TAK BEKERJA Chedet.cc 06 September 2019 Tun Dr Mahathir Mohamad 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri- Negeri Melayu terima baik penjajahan British. 2. Yang tidak dapat dinafi ialah British membawa sistem Pemerintahan yang lebih baik danNegeri-Negeri mengalami sedikit sebanyak pembangunan. 3. British membuka ladang-ladang getah dan lombong bijih timah. Yang anehnya tidak ada orang Melayu yang bekerja dalam ladang dan lombong ini. Pekerja terdiri dari orang India dan Cina. Perniagaan kedai runcit dan aneka jenis tukang-tukang semuanya terdiri dari orang Cina. 4. Dimanakah orang Melayu? Mereka bekerja dalam sawah padi mereka, dan ada sedikit yang menjadi nelayan. Sebilangan kecil dari mereka bekerja dengan Kerajaan sebagai kerani. Lebih kecil lagi ialah bilangan merekayang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Mereka ini semua berbangga kerana dibayar gaji tetap dan pencen. 5. Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini. 6. Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina. Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India. 7. Raja-Raja Melayu tidak iktiraf orang Cina dan India sebagai rakyat. Kepercayaan mereka ialah orang ini, akan kembali ke Negara masing-masing apabila khidmat mereka tidak diperlu lagi. 8. Orang Cina biasanya berhijrah ke Negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. Mereka berhijrah ke Amerika dan Australia dan ke Negara-Negara jajahan British. Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke Negeri-Negeri Melayu. Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan merbahaya. Mereka sanggup menarik “langca”, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramaiperempuan Cina yang menjadi “amah” di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah. 9. Orang Melayu berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing. Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah Negeri mereka kekal sebagai milik mereka. Itu yang saya lihat. Semasa saya muda di zaman British timbul keinginan melihat orang Melayu berniaga juga. Di Alor Star dibina Pekan Rabu, pekan sari dimana orang kampung boleh menjual sedikit sebanyak pisang dan buah- buahan bakul dan raga anyaman mereka. Perniagaan mereka tidak menjadibesar. Mereka berniaga secara sambilan. Mereka tidak berniat pun untuk membesar perniagaan. Setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu sahaja. 10. Tetapi anggapan mereka meleset. Kerana mereka tidak sanggup bekerja kuat, tidak sanggup berniaga secara serius mereka terus miskin. Jarak antara mereka dengan kaum lain yang bekerja kuat dan berniaga menjadi semakin luas. Yang berlaku ialah yang sudah kaya menjadi lebih kaya dan orang Melayu yang miskin menjadi lebih miskin. Ini sudah ditakdir. Tak perlu buat apa-apa. 11. Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar. Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita. Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada Negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi. Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain, Tuankah. 12. Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah. Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya. 170 thoughts on “TAK BEKERJA” 1. 2. Log in to Reply sibotakSep 30,2019 6:34 AM Tun Saya tidak lihat PBB membawa Kebaikan , Munafaat pada manusia sejagat Malah ia menjahanamkan Dunia kerana ia seperti Lembu ditarik hidung olih Amerika, Barat untuk Israel.PBB membenarkan Kezaliman ,Penindasan berlaku di depan mata Dunia.Sungguh nyata dan terang PBB membantu dan bersekutu Dunia Kafir dan nyata menzalimi Dunia Islam secara terang tanpa segan Maka Dunia Islam perlu ada Haluan sendiri Kita lihat sengkete di Kashmir, Sri Lanka, Malawi, Rakhine dan semerata Dunia Islam di Zalimi di dukung Sandiwara PBB, olih Amerika ,Barat yg di belakang Tibai adalah Yahudi . Ini nyata dengan pengakuan Israel sendiri yg mmembantu Askar Mynanmar , Sri Lanka, India dan kesemuanya mengajar teknik dan membekalkan senjata .PBB peka ini semua,tapi PBB pura pura Buta & Pekak Jadi dimana pula haluan keselamatan ,pertahanan kita Haruskah kita memperhambakan , memperbodohkan diri kita seperti Raja & Putera Saudi yg berotak udang lagi berminyak Saya berpegang teguh usaha , Jihad menyatukan Ummah terlebih dahulu Kita cuba perbaiki dan pandaikan Arab sesama Arab , Islam besaudara walau mereka masih bersengketa. Ukhwah Ummah perlu dijunjung Kita perlu bergabung dengan Turkey ,Iran ,Iraq, Brunie, Indonesia, Timur Tengah ,Kesemua Dunia Bumi Islam. Perlu mempelawa China dan Russia bersama membina Kesejahteraan Dunia Amerika , Israel, Barat bolih mereka sesama mereka. Dab berapa banyak Amerika nak buat sengkatan biarlah dia buat sendiri dan shiok sendiri Kita perlu gabungan membina ekonomi dan Ketenteraan yg terkini Bukan nak beranggan nak hantar telur ,Buah Semangka lah dan sebagainya Melayu / Islam mesti berpijak di Bumi yg Nyata 3. 4. Log in to Reply HBT456Sep 29,2019 4:47 PM https://m.malaysiakini.com/news/493728 It would be another big dissappointment and embarrassment under pivot of malay dignity congress which contradicted the malaysian malaysia just to rescue 1mdb scandal using petronas and felda land by appointing cimb as the middleman again. I really do not know what to say, and i believe this is just only another money lobby project to make sure the chairman of parti pribumi bersatu malaysia is positioned as the next prime minister after dsai of pkr. When pakistan and india decided to go chant nuclear warfare to happen in their region whhereby they have the permit to do so, china too had no choice would put on their national rescue mission to save chinese diplomats and chinese nationals out from this nuclear war region should there be a nuclear war at the border. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/29/maszlee-govt-still- waiting-for-uec-review-committee-report It is up to dr maszlee malik of moe to take his own sweet time to decide, and without the support from national chinese educationists, there is no way he can get enough votes to march into putrajaya. 5. 6. Log in to Reply HBT456Sep 29,2019 4:07 PM Tdm as prime minister should talked about malaysia, and its role and steps in complying with the policies being discussed in united nation with many members to prevent and avoid repeat of world war after ww1 and ww 2. He shouldnt talk about issues of palestinine, pakistan, rohingya and kasmhir as prime minister of malaysia which are not even our neighbouring countries. Why? Tdm is not a moslem or freedom activists in representing them after being re- elected as prime minister, and i hope he should correct this before he leaves the world. 7. 8. Log in to Reply HBT456Sep 29,2019 3:49 PM Tdm as prime minister should talked about malaysia, and its role to united nation with many members throughout the world to prevent and avoid repeat of world war after ww1 and ww He shouldnt talk about pakistan, rohingya and 9. 10. Log in to Reply sibotakSep 29,2019 7:01 AM You said it All Tun in the United Nation Assembly 94 yrs old Braves & Stand Tall for Malaysia Khabib say Alhamdullilah I, Botak says, Allahuakhbar X 3 My Opinion If UN continues to be Puppet, Manipulated by US & West The world can never be at Peace It‘s proven Today UN ignored Gang up practices US will get its support from its Allies whether It‘s Right or Wrong This is very wrong of UN Existence & Foundation NO wonder World can never be at Peace When UN unable to Stop US illegal invasion in Iraq Unable to Punish US Wrong Doings Unable to Uphold Justice for Mankind Consenting Wrong over Right Evil over Good I strongly suggest UN Close SHOP United Nation must a Body of its own Represented by World Leaders of different colors, race, dialogs & culture All for One, One for ALL It must not be Corrupted , Manipulated nor Puppet by No One It must be Clean I see Today United Nation is corrupted , manipulated , puppet by US & West advantage by Israel. This is very Wrong. The rest of the World was just like a contributor to the existence of UN for US, West, Israel benefits. I see a Double Standard Ruling in the UN today Thousands & Millions of Innocents Death, They Ignore The death that Benefits them In one word The Foundations of the United Nation today are never for Mankind Its mere charades, An Act just to serve the interest & agendas The Strong gets Stronger The Weaks gets Weaker, Guilty & Dirty Today, World is Filled with US, West, Israel Greed , Bombs & Lies Tonnes of Lies, Tonnes of Bombs were used Nothing seems to Work for Peace & Harmony As it does not originate from the Seed of Sincerity & Honesty Represented by Leaders that are Coward Not able to tell US, West, Israel OFF I seek my Leader, Tun Mahathir, The Prime Minister of Malaysia Withdraw our participation in the United Nation Assembly Stop wasting our Time and Money For it is driven by Wrong Mongerers for The Wrong reasons Submitting to them.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages157 Page
-
File Size-