BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Latar belakang kajian Iman diumpamakan oleh al-Quran sebagai tanah yang subur. Sedangkan kekufuran dan kesyirikan adalah tanah yang gersang. Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun yang kukuh dan teguh bagi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat dengan syarat ia dibina atas keimanan, ketakwaan dan amal soleh1. Allah S.W.T berfirman : Terjemahan : “Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur”2. Surah al-A‘raf(7) : 58 Hakikatnya kejayaan, keruntuhan, kemajuan dan kemunduran sesuatu tamadun itu bergantung kepada faktor keimanan. Semakin utuh keimanan sesuatu bangsa itu, maka sesuatu tamadun itu akan semakin maju menuju kegemilangan di dunia dan akhirat. Sebaliknya sesuatu tamadun itu akan menuju lembah kehancuran apabila keimanan sesuatu bangsa itu semakin luntur akibat diliputi oleh kemaksiatan dan kekufuran. 1 Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1984), Tafsir al-Azhar, j.8, Jakarta : Yayasan Nur Islam, h. 314-315. 2 Semua terjemahan al-Quran dalam disertasi ini adalah merujuk kepada Tafsir Pimpinan al-Rahman terbitan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Lihat Abdullah Basmeih (1983), Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. 1 Al-Quran juga mengumpamakan iman sebagai pohon yang rendang, subur, sihat baik dan berfaedah. Pohon itu semestinya mempunyai akar tunjang yang panjang dan mencengkam bumi dengan kukuhnya. Ia tegak berdiri. Pucuknya menjulang tinggi ke langit. Dahannya besar, rantingnya banyak memberi faedah bukan sahaja kepada manusia malahan juga haiwan. Jasanya pula berpanjangan1. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat : Terjemahan : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)”. Surah Ibrahim(14) : 24-25 Ibarat al-Quran ini diperkukuh lagi oleh hadith Rasulullah S.A.W daripada Anas bin Malik : ﺇﻥ ﻣﺜﻞ ﺍﻹﳝﺎﻥ ﻛﻤﺜﻞ ﺷﺠﺮﺓ ﺛﺎﺑﺘﺔ ﺍﻹﳝﺎﻥ ﻋﺮﻭﻗﻬﺎ ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﺃﺻﻠﻬﺎ ﻭﺍﻟﺰﻛﺎﺓ ﻓﺮﻭﻋﻬﺎ ﻭﺍﻟﺼﻴﺎﻡ ﺃﻏﺼﺎﺎ ﻭﺍﻟﺘﺄﺫﻱ ﰲ ﺍﷲ ﻧﺒﺎﺎ ﻭﺣﺴﻦ ﺍﳋﻠﻖ ﻭﺭﻗﻬﺎ ﻭﺍﻟﻜﻒ ﻋﻦ ﳏﺎﺭﻡ ﺍﷲ ﲦﺮﺎ Maksudnya : “Perumpamaan iman itu ialah laksana pohon kayu yang tumbuh dengan teguh tegap. Iman adalah akar-akarnya, solat adalah urat-uratnya dan zakat adalah ranting-rantingnya, puasa adalah dahan-dahannya, bersakit-sakit menegakkan agama Allah adalah tumbuh-tumbuhannya, budi pekerti yang luhur sebagai 1 Ibid., j.13, h. 138. 2 daun-daunnya dan menahan diri daripada segala yang diharamkan Allah adalah buahnya”1. Kesimpulan awal daripada ayat dan hadith di atas ialah iman itu terdiri daripada tiga unsur iaitu ikrar dengan lidah (shahadah), pembenaran dengan hati (tasdiq) dan beramal dengan anggota badan. Ketiga-tiga unsur ini diibaratkan oleh Allah S.W.T sebagai bumi, kebun dan pohon. Justeru itu, perumpamaan al-Quran iaitu iman sebagai bumi, kebun dan pohon itu mengandungi pengajaran akidah yang murni dan luhur. Iman dalam erti kata yang lain mestilah menjadi asas pembinaan hidup insan, pembinaan tamadun, asas segala bidang kehidupan manusia dan asas segala gerak laku dan tindakan. Ia merupakan kunci kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Iman melatih manusia menjadi hamba Allah yang tinggi peribadinya, rajin beribadat, gigih melaksanakan titah perintahnya dan tinggi semangat pengorbanan serta jihadnya2. Dalam erti kata lain, iman merupakan asas kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki yang dicapai daripada sesuatu tamadun yang diusahakan oleh manusia. Ia menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat, sebaliknya sesiapa yang meninggalkan akidah atau luntur imannya, ia berada di pinggir kehancuran3. Dari sini timbul kepentingan agar umat Islam memiliki kefahaman yang benar dan tepat mengeni hakikat iman. Kefahaman yang salah akan membuahkan hasil yang 1 Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad (t.t), al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, j. 9. Kaherah : Dar al-Sha‘b, h. 359. 2 Al-Qaradawi, Yusuf (1987), Iman, Revolusi dan Reformasi Kehidupan (al-Iman wa al-Hayah), Anwar Wahdi Hasi H.M (terj.), Singapura : Pustaka Nasional, h. 68. 3 Al-Ghazali, Muhammad (1989), Aqidah Muslim, Kuala Lumpur : Thinker’s Library, hal. 187. 3 bertentangan dengan kehendak Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Menurut Sulaiman Yasin, iman bukan semata-mata perasaan atau sesuatu yang hanya tersembunyi di dalam jiwa sahaja. Tetapi iman adalah hakikat yang tidak terpisah dengan semua kegiatan dan kecergasan hidup. Iman adalah hakikat yang mesti terjelma, tergambar dalam semua lapangan dan bidang. Iman yang hanya terpendam dalam jiwa lebih merupakan dakwaan yang tidak terbukti. Ini adalah kerana sesuatu hakikat yang telah terukir dalam diri sudah pasti akan mencorakkan gerak laku amali dalam hidup1. Bagaimanapun mutakhir ini, timbul fenomena yang membawa kepada salah faham terhadap pengertian iman yang sebenar. Iman tidak lagi dianggap sebagai gabungan daripada tiga unsur yang tidak boleh berpisah iaitu pembenaran di dalam hati, ikrar dengan lisan dan pembuktian dengan amal perbuatan. Tetapi iman hanya difahami sebagai ikrar lisan dan pembenaran di dalam hati tanpa menjadikan amal perbuatan sebagai asas pembuktian iman. Fenomena ini dilihat langsung tidak berbeza dengan satu bentuk pemikiran yang pernah wujud pada zaman perkembangan mazhab teologi Islam. Pemikiran tersebut dikenali sebagai pemikiran irja’. Justeru, kajian ini akan cuba meneliti asas-asas pemikiran ini dan meneliti sejauh mana ia bercanggah dengan fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah2. Kajian ini juga dibuat 1 Mohd Sulaiman Yasin (1980), Pengantar Akidah, Bangi : Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM, h. 259. 2 Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menurut al-Baghdadi adalah, “Terdiri daripada kumpulan ahl al-ra’y dan ahl al-hadith yang berpegang dengan asas yang sama (al-Quran dan al-Sunnah), menyalahi mereka golongan pengikut hawa nafsu yang sesat seperti Qadariyyah, Khawarij, Rawafid, Najjariyyah, Jahmiyyah, Mujassimah, Mushabbihah dan sesiapa yang mengikuti mana-mana kumpulan yang sesat…”. Lihat al- Baghdadi, ‘Abd al-Qahir bin Tahir (1977), al-Farq Bayn al-Firaq, c.2. Beirut : Dar al-Afaq al-Jadidah, h. 7; Menurut al-‘Adawi, “Ahl al-Sunnah adalah al-Asha‘irah dan al-Maturidiyyah, atau maksudnya mereka adalah orang-orang yang berada di atas sunnah Rasulullah S.A.W, maka mencakup orang-orang yang hidup sebelum munculnya dua orang syaikh tersebut, iaitu Ab­ al-Hasan al-Ash‘ari dan Ab­ Man·­r al-Maturidi”. Lihat al- ‘Adawi, ‘Ali al-Sa‘idi (1412H), Hashiyah al-‘Adawi ‘ala Sharh Kifayah al-Talib al-Rabbani, j.1. Beirut : Dar al-Fikr, h. 151; Menurut al-Safarini, “Ahl al-Sunnah wal-Jama‘ah itu tiga kumpulan, al-Athariyyah, imam mereka ialah Ahmad bin Hanbal, al-Ash‘ariyyah, imam mereka Ab­ al-Hasan al-Ash‘ari dan al- 4 untuk meneliti beberapa bentuk fenomena irja’ dalam pemikiran umat Islam di Malaysia. Tiga aspek yang cuba dijadikan ukuran adalah; pertama, fenomena irja’ yang berlaku dalam aspek penghayatan akidah seperti pendirian terhadap kebebasan bertukar agama, isu kesamarataan agama dan merayakan agama lain; kedua, fenomena irja’ dalam menghayati syariah seperti penerimaan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam dan ketiga; fenomena irja’ dalam aspek akhlak iaitu melihat sejauh mana nilai akhlak Islam diterima atau ditolak dalam penggubalan dasar kerajaan, penghormatan kepada institusi fatwa, di samping fenomena irja’ dalam kalangan akhlak golongan artis. Perbincangan tentang iman dan kufur ini berkait rapat dengan faktor-faktor sejarah. Ia timbul pada masa pemerintahan ‘Ali bin Abi Talib. Pada waktu itu terjadi pertempuran antara ‘Ali dengan Mu‘awiyah bin Abi Sufyan. Mu‘awiyah adalah gabenor Damsyiq yang tidak setuju dengan pemerintahan ‘Ali. Pertempuran ini terkenal dengan peperangan Siffin (37H). Ketika pasukan ‘Ali hampir memenangi pertempuran tersebut, pembantu kanan Mu‘awiyah, ‘Amr bin al-‘As yang terkenal sebagai orang yang licik, meminta berdamai dengan mengangkat al-Quran ke atas. Qurra’ yang ada di pihak ‘Ali mendesak ‘Ali supaya menerima tawaran itu, dan dengan demikian dicarilah perdamaian dengan mengadakan majlis tahkim (arbitrasi). Sebagai pengantara dilantik dua orang, iaitu: ‘Amr bin al-‘As di pihak Mu‘awiyah dan Abu Musa al-Ash’ari di pihak ‘Ali. Majlis tahkim tersebut merugikan pihak ‘Ali dan menguntungkan pihak Mu‘awiyah, lalu Mu‘awiyah dengan sendirinya dianggap menjadi khalifah tidak rasmi1. Maturidiyyah, imam mereka Ab­ Man·­r al-Maturidi”. Lihat al-Safarini, Muhammad bin Ahmad (1982), Lawami‘ al-Anwar al-Bahiyyah wa Sawa³i‘ al-Asrar al-Athariyyah, j.1. Damsyiq : Mu’assasah al-Khafiqin, h. 73. 1 Ibn Khayyat, Khalifah (1397H), Tarikh Khalifah bin Khayyat, c.2, Beirut : Mu’assasah al-Risalah, h. 191-192; Ibn al-Jawzi, ‘Abd al-Rahman bin ‘Ali (1358H), al-Muntazam fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam, j.5. Beirut : Dar Sadir, h. 117-123; al-Shaybani, ‘Ali bin Muhammad (1415H) al-Kamil fi al-Tarikh, j.3, c.2. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 172-175. 5 Sebahagian dari pengikut ‘Ali tidak setuju dengan majlis tahkim tersebut, dan kerana itu mereka meninggalkan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages303 Page
-
File Size-