K'jaan Bentang Pindaan Perlembagaan Baru Esok Malaysiakini 10 Julai 2019 Kerajaan Akan Membentangkan Cadangan Pindaan Perlemba

K'jaan Bentang Pindaan Perlembagaan Baru Esok Malaysiakini 10 Julai 2019 Kerajaan Akan Membentangkan Cadangan Pindaan Perlemba

K’jaan bentang pindaan perlembagaan baru esok Malaysiakini 10 Julai 2019 Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun di Dewan Rakyat, esok. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan sebelum ini, bagi turut meminda perkara berhubung pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya. “Pada ‘first reading’ (bacaan kali pertama), kita cuma sebut tentang seorang berumur 18 tahun boleh (mengundi), tetapi kita tak masuk nama dia secara automatik, dia kena register (sebagai pemilih). “Ada permintaan untuk masukkan pendaftaran automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Terdahulu di Dewan Rakyat hari ini, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dan RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 yang dijadual untuk bacaan kali kedua, ditarik balik. Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof. Dalam pada itu, Dr Mahathir yakin pindaan perlembagaan baharu itu akan mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Malah, katanya, blok pembangkang telah menyatakan komitmen untuk menyokong pindaan berkenaan dalam sesi pertemuan hari ini. “Dalam pertemuan dengan pembangkang, semua beri pengakuan mereka akan sokong pindaan ini setelah ditambah automatik ‘registration’ dan had umur 18 jadi calon. “Kita yakin (dapat sokongan dua pertiga), takkan mereka nak tipu saya,” katanya. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata keputusan menarik balik RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 akan dijelaskan kemudian oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin. Sumber yang rapat dengan parlimen memberitahu Malaysiakini bahawa RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 itu ditarik balik memandangkan terdapat satu kes mahkamah membabitkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan akta berkenaan. Selain itu, kata sumber, bantahan daripada backbenchers yang meminta akta ini dimansuh dan bukannya dipinda juga sedang diberi pertimbangan yang sewajarnya. Copyright © 1999-2012 Mkini Dotcom Sdn. Bhd Source: https://www.malaysiakini.com/news/483198 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us