Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia

Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 5 APRIL 2007, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1141-L8202 Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :- a) jumlah aduan panggilan dan SMS yang diterima oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak 2004 untuk kenderaan-kenderaan perdagangan; dan b) bilangan tindakan yang telah dan sedang diambil berikutan aduan- aduan tersebut. 2. PR-1141-L8073 Datuk Suhaili Bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tahap pencapaian dan aktiviti terkini Technology Park Malaysia. 3. PR-1141-L7886 Dato' Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan beberapa slot/program dalam siaran RTM yang telah berjaya menarik minat penonton untuk beralih dari stesen swasta ke stesen televisyen Kerajaan. 4. PR-1141-L7782 Dato' Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan senarai jumlah kenaikan tol di setiap tol di seluruh Negara dan berapakah peratusan kenaikan yang dikenakan bagi tol yang berkenaan. 5. PR-1141-L7165 Dato' Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan Sistem Pembetungan yang diamalkan di negara kita sekarang. 6. PR-1141-L7215 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan kawalan terhadap lesen kelas F dan berapa ramai pemegang lesen kelas F di negeri Johor. 2 AUM DR 05/4/2007 7. PR-1141-L7224 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah hasil kutipan derma mangsa banjir melalui SMS oleh syarikat-syarikat selular seperti Celcom dan lain-lain baru-baru ini dan berapa pula pendapatan yang diraih oleh mereka. 8. PR-1141-L8279 Tan Sri Dato' Dr. K. S. Nijhar [ Subang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bagaimana Kementerian dapat membantu dalam mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja jalan di persimpangan yang menghubungi Kampung Sungai Kayu Ara dengan Bandar Utama. 9. PR-1141-L7037 Dato' Chor Chee Heung [ Alor Star ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan buat masa ini terdapat berapa jumlah rakyat kita yang mempunyai dua Kerakyatan (dual citizenship) dan apakah keputusan Kerajaan terhadap golongan tersebut memandangkan dasar kita tidak membenarkan rakyat yang mempunyai kerakyatan negara lain dalam satu-satu masa. 10. PR-1141-L8046 Dato' Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan penurunan subsidi minyak dan kenaikan kadar tol telah mengurangkan sejumlah besar perbelanjaan subsidi kerajaan kepada pemilik kenderaan bermotor, berapakah jumlah sebenar penjimatan tersebut dan bolehkah Kementerian memperincikan ke manakah pula jumlah penjimatan tersebut dibelanjakan. 11. PR-1141-L7975 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan senarai 10 Pihak Berkuasa Tempatan yang terbanyak menerima aduan awam berhubung ketidakcekapan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kes kekejaman ke atas orang awam dan bagaimanakah langkah yang diambil untuk menurunkan kadar aduan ini. 12. PR-1141-L8394 Puan Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan memandangkan pada akhir tahun lalu telah diadakan satu program taklimat mengenai peluang pekerjaan dan perniagaan di tapak projek mega yang akan dilaksanakan di daerah Papar, dan berdasarkan kajian pada hari tersebut didapati ramai belia sekitar daerah Papar yang masih menganggur dan aktif mencari pekerjaan, apakah tindakan Kementerian dalam perkara ini. 13. PR-1141-L7642 Dato' Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah jenis-jenis alat yang dibekalkan kepada sekolah untuk membantu mengajar di sekolah seluruh negara. Sejauh manakah pembekalannya dan jumlah peruntukan yang dikeluarkan. 3 AUM DR 05/4/2007 14. PR-1141-L7564 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan pelbagai strategi yang baru bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang peruncitan. Adakah Kementerian sudah mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan bumiputera agak kurang maju dalam bidang peruncitan. 15. PR-1141-L7791 Dato' Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan setakat ini berapakah jumlah, jenis dan kos prasarana pertanian moden yang telah siap dibina di seluruh kawasan penanaman padi di seluruh negara khususnya di bawah kawal selia MADA dalam RMK-9. 16. PR-1141-L7187 Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :- a) adakah Kementerian sedar bahawa undang-undang penjagaan harta intelektual kita sebenarnya untuk menjaga kepentingan harta intelektual asing kerana saintis dan jurutera kita tidak membuat penemuan. Apa tindakan susulan Kementerian; dan b) adakah Kementerian berpuas hati dengan penubuhan "Independence Software Vendors" di negara ini kalau tidak apakah galakan, tindakan dan bantuan bakal dan sedang dibuat untuk memperbanyakkannya. 17. PR-1141-L7127 Dato' Dr Wan Azmi Bin Wan Ariffin [ Sik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan cara terperinci langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah Mat Rempit. 18. PR-1141-L7262 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pekerja (orang tempatan dan Indonesia) di ladang sawit di Sarawak. Apakah faktor sebenar yang menyebabkan orang tempatan tidak dapat diambil bagi membuat kerja-kerja di ladang sawit itu. 19. PR-1141-L8147 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- a) jumlah kutipan fee dari sistem (E-Pendaratan) mengikut negeri masing-masing dan siapakah yang mendapat manfaat dari sistem ini; dan b) bagaimana sistem ini membantu para nelayan dan industri perikanan dan adakah sistem ini akan dimansuhkan. 4 AUM DR 05/4/2007 20. PR-1141-L7374 Datuk Haji Md. Alwi Bin Haji Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha- usaha, langkah dan persediaan perundangan serta penguatkuasaan yang telah dibuat oleh Kementerian ini untuk memantau pemusnahan alam sekitar yang datang dalam pelbagai bentuk seperti pembinaan perumahan di tanah tinggi, pemusnahan hutan tanpa kawalan, pencemaran sungai, pembakaran terbuka dan lain-lain perbuatan anti alam yang boleh menjamin kehidupan yang mesra alam di negara ini. 21. PR-1141-L7010 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan :- a) adakah tahap mutu kecekapan pegawai Imigresen masa kini semakin baik dan memuaskan; dan b) adakah pihak Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai rancangan untuk memperkenalkan sebarang permohonan yang berkonsepkan "Paperless" di dalam permohonan untuk mendapatkan visa seperti Pas Pengajian dan lain-lain. 22. PR-1141-L7559 Datuk Dr. Yee Moh Chai [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah penggunaan racun perosak di ladang-ladang industri dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menggalakkan lebih banyak penggunaan tanaman organik. 23. PR-1141-L7752 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan perkembangan dalam penyiasatan ucapan- ucapan berunsur hasutan oleh pihak perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan UMNO dan mengapa terdapat kelewatan dalam mendakwa pihak-pihak tersebut memandangkan kewujudan bukti yang amat jelas terhadap mereka. 24. PR-1141-L8350 Datuk Haji Mohd. Razali Bin Che Mamat [ Kuala Krai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan rancangan Kementerian untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekiranya rancangan itu dilaksanakan apakah kriteria yang akan diguna pakai oleh Kementerian untuk menentukan pemilihan pelajaran cemerlang tingkatan satu ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 25. PR-1141-L7822 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah perolehan kerajaan dalam lelongan awam kereta-kereta yang dilucut hak oleh Kastam Diraja Malaysia semasa menyambut Hari Kastam Sedunia baru-baru ini. 5 AUM DR 05/4/2007 26. PR-1141-L8042 Tuan Jimmy Donald [ Sri Aman ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk membantu kontraktor-kontraktor Kelas F berpindah ke kelas-kelas yang berikutnya supaya pemohon-pemohon yang baru dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kontraktor yang telah dinaikkan kelas. Apakah keistimewaan yang diberi kepada kontraktor-kontraktor bumiputera dari Kelas F ke Kelas A, supaya mereka tidak gulung tikar. 27. PR-1141-L7062 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan adakah langkah-langkah membanteras jenayah dan kekerasan setakat ini berkesan dan mencukupi memandangkan petunjuk “Rule of Law” dalam Laporan Worldbank mengenai Worldwide Governance Indicators 1996-2005 merosot dari 78.5% ke 66.2% pada 2005 bagi Malaysia. 28. PR-1141-L8300 Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan masa panjang untuk menjadikan Kem Terendak dan Kem Sungai Udang sebagai tapak Universiti Angkatan Tentera memandangkan kedua-dua kem ini mempunyai jenama di peringkat antarabangsa. 29. PR-1141-L7919 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa banyakkah anak-anak

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    20 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us