Dewan Negara Laporan Penyata Rasmi Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Dewan Negara Laporan Penyata Rasmi Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum semak DEWAN NEGARA LAPORAN PENYATA RASMI PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 22 Isnin 16 Disember 2019 K A N D U N G A N PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA Pembentukan Kaukus Dewan Negara (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL : Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 31) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 31) DN 16.12.2019 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik)(LS) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 4. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang (Dilantik) 5. “ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah ((Negeri Sembilan) 6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 7. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong (Dilantik) 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 11. “ Dato’ Chai Kim Sen (LS) 12. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 15. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 16. “ Datuk Haji Husam bin Musa 17. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (LS) 18. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 19. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 20. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak) 21. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 22. “ Tuan Kamarudin bin Abdun [Perlis] 23. “ Dato’ Kesavadas A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 24. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun 25. “ Datuk Lee Tian Sing (Lantikan baharu) 26. “ Tuan Liew Chin Tong- Timbalan Menteri Pertahanan 27. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 28. “ Datuk Lim Pay Hen (Lantikan baharu) 29. “ Tuan Manolan bin Mohamad (Dilantik) 30. “ Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya- Timbalan Menteri Luar Negeri 31. “ Ir. Md. Nasir bin Hashim (Dilantik) 32. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid 33. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 34. “ Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin- Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi 35. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah DN 16.12.2019 ii 36. Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 37. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 38. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 39. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 40. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 41. “ Dr. Nuing Jeluing (Lantikan baharu) 42. “ Puan Hajah Nuridah bt Mohd Salleh (Terengganu) 43. “ Datuk Paul Igai (Lantikan baharu) 44. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 45. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 46. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 47. “ Puan Raj Munni binti Sabu (Dilantik) 48. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah- Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 49. “ Datuk Razali bin Idris (Dilantik) 50. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 51. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya (Pahang) 52. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 53. “ Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh (Selangor) 54. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 55. “ Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik) 56. “ Dato’ Sri Ti Lian Ker (Pahang) 57. ‘’ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 58. “ Dr. Yaakob bin Sapari (Selangor) 59. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung 60. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 61. “ Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili (Sarawak) DN 16.12.2019 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis bin Samin Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Muhammad Qhidir bin Mat Isa Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Sherliza Maya binti Talkah Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Herdawati binti Mohd Amir Abbu Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Nor Sakinah binti Samat Nurul Atikah binti Basrudin Ahmad Syahril bin Haji Sikar @ Haji Sika’ri Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Hizamihatim Maggisa bin Juarah Muhammad Firdaus bin Ahmad Izzul Syazwan bin Abdul Halim Maryam binti Azinuddin Mohd Aizuddin bin Pahrol Laili DN 16.12.2019 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA 16 Disember 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] PERMASYURAN TUAN YANG DI-PERTUA Pembentukan Kaukus Dewan Negara Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat pagi dan salam sejahtera. Sukacita ingin saya memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara telah bermesyuarat pada hari Khamis 12 Disember 2019, dan telah sebulat suara bersetuju bagi membentuk sebuah Kaukus Dewan Negara seperti mana yang telah dilaporkan melalui Kertas Dewan DN 2/2019. Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara yang telah saya perintahkan untuk dibentangkan di meja mesyuarat pada hari ini. Keahlian bagi kaukus tersebut adalah seperti berikut: (i) Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (ii) Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai (iii) Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop (iv) Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris (v) Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh (vi) Yang Berhormat Senator Datuk Theodore Douglas Lind (vii) Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (viii) Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram (ix) Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing (x) Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin (xi) Yang Berhormat Senator Puan Raj Munni binti Sabu (xii) Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang (xiii) Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah DN 16.12.2019 2 Semoga semua ahli kaukus dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik... [Tepuk] Terima kasih. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga di atas kepercayaan tadi untuk menerajui kokus Dewan Negara. Satu keputusan yang bersejarah di Dewan ini. Terima kasih tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili rakan-rakan juga mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran, happy birthday kepada Tuan Yang di-Pertua, yang dimaklumkan jatuh pada hari ini... [Tepuk] Soalan saya, soalan nombor 1. 1. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, mengenai perincian progres program Kepimpinan Masa Depan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Tuan Sim Chee Keong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Yusmadi. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil peluang ini mengucapkan happy birthday kepada Tuan Yang di-Pertua, semoga sentiasa dirahmati dengan kesihatan dan kebijaksanaan untuk memimpin. Tuan Yang di-Pertua, dan juga kepada Ahli Yang Berhormat ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia Future Leaders School (MFLS), Sekolah Kepimpinan Masa Depan bermula ataupun telah dilancarkan pada 1 April 2019 melibatkan pelajar sekolah menengah yang berumur di antara 15 tahun hingga 17 tahun dari seluruh negara. Sehingga Disember 2019 tahun ini, Program MFLS Tier 2 telah dilaksanakan sebanyak 15 kohort di kem ataupun pusat latihan di seluruh negara dengan penyertaan peserta seramai 27,788 orang. Seramai 200 orang peserta terbaik dari tier kedua ini akan disaring untuk ke peringkat seterusnya iaitu MFLS Tier 3. Di peringkat ini peserta akan mengikuti program yang berbentuk latihan dan internship, dengan izin, dari dalam dan luar negara di samping berpeluang menjalani latihan in-house, dan attachment di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan syarikat swasta. Diharapkan agar peringkat ini dapat melahirkan pemimpin belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara, serta berkeupayaan untuk memainkan peranan di peringkat antarabangsa nanti. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat. DN 16.12.2019 3 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan sebelum itu juga saya mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang saya dimaklumkan melalui pembedahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam membimbing pemimpin masa hadapan kita ini, pada pandangan saya, antara isu yang paling penting ialah bagaimana kita menghadapi pemimpin yang mampu berasa selesa dengan kepelbagaian kaum supaya apabila menjadi pemimpin masa depan, mereka melihat semua kaum di Malaysia ini sebagai satu kekuatan, dan malah difikirkan pula bagaimana hendak berlaku adil kepada semua. Bukan sahaja kepelbagaian kaum, mereka-mereka yang minoriti juga- golongan kelainan upaya, golongan asal dan sebagainya. Jadi saya mohon Menteri jelaskan sedikit, apakah falsafah yang diterapkan kerana ada Tier 1, Tier 2, Tier 3 ini yang digunakan, agar perkara-perkara ini dapat dicapai untuk pemimpin-pemimpin masa depan kita. Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Tuan Sim Chee Keong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    249 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us