Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Penggal

Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Penggal

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2016 (KHAMIS) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) (Tuan Speaker) Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, S.P.M.S. (Bukit Antarabangsa) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S. (Sungai Pinang) Y.B. Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad,D.P.M.S. (Chempaka) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang) Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi (Sementa) Y.B. Tuan Ganabatirau A/l Veraman (Kota Alam Shah) Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Seri Setia) Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Batu Caves) 1 Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib (Taman Templer) Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah (Bangi) (Timbalan Speaker) Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail, D.P.P.N. (Kajang) Y.B. Puan Hajah Rodziah Binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Puan Dr. Halimah Binti Ali (Selat Klang) Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) Y.B. Tuan Dr. Abd Rani Bin Osman (Meru) Y.B. Tuan Dr. Yaakob Bin Sapari (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/l Arulanandam (Seri Andalas) Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha (Taman Medan) Y.B. Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei (Sri Muda) Y.B. Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan (Gombak Setia) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail (Seri Serdang) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Haji Hassan (Tanjung Sepat) Y.B. Puan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) 2 Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan (Dusun Tua) Y.B. Tuan Tan Pok Shyong (Pandamaran) Y.B. Puan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman (Paya Jaras) Y.B. Tuan Ng Tien Chee (Balakong) Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (Morib) Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Puan Tiew Way Keng (Teratai) Y.B. Dato' Mohd. Shamsudin Bin Lias D.P.M.S., J.S.M., S.S.A. (Sungai Burong) Y.B. Dato’ Haji Amiruddin Bin Setro D.P.M.S., A.S.A. (Jeram) Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz D.M.S.M., A.M.S., J.P. (Semenyih) Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak P.M.W., S.M.S., K.M.N., P.P.N. (Permatang) Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar D.M.S.M., P.J.K. (Hulu Bernam) Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah A.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Bukit Melawati) Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan D.P.S.M., A.M.N., A.M.S., P.J.K. (Kota Damansara) Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik, P.J.K. (Sungai Air Tawar) Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi (Sungai Panjang) Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, D.I.M.P. (Batang Kali) 3 Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif (Dengkil) Y.B. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) 4 TIDAK HADIR (Dengan maaf) Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi (Sabak) Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus PGDK., K.M.N., S.I.S., A.S.D.K. (Kuang) Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim P.S.M., S.P.M.S., D.S.A.P. (Pelabuhan Klang) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman, D.P.M.S., S.I.S. Pegawai Kewangan Negeri Selangor Y.B. Dato’ Haji Nik Suhaimi Bin Nik Sulaiman, D.P.M.S., D.I.M.P., A.S.A. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor 5 PEGAWAI BERTUGAS Puan Elya Marini Binti Darmin, A.M.S. Setiausaha Bahagian Dewan Encik Zawawi Bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha Pentadbiran Puan Siti Salina Binti Muftar Setiausaha Pejabat Bentara Encik Abdul Khalil bin Sabiis Encik Mohd Redzuan bin Adam Encik Nilam Mersa Mansur bin Osman Pelapor Perbahasan Puan Hajah Noridah Binti Abdullah Puan Noor Syazwani Binti Abd Hamid 6 (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) SETIAUSAHA DEWAN :BismillahiRahmani Rahim. AssalamualaikumWabarakatuh dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor yang Ketiga Belas pada 10 November 2016 dimulakan dengan bacaan doa. I. BACAAN DOA II. PERTANYAAN-PERTANYAAN SETIAUSAHA DEWAN : Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan- pertanyaan. TUAN SPEAKER : Selamat Pagi semua. Morib. Tidak hadir. Telok Datok. Y.B. TUAN LOH CHEE HENG : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 149. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LOH CHEE HENG (N52 TELOK DATOK) TAJUK : PENGUATKUASAAN KEKOTORAN KEDAI MAKANAN DAN RESTORAN 149. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :- (a) Sila nyatakan jumlah unit kedai yang terlibat dan juga tindakan diambil oleh setiap PBT terhadap kekotoran kedai makanan dan restoran pada tahun 2015. (b) Apakah langkah diambil oleh PBT untuk memastikan pengusaha perniagaan menyediakan kualiti makanan dan minuman yang bersih? Y.B. TUAN EAN YONG HIAN WAH :Tuan Speaker, terima kasih kepada Telok Datok. Jumlah kedai yang terlibat dan diambil tindakan oleh PBT terhadap kekotoran kedai makanan dan restoran pada tahun 2015 ada lah sebanyak 8,644 unit. Langkah yang diambil oleh PBT untuk memastikan pengusaha perniagaan menyediakan kualiti makanan dan minuman yang bersih adalah seperti berikut :- (i) Pemeriksaan dan penggredan kebersihan premis makanan secara rutin dan berjadual pada setiap bulan di mana premis makanan yang layak digredkan mengikut markah penilaian yang diperoleh seperti Gred A (80% ke atas), gred B (65% hingga 79%). Premis boleh ditutup bagi markah 64% 7 dan ke bawah semasa pemeriksaan ulangan ataupun operasi bersih. Bagi Premis Bergred A, tempoh sah laku adalah enam bulan manakala bagi Gred B dan C sah laku ada lah 3 bulan. Pengusaha premis perlu membaharui nilai gred yang telah yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan dan bayaran sejumlah RM100.00. (ii) PBT mensyaratkan pengusaha premis makanan perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak Majlis serta mendapatkan suntikan TY2, menghadiri Kursus Pengendalian Makanan dan mendapatkan Kad Pengendalian Makanan yang dikeluarkan oleh PBT. (iii) Menjalankan pensampelan makanan secara rutin dan berjadual untuk dianalisis sebagai surveillance bagi memastikan pencemaran mikro biologi dan paras kimia di dalam makanan dapat dikawal mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. (iv) Menjalankan dan meningkatkan aktiviti promosi kesihatan ke atas pengusaha premis dan pengendali makanan seperti ceramah kesihatan, mengadakan pameran dan edaran risalah atau poster yang berkaitan kebersihan premis dan keselamatan makanan. Sekian. Terima kasih. TUAN SPEAKER : Sekinchan. Y.B. TUAN NG SUEE LIM :Terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan kebersihan, taraf kebersihan restoran dan sebagainya. Setahu saya ada Sijil A – Bersih, B dan C tetapi sekarang baru-baru ini di dapati ada Sijil yang dipalsukan. Apa kah tindakan yang sewajarnya diambil Kerajaan terhadap sindiket demikian? Y.B. TUAN EAN YONG HIAN WAH :Tentang isu Sekinchan tadi sijil palsu ya. Sijil palsu ini ada laporan diterima dan masih tidak begitu serius, tidak begitu serius tetapi kita akan membuat pemeriksaan secara rutin ke atas kedai-kedai ataupun restoran yang berkaitan supaya isu ni boleh kita kawalkan. Kalau Yang Berhormat ada terima laporan sila sampaikan ke PBT masing-masing dan kita akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terima ataupun jual sijil tersebut. Y.B. PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL : Soalan tambahan. TUAN SPEAKER :Batu Tiga. Y.B. PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL :Terima kasih Speaker. Saya ingin bertanya kepada pihak EXCO sekarang ini memandangkan penyedia-penyedia makanan disyaratkan untuk mendapatkan injection ataupun suntikan TY2 sebenarnya pada pemilik ataupun pada mereka yang memohon tetapi kita lihat 8 sekarang ramai juga pekerja-pekerja asing yang sekarang juga ataupun pekerja- pekerja pengusaha ini telah pun ditambah pekerjaannya dan sebagainya. Apa kah kita syarat kan juga kepada pekerja-pekerja ini untuk mendapatkan suntikan dan kalau ada macam mana kita dapat mengetahuinya kalau kita pergi ke kedai tersebut apakah yang dipamerkan nama dan sebagainya. Terima kasih. Y.B. TUAN EAN YONG HIAN WAH : Terima kasih pada Batu Tiga. Kita nampak memang banyak ada restoran mereka mengambil pekerja asing di restoran sebagai pekerja mereka. Kalau mereka mengikut cara yang sah iaitu memang dapat kebenaran atau kelulusan daripada Imigresen untuk masuk ke negara Malaysia untuk menjadi sebagai pekerja di dalam restoran memang mereka perlu mengambil suntikan yang seperti apa yang saya sebutkan tadi kerana bila mereka dapat kelulusan daripada Imigresen ataupun visa pekerja memang disyaratkan mereka perlu mengadakan suntikan yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Itu yang kita kawal daripada segi pekerja yang sah. Untuk pekerja yang sah itu saya rasa memang susah untuk kita kawal kerana itu bukan di bawah bidang kuasa PBT dan kita memang kalau ada terima laporan kita biasanya akan kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang mengambil pekerja yang tidak sah. TUAN SPEAKER : Baiklah Sungai Air Tawar, tidak hadir. Soalan Balakong, tidak hadir. Seri Serdang. Y.B. PUAN NOOR HANIM BINTI ISMAIL : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 152. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    154 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us