DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) SHAH ALAM, 14 APRIL 2014 ( ISNIN ) Mesyuarat

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) SHAH ALAM, 14 APRIL 2014 ( ISNIN ) Mesyuarat

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) SHAH ALAM, 14 APRIL 2014 ( ISNIN ) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) (Tuan Speaker) Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim P.S.M., S.P.M.S., D.S.A.P. (Pelabuhan Klang) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim D.P.M.S. (Sungai Pinang) Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (Chempaka) Y.B. Hajah Puan Rodziah Binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi (Sabak) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Puan Hajah Dr. Halimah Binti Ali (Selat Klang) Y.B. Tuan Ganabatirau A/l Veraman (Kota Alam Shah) Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi (Sementa) 1 Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi (Sijangkang) Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Seri Setia) (Timbalan Speaker Dewan Negeri) Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali (Bukit Antarabangsa) Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) Y.B. Tuan Dr. Abd Rani Bin Osman (Meru) Y.B. Tuan Dr. Yaakob Bin Sapari (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar A/l Arulanandam (Seri Andalas) Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha (Taman Medan) Y.B. Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei (Sri Muda) Y.B. Puan Gan Pei Nei (Rawang) Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan (Gombak Setia) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail (Seri Serdang) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Haji Hassan (Tanjung Sepat) Y.B. Puan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan (Dusun Tua) Y.B. Tuan Tan Pok Shyong (Pandamaran) 2 Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib (Taman Templer) Y.B. Puan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman (Paya Jaras) Y.B. Tuan Ng Tien Chee (Balakong) Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah (Bangi) Y.B. Dato’ Dr. Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail, D.P.P.N. (Kajang) Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (Morib) Y.B. Tuan Loh Chee Heng (Teluk Datuk) Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Puan Tiew Way Keng (Teratai) Y.B. Dato' Mohd. Shamsudin Bin Lias D.P.M.S., J.S.M., S.S.A. (Sungai Burong) Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz D.M.S.M., A.M.S., J.P. (Semenyih) Y.B. Tuan Sulaiman Bin Abdul Razak S.M.S., K.M.N., P.P.N. (Permatang) Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar D.M.S.M., P.J.K. (Hulu Bernam) Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah A.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Bukit Melawati) Y.B. Puan Halimaton Saadiah Binti Bohan A.M.N., A.M.S., P.J.K. (Kota Damansara) Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Haji Abdul Malik P.J.K. (Sungai Air Tawar) Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi (Sungai Panjang) 3 Y.B. Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Batang Kali) Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif (Dengkil) TIDAK HADIR Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari (Batu Caves) Y.B. Dato’ Haji Amiruddin Bin Setro D.P.M.S., A.S.A. (Jeram) Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Haji Idrus PMW., PGDK., K.M.N., S.I.S., A.S.D.K. (Kuang) Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi DSIS., ASA., PPT. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Menunaikan Umrah) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Haji Nik Suhaimi Bin Nik Sulaiman DIMP., ASA Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Y.B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman, DPMS., SIS. Pegawai Kewangan Negeri Selangor 4 PEGAWAI BERTUGAS Puan Elya Marini Binti Darmin, AMS Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN) Encik Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali Ketua Penolong Setiausaha Puan Noor Diana Binti Razali Penolong Setiausaha Puan Diana Binti Shuwardi Penolong Setiausaha Encik Zawawi Bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha Puan Siti Salina Binti Muftar Setiausaha Pejabat Bentara Encik Mohd. Hafizan bin Yusoff Puan Noor Syazwani Binti Abd Hamid Puan Hajah Noridah Binti Abdullah Pelapor Perbahasan 5 ( Dewan disambung semula ) (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahi Rahmanir Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan dah salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas pada hari yang keenam 14 April 2014 dimulakan dengan bacaan doa. I DOA. II PERTANYAAN-PERTANYAAN SETIAUSAHA DEWAN: Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2014 Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan JPPBT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai kes di antara Kelas Puncak Holding dan Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA). Kedua Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2014 Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2012. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan. TUAN SPEAKER: Selamat pagi semua dan sebelum saya meneruskan pertanyaan ingin saya mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Vasaki dan Happy Tamil New Year pada siapa yang menyambutnya. Seterusnya Sekinchan. Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Terima kasih Tuan Speaker, Soalan no. 81. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG SUEE LIM (SEKINCHAN) TAJUK: PEMBEKUAN TANAH TOL 81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar; a) Sila nyatakan apakah status terkini pembekuan tanah TOL? b) Sila nyatakan apakah kaedah alternatif yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menyelesaikan rintihan rakyat terhadap isu pembekuan tersebut? 6 c) Sila nyatakan dengan jelas bilakah isu pembekuan ini akan diselesaikan memandangkan ia telah menimbulkan banyak kesulitan kepada rakyat? Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Bismillahi Rahmanir Rahim, Tuan Speaker, Yang Berhormat Sekinchan, bertanya tentang pembekuan tanah tol dan kaedah- kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pembekuan tersebut. Pertama permohonan lesen pendudukan sementara tidak pernah dibekukan tetapi melalui mesyuarat-mesyuarat yang kita telah lakukan dan permohonan rakyat mengenai lesen pendudukan sementara ini kita dapati banyak percanggahan dan antara lain kita tidak ada satu sistem yang jelas tentang cara pemberian lesen pendudukan sementara. Kedua, ada kalanya kita pun tak tahu tanah tu telah kita berikan lesen pendudukan sementara. Oleh sebab itu pada 12 Oktober 2011 kita telah meminta supaya pentadbir tanah dan daerah apabila ada permohonan untuk lesen pendudukan sementara hendaklah dikemukakan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor dengan cepat supaya dapat dipertimbangkan. Antara perkara-perkara yang kita dapati ialah penggunaan tanah- tanah rizab kegunaan awam. Di mana kita dapati tanah-tanah lapang yang sudah dirizabkan sebagai tanah lapang diberi lesen pendudukan sementara. Kedua, kita dapati banyak pengusaha-pengusaha dan mereka-mereka yang dibenarkan menggunakan tapak rizab sungai, rizab jalan dan kawasan lapang dan oleh sebab penyelesaian untuk mengalih mereka apabila tanah-tanah itu diperlukan atau tanah itu perlu dibebaskan daripada penduduk yang ramai penduduk lain membuat bantahan terhadap pemberian tol tersebut. Kerajaan terpaksa membuat bayaran pampasan. Jadi oleh sebab itu kita telah meminta pentadbir tanah untuk menyediakan kita senarai-senarai tersebut dan supaya dapat diselaraskan dan kita telah mula mengetahui beberapa bentuk tanah lesen pendudukan sementara dan antara lain yang kita telah buat dalam masa yang terdekat ini ialah penggunaan pondok pengawal dan juga penggunaan papan iklan. Jadi kita dah selaraskan bagaimana permohonan untuk pondok pengawal dan bagaimana permohonan untuk papan iklan. TUAN SPEAKER: Sekinchan. Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan. Berkenaan dengan TOL ini saya nak tahu bagaimana pihak pentadbir tanah diberi kuasa sama ada untuk menetapkan berapa besar/luasnya tanah TOL tersebut boleh dikemukakan kepada MTES. Adakah satu garis panduan kerana setakat ini apabila permohonan daripada rakyat di bawah sampai ke Pejabat Tanah mereka kata TOL tidak dibenarkan. Seolah-olah perkara ini langsung tidak dilayan dan jawapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh dibawa ke MTES. Jadi boleh ditetapkan berapa besar, setengah ekar ke, dua ekar ke, lima ekar ke atau tak ada ekar. Ini penting. TUAN SPEAKER: Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, boleh pasang mic. 7 Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Jawapannya kita menggalakkan kesemua permohonan diberikan kepada MTES caranya ialah senang sahaja. Tiap-tiap minggu ada permohonan dia terus bawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negeri tiap-tiap minggu untuk diberitahu tentang permohonan tapi nampaknya kita dapati permohonan itu tidak dibuat daripada pandangan MTES maknanya tak adalah permohonan. Jadi oleh sebab itu kita sekarang telah meminta salinan permohonan kalau ada permohonan salah satu dari salinan permohonan itu dilampirkan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Galian untuk kita adakan follow up tentang perkara tersebut. Y.B. PUAN GAN PEI NEI: Soalan tambahan Tuan Speaker. TUAN SPEAKER: Rawang. Y.B. PUAN GAN PEI NEI: Saya ingin bertanya sebab saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sekinchan. Nampaknya ada satu jurang antara Pejabat Tanah dan pihak MKN yang mana sebenarnya apabila kita kemukakan permohonan rakyat dikatakan bahawa TOL dibekukan atas asas itulah pegawai rasa refuse dengan izin untuk bawa paper itu kepada MTES atas sebab mereka nampak ini adalah kerja tambahan sebab barangkali ditolak. Jadi itu yang kita terima. Jadi ada tak satu mekanisme untuk pastikan kita wajibkan setiap minggu bila mesyuarat MTES setiap PTD ada satu kertas atau fail tentang permohonan TOL. Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Puan Speaker, terima kasih Rawang. Satu perkara yang kita hendak betulkan ialah budaya yang mana pemberian kelulusan dibuat dengan berasaskan pendirian ataupun kuasa yang sudah tak perlu mendapat perhatian, bererti kita nyatakan ada kita dapati permohonan orang membuat restoran di tanah lapang dan pembuat restoran di tanah lapang itu berlaku bertahun- tahun bukan satu tahun tapi berpuluh tahun dan MTES mendapati surat-surat yang ditulis oleh penduduk menyatakan pada kita mengapa tanah lapang ini diberikan untuk dibina restoran.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    98 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us