Penyata Rasmi

Penyata Rasmi

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS 22 NOVEMBER 2016 (SELASA) Kandungan Muka Surat SOALAN-SOALAN LISAN Soalan No. 37 – Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin) 6 Soalan No. 39 – Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Teh Yee Cheu) 9 Soalan No. 40 – Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Dato' Haji 11 Omar Bin Haji Abd. Hamid) Soalan No. 43 – Ahli Kawasan Bertam (YB. Haji Shariful Azhar Bin 14 Othman) Soalan No. 45 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. 14 Thambyappa) Soalan No. 46 – Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng) 19 Soalan No. 48 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 21 Soalan No. 49 – Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Muhamad Yusoff Bin 23 Mohd Noor) PENGUMUMAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 24 USUL OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 25 34(viii) PERBAHASAN USUL OLEH AHLI-AHLI DEWAN YB. Timbalan Ketua Menteri I mengambil bahagian dalam sesi 28 perbahasan usul YB. Timbalan Ketua Menteri II mengambil bahagian dalam sesi 28 perbahasan usul Ahli Kawasan Padang Lalang (YB. Chong Eng) mengambil bahagian 29 dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Batu Maung (YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim) 30 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Tanasekharan A/L Autherapady) 30 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul 1 Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji) 31 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) mengambil 32 bahagian dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Pinang Tunggal (YB. Dato' Haji Roslan Bin Saidin) 33 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) mengambil 34 bahagian dalam sesi perbahasan usul Ahli Kawasan Padang Kota (YB. Chow Kon Yeow) mengambil bahagian 37 dalam sesi perbahasan usul PENGGULUNGAN USUL OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI 37 SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng) mengambil bahagian 39 dalam sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang . SAMBUNGAN SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng) menyambung 42 perbahasan Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji 49 Saad) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Penaga (YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad) mengambil 68 bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) mengambil bahagian 82 dalam sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 6.30 petang. Dewan disambung semula pada jam 8.00 malam . SAMBUNGAN SESI PERBAHASAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2017 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2017 Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) menyambung 88 perbahasan Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Ong Chin Wen) mengambil bahagian 91 dalam sesi perbahasan 2 Kandungan Muka Surat Ahli Kawasan Tanjong Bunga (YB. Teh Yee Cheu) mengambil bahagian 94 dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A.Thambyappa) 103 mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Ahli Kawasan Air Itam (YB. Wong Hon Wai) mengambil bahagian dalam 115 sesi perbahasan Dewan ditangguhkan pada jam 11.30 malam. 3 LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 22 NOVEMBER 2016 (SELASA) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua, Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 4 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng Komtar 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Datuk Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Dato' Haji Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 38 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam TIDAK HADIR Bil. Nama Jawatan 1 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Anas Bin Ahmad Zakie Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Puan Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 5 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha Dewan: Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha Dewan: Bacaan Doa. YB.Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Setiausaha Dewan: Soalan Lisan. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin): Soalan saya nombor 37. No.37. Di dalam Bajet 2016, pendapatan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT) adalah tertinggi. RM175,078,985.35 berbanding daerah lain. Dalam Bajet 2017: (a) Berapakah peruntukan yang dipulangkan kepada JKKKN kawasan kampung di Seberang Perai Tengah berbanding daerah lain untuk membina jalan baharu/penyelenggaraan/kebersihan awam seperti mana Ahli Majlis dan JKKKP? (b) Berapakah peruntukan yang dipulangkan kepada setiap kampung di Seberang Perai Tengah berbanding daerah lain? Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Lim Hock Seng): Dato' Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Ahli Kawasan Penanti. Jawapannya hasil yang diperolehi melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah telah diperakaunkan ke dalam Akaun Hasil Negeri Disatukan dan diagihkan berdasarkan bajet tahunan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Cadangan pembiayaan bagi tujuan membina jalan baharu, penyelenggaraan, pembersihan awam akan diselaraskan oleh beberapa pihak antaranya Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Parit dan Saliran dan juga tertakluk keupayaan kewangan negeri secara keseluruhannya dan tidak tertakluk kepada pemberian pada sesuatu kawasan sahaja. Pembahagian peruntukan kepada setiap KADUN dalam daerah bukan berpandukan kepada hasil keseluruhannya yang diterima oleh daerah tersebut. Antara kriteria lain yang dipertimbangkan dalam agihan peruntukan adalah berdasarkan keutamaan jumlah peruntukan, kritikaliti dan tempoh siap kerja itu. Sekian, terima kasih. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin): Soalan tambahan. Memandangkan pendapatan yang disalurkan kepada Bajet Negeri dari Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah adalah yang paling tinggi dan Pejabat Daerah adalah bertanggungjawab ke atas memberi khidmat di kawasan kampung. Jadi selalunya apa yang berlaku ialah apabila penyelenggaraan Dewan JKKK tidak dapat dilakukan. Dan juga pembersihan awam, pembersihan longkang-longkang di kampung, di paya yang bawah sebab rata-rata tanah-tanah di kampung adalah 6 tanah-tanah orang. Dan ini bukan di bawah penyelenggaraan oleh JPS. Maka apabila Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah hanya diberikan peruntukan RM100,000 pada tahun 2016 dan juga Bajet 2017 hanya RM103,000. Kawasan ini mempunyai banyak kampung seperti contohnya Permatang Pasir dan juga di Penanti dan juga Machang Bubuk. Jadi bagaimanakah wang kalau disamaratakan dan diberi sama rata kepada semua daerah, walhal Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah sendiri mempunyai pendapatan tetapi tidak boleh digunakan langsung hanya RM103,000. Bagaimanakah penduduk di kawasan saya iaitu 29,800 orang yang 72% tinggal di dalam kampung? YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Soalan tambahan. Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin): Soalannya, bagaimanakah pejabat daerah yang bertanggungjawab untuk memberi servis kepada kawasan kampung dapat melakukan tanggungjawabnya dengan kekangan bajet yang sedikit. Kalau MPSP walaupun diperuntukan diberi peruntukan RM1.5 juta penyelenggaraan pasar dan kompleks makanan tetapi Dewan JKKK, dewan banjir pembersihan awam di dalam kampung, pembersihan parit- parit kampung dan paya tidak termasuk di dalam perkhidmatan MPSP. YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Habis soalan? Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin): Itu soalannya. Saya nak jawapan yang lebih baik kerana dalam ucapan perbahasan, saya memang cakap saya menerima soalan jawapan bertulis kata akaun itu disatukan. Itu jawapan yang saya terima juga daripada MOF pasal GST dia kata tidak boleh beri kepada penduduk Pulau Pinang sebab akaun itu disatukan.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    118 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us