PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] SOALAN : 443 YB T

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] SOALAN : 443 YB T

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] SOALAN : 443 YB Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan menambah trip perkhidmatan ETS khasnya antara Taiping/Kuala Lumpur dan Taiping/Bukit Kayu Hitam. JAWAPAN Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 40 Perkhidmatan ETS sehari disediakan oleh KTMB di seluruh rangkaian landasan berkembar elektrik antara Gemas dan Padang Besar yang mana semua perkhidmatan ETS ini akan mengambil/menurunkan penumpang di stesen Kuala Lumpur. Bagi stesen Taiping, sebanyak 20 perkhidmatan ETS sehari beroperasi di stesen tersebut. Manakala di Bukit Kayu Hitam tiada perkhidmatan ETS di sini kerana infrastruktur landasan kereta api ke lokasi tersebut masih belum dibina. Buat masa ini, tiada penambahan trip perkhidmatan ETS dapat dilaksanakan kerana KTMB mengalami kekurangan set-set tren ETS yang boleh digunapakai untuk tujuan operasi. Pada masa ini KTMB memiliki 15 set ETS yang aktif untuk tujuan operasi. Jumlah set ini masih tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS di seluruh negara. Sehubungan itu, bagi menampung kekurangan set-set ETS sedia ada, pembelian 19 tambahan ETS baru sedang/akan dilaksanakan yang masing- masing dijangka tiba pada September 2019 (9 set) dan Mac 2021 (10 set). Bagi penumpang yang ingin ke Bukit Kayu Hitam dengan menggunakan perkhidmatan ETS, penumpang boleh menaiki tren ETS sehingga ke stesen Arau (10 trip sehari) dan seterusnya menggunakan pengangkutan alternatif seperti teksi dan bas untuk ke Bukit Kayu Hitam yang mengambil masa selama 30-40 minit. .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us