Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 62 Selasa 26 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 10) USUL-USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3): ■ Pelanjutan Tarikh Pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 (Halaman 35) ■ Pelanjutan Tarikh Untuk Mengemukakan Akuan Berkanun Perisytiharan Harta Ahli Dewan Rakyat (Halaman 36) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.47 (Halaman 37) Maksud B.48 (Halaman 104) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 35) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.47 (Halaman 37) Maksud P.48 (Halaman 104) DR. 26.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 26 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] _______________________________________________________________________ Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Kata-kata hikmat dari Tuan Yang di-Pertua, “Dunia ini umpama lautan yang luas, kita adalah kapal yang berlayar di lautan, di mana, ramai kapal telah karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini”. Jadilah manusia yang budiman dan beriman. Renung-renungkanlah. JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah pembaharuan yang telah dilakukan pentadbiran baharu NAFAS dan apakah masalah-masalah dan kepincangan yang berlaku di dalam NAFAS sebelum ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Haji Salahuddin bin Ayub]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kata-kata yang budiman itu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah digantung perlembagaannya pada 1 Jun 2018, di bawah seksyen 20(1), Akta Pertubuhan Peladang 1973 bagi perintah penggantungan Perlembagaan Persatuan Peladang bertarikh 28 Mei 2018, susulan daripada laporan audit khas NAFAS yang dilaksanakan pada 23 Mac sehingga 4 Mei 2018. Perintah menarik balik penggantungan Perlembagaan NAFAS telah diisytiharkan berkuat kuasa mulai 15 Januari 2019. Terdapat 42 penemuan audit khas NAFAS yang menjurus kepada salah laku ahli dewan pengarah dan pengurusan pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya. Susulan itu, pihak pendaftar telah melantik 15 orang bagi melaksanakan penyiasatan terperinci dan 51 kertas siasatan telah dilengkapkan. Sebanyak 37 kes siasatan telah diangkat untuk tindakan pihak SPRM, lima kertas diangkat kepada PDRM dan selebihnya dalam tindakan dan bidang kuasa pendaftar persatuan DR. 26.11.2019 2 peladang. Dalam tempoh penggantungannya, NAFAS ditadbir urus oleh lapan orang pentadbir di bawah seksyen 23, Akta Pertubuhan Peladang bagi memastikan pentadbiran dan urusan persatuan NAFAS seperti biasa sepanjang tempoh penggantungan itu. Apabila saya masuk ke pejabat, Tuan Yang di-Pertua, saya telah menulis surat kepada SPRM untuk seksyen 3, Akta SPRM itu dikuatkuasakan. Saya telah meminta supaya NAFAS diletakkan sebagai badan awam yang boleh disiasat dan dipantau oleh SPRM. Ini penting untuk kita menjalankan transparency, kita menjalankan ketelusan dan seumpamanya. [Tepuk] Dahulu hanya koperasi, sekarang kita mohon untuk menjadi sebuah badan awam. Di antara pembaharuan yang telah dilakukan adalah kita telah mengemukakan, melancarkan lima kluster di bawah NAFAS iaitu Kluster Ruminan, Kluster Ayam, Kluster Padi, Kluster Peladangan dan Kluster Trading E-Commerce. Kita sedang bergerak untuk kita mempelbagaikan sektor di dalam memajukan NAFAS pada masa akan datang. Kita menyusun semula organisasi NAFAS dan waran perjawatan NAFAS induk, semakan dan penambahbaikan skim perkhidmatan serta peraturan kerja NAFAS, semakan semula tanah, kaedah tatatertib dan rayuan tatatertib. Kita telah menemukan SOP pengurusan aset dan pelupusan aset tetap dan inventori. Kita telah membuat penambahbaikan sistem ePadi, sistem NAFAS, SOP pembayaran secara EFT bagi menggantikan pembayaran melalui cek kaedah kredit perniagaan dan perkhidmatan NAFAS, penambahbaikan kaedah perolehan NAFAS. Ini semua kita lakukan, Tuan Yang di-Pertua untuk kita memastikan semua bayaran adalah mengikut peraturan dan mengikut apa yang telah ditetapkan untuk menjunjung tinggi transparency, integriti dan seterusnya suatu pembaharuan total bagi memulihkan kembali NAFAS. Itu untuk jawapan saya kepada Yang Berhormat Ledang. Terima kasih. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah dikemukakan tadi. Saya percaya dan yakin bahawa pihak kerajaan dan Yang Berhormat Menteri akan pastikan supaya NAFAS akan berada di dalam keadaan yang baik. Cuma, soalan tambahan saya, di sebalik dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ayer Hitam baru-baru ini, berkenaan dengan rundingan terus dan lain-lain perkara berkaitan dengan NAFAS, apakah jaminan Yang Berhormat Menteri supaya salah guna kuasa penyelewengan kepada NAFAS tidak berlaku justeru, nasib petani seramai lebih 920,000 orang boleh terbela dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan ketelusan dan tata kelola terbaik dalam pengurusan NAFAS sekarang dan pada masa yang akan datang? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila Yang Berhormat Menteri, masa dua minit 30 saat. ■1010 Dato' Haji Salahuddin bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pertanyaan yang penting itu. Dalam kerajaan, kita sudah pasti ada peraturan, ada prosedur, ada semua sistem-sistem yang mendukung tentang ketelusan itu. Sebagai pemimpin kepada MoA, yang DR. 26.11.2019 3 diamanahkan, saya sudah pasti dalam isu NAFAS akan memperjuangkan NAFAS dan Yang Berhormat Menteri mesti membela NAFAS yang ahlinya seramai 920,000 orang itu. Ini telah menjadi satu tradisi sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, supaya NAFAS diberikan pembelaan. Di situlah terletaknya perjuangan para petani kita yang masih miskin, yang perlukan kepada pembelaan. Ini tidak menjadi suatu halangan kepada semua pihak. NAFAS bukan satu persatuan yang biasa. NAFAS ditubuhkan di bawah akta peladang yang di mana ia adalah dikawal oleh kerajaan. Ia bukan suatu syarikat. Kalau dia menang tender pun, peribadi. Akan tetapi, NAFAS, apabila ia dapat projek kerajaan, ia ada keuntungan, berikan dividen kepada petani-petani kita, kebajikan dan seumpamanya. Sebagai Menteri, setiap tahun, termasuklah Menteri-menteri sebelum saya, akan membuat rayuan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya diteruskan pembiayaan itu kepada NAFAS. Apa yang saya lakukan baru-baru ini, adalah satu proses di mana proses– apa yang dikatakan tender terbuka itu masih belum lagi dimuktamadkan. Tidak ada satu company pun yang boleh menunjukkan bukti mereka telah menerima tender itu. Maka, dengan itu adalah satu kewajipan untuk saya terus berdiri, mendukung NAFAS dan apa yang saya perlu tahu dan memberitahu dalam Dewan ini dan rakyat di luar sana apa yang sedang saya lakukan ini ialah mengikut prosedur, mengikut peraturan dan ia satu perjuangan yang mesti diteruskan demi 920,000 ahli-ahli peladang seluruh negara. Terima kasih. [Tepuk] Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan sebagai mana yang telah disebutkan di dalam Dewan sebelum ini, apabila kementerian menawarkan tender terbuka baja bersubsidi pada bulan Julai 2019 yang lalu, sedangkan lebih daripada 90 peratus teras perniagaan NAFAS adalah bergantung pada pembekalan baja bersubsidi menerusi anak syarikatnya. Jadi, kenapa perubahan itu berlaku? Saya ingin tahu, berapakah kos sewaan 38 bilik hotel untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Tanjong Piai yang telah diinvoiskan atas nama NAFAS? Mungkin penjelasan ini akan memberikan penjelasan kepada rakyat yang tertunggu- tunggu jawapan sebenar isu yang sedang diviralkan sekarang? Dato' Haji Salahuddin bin Ayub: Terima kasih sahabat saya daripada Rantau Panjang yang memberikan soalan yang saya rasa ikhlas dan ingin tahu. Sebenarnya mengikut dokumen yang saya terima, NAFAS telah mengadakan satu road show bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang telah kita sewa hotel itu sehingga 30 Oktober atau pun 31 Oktober. Selepas daripada itu adalah kempen pilihan raya yang NAFAS tidak terlibat. Road show itu diadakan di Simpang Renggam, Johor Bahru, Pontian, Benut dan seumpamanya. Jadi itulah road show yang kita adakan dan hari Khamis ini adalah merupakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru. Oleh itu, NAFAS membantu kita dalam membuat road show itu kerana Johor merupakan tuan rumah maka, ia telah menyewa hotel tersebut. Sekiranya berlaku apa yang DR. 26.11.2019 4 dikatakan penyelewengan, sila berikan bukti itu kepada saya, sila laporkan kepada SPRM dan buat laporan polis, barulah ia tidak menjadi satu fitnah. [Tepuk] Keduanya, terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang kerana soalan pertama itu adalah merupakan satu prosedur. Kalau kita membaca syarat-syarat tender, prosedur tender punca

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    187 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us