0 Bil. 8 DN 4 . 9 .2018 Selasa 4 September 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 17) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 37) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DN 4.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik) 4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik) 5. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik) 6. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram (Kedah) 7. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 8. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 9. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik) 10. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik) 11. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor) 12. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu) 13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin (Dilantik) 14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik) 15. “ Datuk Haji Husain bin Awang (Terengganu) 16. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 17. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 18. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 19. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik) 20. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 21. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 22. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik) 23. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun (Dilantik) 24. “ Datuk Lee Tian Sing (Dilantik) 25. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan] 26. “ Datuk Lim Pay Hen (Dilantik) 27. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah) 28. “ Tuan Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 29. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin (Dilantik) 30. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik) 31. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor) 32. “ Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 33. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah) 34. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan) ii DN 4.9.2018 35. Yang Berhormat Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (Dilantik) 36. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik) 37. “ Dr. Nuing Jeluing (Dilantik) 38. “ Dato’ Ong Chong Swen (Dilantik) 39. “ Datuk Paul Igai (Dilantik) 40. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik) 41. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik) 42. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik) 43. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik) 44. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 45. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Dilantik) 46. “ Datuk Sambathan A/L Manickam (Dilantik) 47. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya (Pahang) 48. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik) 49. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik) 50. “ Dato’Sri Ti Lian Ker (Pahang) 51. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 52. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik) 53. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik) 54. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 55. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak) DN 4.9.2018 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Siti Norlina binti Ahmad Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan Sherliza Maya binti Talkah Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Mohd Salleh bin Ak Atoh Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman Hizamihatim Maggisa bin Juarah DN 4.9.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 4 September 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Ir. Yong Wui Chung minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, rancangan kementerian dalam memberi peluang kepada syarikat penyiaran tempatan mahupun luar negara untuk bersaing dengan Astro. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Bismillahi Rahmani Rahim. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Ahli Dewan. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung saya ingin menyatakan bahawa Broadcast Network System Malaysia Sdn. Berhad, atau secara ringkasnya MBNS merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar melalui jenama ASTRO. MBNS ini telah diberikan hak secara eksklusif dan keistimewaan ataupun exclusive right ini, serta privilege ini oleh kerajaan telah bermula daripada tahun 1997 untuk menyiarkan kandungan penyiaran melalui perkhidmatan penyiaran satelit dengan aktiviti pemancaran ke mana-mana satelit bagi penerimaan kandungan penyiaran oleh orang awam secara langsung dari mana-mana satelit. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tempoh hak eksklusif dan keistimewaan tersebut telah pun berakhir pada 28 Februari 2017. Walau bagaimanapun, MBNS masih boleh meneruskan aktiviti penyiaran satelit di atas dasar non-exclusive basis kerana lesen yang dimiliki oleh MBNS di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah sehingga 1 Februari 2020. Bagi lesen-lesen individu Pemberi Kemudahan Rangkaian atau dengan izin Network Facilities Provider Individual License (NFP) satu, dan kedua Pembeli Perkhidmatan Rangkaian ataupun dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, Network Service Provider Individual License. Sehingga 28 Februari 2022 bagi Lesen Individu Pemberian Aplikasi Kandungan atau, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Content Application Service Provider Individual License. Sukacita dimaklumkan sehingga 30 Jun 2018, terdapat 35 syarikat yang telah pun diberi lesen CASP individu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara ataupun FGA, Protocol Internet, HyppTV dan juga penyiaran televisyen terrestrial digital, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu digital terrestrial television broadcasting (DTTB). Selain daripada ASTRO, empat daripada 35 syarikat penerima lesen, CASP individu telah dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui platform satelit ini. Syarikat-syarikat ini, iaitu: 2 DN 4.9.2018 (i) Ansa Broadcast Sdn. Bhd. ataupun Ansa; (ii) Jaringan Media Sdn. Bhd. ataupun Jaringan Mega; (iii) Smart Digital International Sdn. Bhd. ataupun Smart Digital; dan (iv) High End Net Sdn. Bhd. atau High End Net. Dengan adanya kepelbagaian platform ini, rakyat Malaysia dijangka akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan, sama ada melalui penyiaran percuma tanpa langgan, non-subscription broadcasting, atau melalui penyiaran berbayar, subscription broadcasting. Selain daripada itu rakyat Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui platform over the top, dengan izin, OTT seperti aplikasi tonton, iFlix dan Netflix. Aplikasi OTT ini adalah aplikasi penyediaan kandungan melalui internat dan ia adalah aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan untuk memiliki lesen di bawah AKM, Akta Komunikasi dan Multimedia. Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, and terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, untuk bersaing dengan syarikat penyiaran gergasi seperti Astro dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia membuat pilihan lebih kompetitif dan berbaloi, apakah bantuan dan insentif yang akan diberikan kepada syarikat tempatan yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar menerusi satelit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri, insentif. ■1010 Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan insentif itu pihak kementerian telah pun memberikan sebagaimana yang disebutkan tadi hak ataupun lesen CASP kepada mana-mana syarikat yang berminat asalkan syarikat-syarikat ini mematuhi syarat-syarat yang tidak terlalu membebankan. Antaranya, syarikat itu perlu ditubuhkan di Malaysia dengan modal berbayar sebanyak RM500,000. Diperlukan maklumat korporat syarikat serta pemegang-pemegang saham, perihal jenis kemudahan perkhidmatan dan aplikasi, perihal liputan dan cadangan, pelan pelaksanaan komersial serta jangkaan perbelanjaan operasi. Ini adalah syarat-syarat kepada mana-mana syarikat yang dijemput. Kementerian menggunakan satu pendekatan yang sangat terbuka untuk mempelawa mana-mana syarikat yang berminat untuk bersaing dengan syarikat seperti
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages124 Page
-
File Size-