Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 34 Selasa 14 Oktober 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 (Halaman 24) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Anggaran Pembangunan 2015 (Halaman 24) DR.14.10.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Selasa, 14 Oktober 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Luar Negeri menyatakan usaha Malaysia untuk menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara Israel yang melancarkan peperangan selama 50 hari ke atas Gaza di Palestin. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan ini dan menjawab secara serentak kepada empat pertanyaan yang menyentuh isu yang sama iaitu Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, berikutan serangan ketenteraan Israel ke atas Palestin selama 50 hari baru-baru ini, Malaysia bersama-sama masyarakat dunia yang bersependapat telah mendesak supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa rejim Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Kerajaan Malaysia melalui Perwakilan Tetap Malaysia di PBB telah menyampaikan kenyataan Malaysia semasa mesyuarat tergempar UNFC mengenai situasi di Timur Tengah dan termasuk Palestin yang telah diadakan pada 22 Julai 2014. Dalam kenyataan tersebut, Malaysia sekali lagi menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mendesak Israel menghentikan segera serta- merta serangan ketenteraan tidak berperikemanusiaan mereka ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza. Dalam usaha untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin di Gaza, satu pasukan khas yang dianggotai oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir yang ditauliahkan secara serentak ke Palestin, Tuan Yang Terutama Duta Besar Palestin ke Malaysia dan Yang Berhormat Baling yang juga merupakan Presiden Kelab Putera 1Malaysia yang juga merupakan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah memasuki Gaza, Palestin pada 18 Ogos hingga 20 Ogos 2014 bagi menghantar bantuan kemanusiaan serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis bantuan yang sesuai dan boleh dihulurkan kepada pihak di Gaza, Palestin. Tuan Yang di-Pertua, walaupun risiko untuk memasuki Gaza begitu tinggi sekali, mereka bertiga berjaya menghulurkan bantuan lebih kurang sebanyak USD3 juta kepada penduduk Gaza. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak- DR.14.10.2014 2 banyak terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Baling yang berjaya untuk menghulurkan bantuan tersebut. [Tepuk] Kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir juga telah membantu menyelaraskan kemasukan pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan atau NGO dari Malaysia untuk memasuki Gaza melalui Sempadan Rafah, Mesir yang membolehkan mereka menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Daripada aspek sumbangan kewangan, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan kesediaan untuk membuat sumbangan kewangan berjumlah USD100 ribu kepada United Nation Relief and Works Agency (UNRWA) iaitu sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi perlindungan kepada pelarian-pelarian Palestin. Bantuan kewangan tersebut akan digunakan oleh UNRWA untuk melaksanakan program bantuan kepada pelarian-pelarian Palestin terutamanya di Gaza. Kerajaan sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan UNRWA di mana Malaysia diiktiraf oleh mereka sebagai salah sebuah negara penderma. Selain sumbangan tahunan kepada UNRWA berjumlah RM25,000 pada tahun 2012 hingga 2017, Malaysia juga pernah menghulurkan sumbangan kewangan secara one-off dengan izin, kepada UNRWA pada tahun 2009, tahun 2011, 2012 dan 2013 berjumlah menghampiri atau sudah mencapai jumlah USD1.8 juta. Kerajaan juga telah mengumumkan kesediaan untuk memberi sumbangan kewangan berjumlah USD100 ribu kepada salah sebuah organisasi subsidiari pertubuhan kerjasama Islam OIC iaitu Islamic Solidarity Fund bagi membolehkan pihaknya melaksanakan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Kesediaan kerajaan memberi kedua-dua sumbangan tersebut telah diumumkan semasa The Meeting of the OIC Committee of Six on Palestine pada 24 September 2014 di New York. Sumber kewangan bagi kedua-dua sumbangan kepada UNRWA dan OIC berjumlah USD100 ribu tersebut telah diperoleh daripada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin iaitu sebuah tabung di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri sendiri yang bertujuan untuk mengumpul serta menyelaraskan sumbangan kewangan orang awam Malaysia yang seterusnya akan disampaikan kepada rakyat Palestin melalui kaedah-kaedah yang sesuai. ■1010 Semasa persidangan antarabangsa mengenai pembangunan semula Gaza, Palestin yang telah diadakan pada 12 Oktober 2014 di Kaherah, Mesir, Kerajaan Malaysia bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan tambahan secara terus kepada Palestin. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Malaysia juga ialah sebuah negara yang menitikberatkan prinsip-prinsip kemanusiaan dan amat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin. Status ini tidak pernah berubah dan masih kekal, lebih-lebih lagi selepas serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza selama lebih kurang 50 hari baru-baru ini. Berhubung nilai dagangan Malaysia-Israel pula, Kementerian Luar Negeri tidak mempunyai maklumat mengenainya memandangkan perkara ini adalah di luar bidang kuasa kementerian ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DR.14.10.2014 3 Datuk Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya juga turut ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kita terutama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Palestin yang diketuai oleh Yang Berhormat Baling. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah hasil yang diperoleh dan tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian setelah menghantar Yang Berhormat Timbalan Menteri ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan perkembangan terbaru serangan tentera Israel ke atas Wilayah Gaza di Palestin? Saya juga ingin mengetahui Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan status negara kita untuk melobi kerusi anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 2015 sehinggalah tahun 2016. Saya juga ingin mendoakan supaya usaha negara kita untuk melobi kerusi akan mendapat tempat dalam Majlis Keselamatan PBB itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Hamzah bin Zainudin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom atas soalan yang dibangkitkan ini. Saya bersetuju dengan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, semasa lawatan yang dibuat oleh Yang Berhormat Baling, sebenarnya selama seminggu kumpulan mereka tidak boleh memasuki kawasan Gaza. Akan tetapi atas hubungan yang baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Presiden Mesir, mereka dapat akhirnya membenarkan Yang Berhormat Baling dan kawan-kawannya seramai dua orang lagi untuk memasuki untuk membantu rakyat Palestin di Gaza. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom. Keduanya, mengenai hasil yang diperoleh dalam mesyuarat yang saya sendiri menghadirinya di Jeddah baru-baru ini. Di sana, Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas telah pun memberitahu kita, menjelaskan apa yang berlaku dan meminta bantuan daripada OIC bagaimana hendak membangunkan semula Gaza. Maka, sebab itulah banyak pledges yang telah pun dibuat dan kesediaan daripada banyak negara Islam tersebut adalah untuk membantu mereka untuk membangunkan Palestin semula termasuklah mesyuarat yang dibuat semalam di Mesir. Di situ nampak bahawa walau bagaimana sekalipun, yang penting kepada kita adalah untuk menghulurkan bantuan sehingga Palestin dapat dibangunkan semula supaya rakyat di seluruh dunia memahami bahawa yang sebenarnya hari ini kezaliman berlaku adalah oleh kerana Israel mengebom kawasan Palestin dan bukan sebaliknya. Apa yang kadang-kadang mengelirukan manusia hari ini seolah-olah Palestin yang telah pun menyebabkan Israel mengebom kawasan Palestin tersebut. Itu adalah salah satu yang OIC ingin tunjukkan kepada dunia untuk membantu Palestin untuk membangun semula kawasan tersebut. Tentang status negara kita untuk menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB yang akan diadakan pengundiannya pada 16 Oktober, Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, saya merasakan dan kita yakin bahawa, insya-Allah, kita boleh menang kali ini. Cuma, kedudukannya bagaimana, susah saya hendak jelaskan tetapi kerja kuat oleh Yang Berhormat Menteri saya sendiri sehinggakan dua tiga bulan tidak balik ke Malaysia daripada tiga bulan yang lepas DR.14.10.2014 4 menunjukkan bahawa inilah salah satunya kerja kuat yang dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita kena sedar bahawa dibantu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan semua pegawai Wisma Putra yang bertungkus-lumus untuk menentukan untuk mencapai kejayaan kita pada 16 hari bulan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages133 Page
-
File Size-