLAH ADUAN 8172441237350474049 JUMLAH ADUAN Usaha penambahbaikan dan pemodenan infratruktur kutipan yang dilaksanakan oleh KDEBWM di MPK adalah bertepatan dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berkonsepkan Smart City dan Smart State. Penggunaan aplikasi dan teknologi dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor bukan sahaja merealisasikan objektif kerajaan negeri untuk membangunkan persekitaran dan infrastruktur yang lebih mampan, bahkan akan turut menyumbang kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. b) Pada peringkat permulaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan Negeri berkaitan pengurusan sisa pepejal di MPK, KDEBWM terpaksa membersihkan timbunan sampah tinggalan kontraktor yang terdahulu. Saya difahamkan bahawa, sudah menjadi suatu kelaziman bagi kontraktor lama yang dilantik oleh PBT yang telah mengetahui bahawa mereka tidak berjaya di dalam tender kutipan sampah akan meninggalkan kawasan mereka dan tidak membuat kerja- kerja kutipan seperti biasa. Seperti yang berlaku di kawasan MPK tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa kontraktor-kontraktor lama telah meninggalkan kawasan mereka dan tidak membuat kerja-kerja kutipan hampir dua minggu. Ini menyebabkan berlakunya backlog sampah dalam kuantiti yang luar biasa dan pihak KDEBWM telah mengambil masa lebih dua bulan untuk menstabilkan kembali keadaan. Keadaan yang sama juga kini berlaku di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) apabila pihak KDEBWM kini bertungkus lumus untuk menyelesaikan backlog tinggalan kontraktor lama. Selain daripada itu, data dan maklumat inventori yang kurang tepat menyebabkan kesukaran di pihak KDEBWM untuk menyediakan anggaran harga yang tepat berdasarkan jumlah rumah sebenar yang ada di lapangan. c) Antara fokus utama Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat adalah melalui penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan kecekapan operasi dengan memperkenalkan KDEBWM sebagai Project Management Company (PMC) yang bertanggungjawab sebagai pengurus bagi pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Selangor. Setelah kejayaan pelaksanaan perkhidmatan ini dapat dilihat di MPK, Kerajaan Negeri melalui MMKN Bil. 42/2016 pada 21 Disember 2016 dan disahkan oleh MMKN 1/2017 pada 11 Januari 2017 telah bersetuju untuk meluluskan perluasan perkhidmatan PMC di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menggunakan modus operandi yang sama selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berkonsepkan Smart City dan Smart State. Kerajaan Negeri turut merancang untuk memperluaskan perkhidmatan PMC ke lain-lain PBT pada masa akan datang. Selain daripada itu, dari segi pengurusan tapak pelupusan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 turut telah menimbang dan bersetuju supaya anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) Kuala Selangor. Untuk makluman, ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut: 1. Loji Waste To Energy (WTE); 2. Loji Kitar Semula; 3. Loji Pencernaan Anerobik (AD); 4. Loji Kompos; 5. Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan 6. Pusat Penyelidikan & Pembangunan Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI (N02 SABAK) TAJUK : KEROSAKAN JALAN 2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah strategi dan usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas? JAWAPAN: a) Bagi mengatasi kerosakan teruk yang sering berlaku di jalan antara Sungai Panjang melalui Bagan Terap sehingga Kampung Sepintas, JKR Selangor telah mengambil tindakan dan usaha sewajarnya seperti berikut: i. Bagi menyelesaikan masalah struktur jalan - jalan yang rosak bagi lapisan pavemen (wearing & binder course) adalah menggunakan kaedah Cold In- Place Recycling (CIPR). Kaedah CIPR melibatkan kerja memecahkan lapisan pavemen asal, diikuti dengan menggaul dengan bahan penstabil sebelum dihampar semula dan dimampatkan dalam satu proses. Antara kebaikannya adalah penggunaan sepenuhnya bahan asal, pengurangan dari segi penggunaan bahan baru serta meningkatkan kekuatan struktur pavemen. Antara lokasi pembaikan yang telah dibuat seperti di Jalan Dato Miskon, Bukit Kerayong, Kuala Selangor dimana ianya menggunakan Teknologi CIPR Polimer yang telah diadakan pada 24 Februari 2017. Penilaian keberkesanan akan dibuat dan diteruskan ke lokasi – lokasi lain bagi pembaikan menggunakan kaedah CIPR. Selain itu, pihak JKR akan sentiasa melaksanakan pemantauan berkala dan penyenggaraan kerja – kerja rutin. ii. Melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Sabak Bernam, ahli mesyuarat telah bersetuju agar pihak JPJ dan SPAD memantau lori - lori yg membawa muatan berlebihan dan melalui jalan Sg. Panjang ke Bagan Terap dan Sepintas. Lori - lori yang membawa muatan yang berlebihan ini merupakan punca kepada kerosakan jalan yang serius. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL (N25 KAJANG) TAJUK : BANDAR WARISAN 3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sejarah dan warisan setempat bandar-bandar seperti Kajang, Klang, Ampang, Batu Arang dan sebagainya? b) Bagaimana untuk menarik golongan muda dan pelajar melakukan ‘field trip’ atau beriadah di sana? JAWAPAN: a) Perancangan pembangunan sejarah dan warisan setempat bagi :- i) Kajang Merancangan Pembangunan Warisan dengan menentukan semula kawasan- kawasan bersejarah dan juga kaitan dengan kedatangan kaun Jawa di kawasan tersebut. ii) Klang Beberapa bangunan warisan seperti Gedung Raja Abdullah, bangunan bekas Pejabat Agama Islam Klang (PAID) dalam tindakan kerja-kerja konservasi dan naik taraf sebagai muzium. Pengekalan bangunan-bangunan warisan ini dapat dijadikan produk untuk pelancongan selain ia mengekalkan rupa Bandar warisan bagi daerah Klang. iii) Ampang Dalam tindakan mengenalpasti tapak-tapak yang berkaitan dengan warisan bagi tujuan pewartaan. iv) Batu Arang Dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan warisan. b) Bagi menggalakkan serta menarik golongan muda ke tapak-tapak tersebut, selain kerja-kerja konservasi perlu juga pembangunan infrastruktur dan promosi untuk menyebarluaskan mengenai tapak-tapak warisan yang ada di Selangor. TOURISM SELANGOR Bagi menarik golongan muda dan pelajar untuk melakukan fieldtrip dan juga aktiviti beriadah di sana, pebagai inisiatif yang boleh dianjurkan seperti aktiviti karnival warisan dan sejarah, pameran fotografi, bengkel pelancongan, dan program CSR yang melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sejarah dan warisan. Antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi melancarkan kempen kesedaran dan menarik golongan muda beriadah di kawasan sejarah dan warisan adalah seperti berikut: i) Program #TSDAYOUT, anjuran Tourism Selangor ii) Program Discover Selangor Photo Hunt, anjuran Tourism Selangor iii) Festival
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages715 Page
-
File Size-