![Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua](https://data.docslib.org/img/3a60ab92a6e30910dab9bd827208bcff-1.webp)
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 21 Isnin 17 Ogos 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 29) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Menurunkan Saman RM1000 Untuk Kesalahan Tidak Memakai Pelitup Muka – Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) (Halaman 30) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 (Halaman 31) Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.6 (Halaman 91) Maksud B.10 dan B.11 (Halaman 100) Maksud B.14 (Halaman 110) Maksud B.22 (Halaman 122) Maksud B.23 (Halaman 130) Maksud B.24 (Halaman 136) Maksud B.30 (Halaman 143) Maksud B.33 (Halaman 153) Maksud B.43 (Halaman 163) Maksud B.64 (Halaman 167) DR.17.8.2020 ii USUL: Anggaran Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 (Halaman 31) Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 91) Maksud P.10 (Halaman 100) Maksud P.14 (Halaman 110) Maksud P.22 (Halaman 122) Maksud P.23 (Halaman 130) Maksud P.24 (Halaman 136) Maksud P.30 (Halaman 143) Maksud P.33 (Halaman 153) Maksud P.43 (Halaman 163) Maksud P.64 (Halaman 167) DR.17.8.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Isnin, 17 Ogos 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Sinar panggil saya berdebat satu lawan satu, Jawapan yang diberi semuanya menipu, Soalan saya Nombor Satu. 1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan :- (a) jumlah kes sindiket penipuan kewangan (scammers) yang bergerak aktif pada fasa PKP yang lalu; dan (b) sejauh manakah kaedah dan tindakan kementerian bagi mengekang sindiket ini daripada terus berleluasa pada masa hadapan. Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berpantun pula Yang Berhormat Baling. Kena jawab ini Yang Berhormat Sungai Petani. COVID-19 melanda negara, Sindiket scammer masih lagi berleluasa, Yang Berhormat Baling pembela negara, Dengar baik-baik, ini jawapan saya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM memang sentiasa memandang serius tentang isu-isu mengenai jenayah scammer. Scammer ini dengan kata lain adalah jenayah yang berlaku di atas talian. Ada lima jenis jenayah scammer ini:- (i) penipuan atau pinjaman yang tidak wujud; (ii) e-dagang; (iii) Macau Scam; (iv) Love Scam; dan (v) tipu SMS. DR.17.8.2020 2 Dalam tempoh PKP yang telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu, bahawa jenayah e- dagang atau scammer e-dagang mencatatkan kes paling tinggi sekali iaitu sejumlah 2,500 kes dalam tempoh PKP sehingga pada 4 Ogos yang melibatkan kerugian berjumlah RM17 juta. Jenis Scammer Bil. Kes Kerugian (RM) e-dagang 2,500 17 juta Pinjaman tidak wujud 1,582 18 juta Macau Scam 1,001 50 juta Love Scam 481 18 juta Tipu SMS 91 800,000 Tuan Yang di-Pertua bagi soalan (b), pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh PDRM untuk membanteras jenayah scammer ini: (i) meningkatkan penguatkuasaan undang-undang; (ii) meningkatkan pengoperasian; (iii) membuat tangkapan; dan, (iv) membuat tuduhan di mahkamah. Bagi masyarakat pula, PDRM selalu turun padang untuk kempen kesedaran bersama dengan komuniti setempat, berkongsi maklumat dengan agensi-agensi yang lain, memberikan pengetahuan atau pendidikan atau seminar kepada pelajar IPTA, IPTS, NGO-NGO termasuk juga kepada pelajar sekolah. Jadi, kita juga telah mewujudkan satu pautan Facebook yang disebut Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police untuk berkongsi maklumat dan amaran terhadap jenayah scammer ini. Akhirnya kita mewujudkan satu portal untuk semakan nombor telefon bagi sindiket dan akaun bank yang digunakan untuk pindahan akaun sindiket ini. Jadi, bolehlah melayari portal tersebut di www.ccid.rmp.gov.my/semakmule yang boleh kita semak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Semalam juga saya baca dalam akhbar, suri rumah kerugian sebanyak RM2.4 juta diperdaya Macau Scam. Kalau kita tengok statistik tahun 2018 dan 2019, sebanyak RM410 juta telah kerugian. Kalau saya hendak tengok balik apa yang sedang berlaku pada hari ini love scam, apa yang Macau Scam yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, berdasarkan maklumat ini, takkan PDRM sepatutnya digunakan untuk membanteras sindiket ini secara habis-habisan. Bagaimana modus operandi scammer ini? Mengapakah ia tetap berulang? Apakah ada sebarang task force yang melibatkan Bank Negara? Contohnya, jemputlah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk mempercepatkan tindakan tangkapan mereka ini. Soalan saya, apakah kekangan oleh pihak PDRM dalam menangani jenayah scammer dan jenayah siber di atas talian? Apakah kekangannya? Terima kasih. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Memang jenayah scammer ini semakin menjadi-jadi terutama musim PKP, yang saya sebut tadi mengenai penipuan pembelian face mask yang DR.17.8.2020 3 berlaku yang melibatkan kerugian hampir RM18 juta. Untuk itu, kita juga telah mewujudkan beberapa task force PDRM dengan Bank Negara, SKMM, CyberSecurity Malaysia, institusi kewangan atau bank yang terlibat juga industri telekomunikasi yang sentiasa kita berhubung. ■1010 Memang menjadi masalah yang dihadapi oleh PDRM untuk menangani dan juga membanteras jenayah di talian ini kerana: (i) melibatkan identiti pemanggil yang kita tidak dapat kenal pasti; (ii) pemanggil menggunakan nombor telefon atau akaun telefon orang lain; dan (iii) mereka ini beroperasi di luar negara. Kita memerlukan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dan juga bekerjasama dengan INTERPOL. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa Ahli: [Bangun] Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kebelakangan ini, isu-isu yang berkaitan penyalahgunaan maklumat peribadi individu-individu. Sekarang ini pula kalau kita lihat selain daripada penggunaan MySejahtera untuk kita masuk ke tempat-tempat tertentu tetapi juga masih lagi ada yang kita kena isi seperti nama, nombor telefon dan sebagainya. Sejauh mana jaminan yang boleh diberikan pihak mereka ini tidak akan menyalahgunakan maklumat peribadi ini khususnya nombor telefon yang akhirnya boleh menyebabkan berlaku isu-isu yang berkaitan dengan soalan ini iaitu isu-isu scammer ini? Adakah wujud juga scammer yang curi duit daripada bank, melalui bank kemudian dia masuk ke dalam akaun orang lain? Bolehkah berlaku begitu? Scammer masuk dalam akaun, contohnya masuk dalam akaun Yang Berhormatlah. Terima kasih. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena kerana sentiasa mengusik Kuala Krau. Yang Berhormat, kita memberi jaminan bahawa aplikasi MySejahtera ini kita lindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan kita tidak sewenang-wenangnya untuk mendedahkan maklumat yang berada di bawah MySejahtera yang digunakan oleh pihak PDRM dan juga KKM. Yang Berhormat, untuk soalan kedua mengenai adakah isu-isu yang akaun kita dimasukkan wang yang tanpa pengetahuan. Ini Yang Berhormat memang faham sebenarnya. Kita akan siasat di bawah AMLA dan juga kalau ada berlaku, kita akan ambil tindakan. Berhati- hati Yang Berhormat Pokok Sena, jangan ada duit tiba-tiba masuk beratus juta yang tanpa pengetahuan Yang Berhormat Pokok Sena. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: MySejahtera itu okey, dijamin tetapi hendak yang ditulis secara manual ini. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said: Itu kita akan ambil tindakan jika berlaku pencerobohan bagi data-data peribadi. Terima kasih. DR.17.8.2020 4 2. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jenis-jenis pinjaman perniagaan daripada agensi kerajaan dan apakah kemudahan bayaran balik yang diberikan kepada peminjam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas soalan daripada Yang Berhormat Kangar. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensi di bawah seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank dan juga SME Corporation menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan yang telah dimanfaatkan lebih daripada 485,000 usahawan mikro, perusahaan kecil dan juga sederhana begitu juga dengan koperasi. Sehingga Julai 2020, jumlah keseluruhan pembiayaan yang disalurkan adalah lebih kurang RM47.4 bilion. Bagi TEKUN Nasional, kita menyediakan lebih lima kemudahan pembiayaan sejak tahun 1998 hingga Julai 2020, seramai 460,324 usahawan telah pun menerima kemudahan pembiayaan ini dengan jumlah RM6.1 bilion. Manakala di bawah SME Bank, kita menawarkan lebih kurang 10 program kemudahan pembiayaan semasa. Sehingga Julai 2020, lebih kurang 18,944 usahawan yang telah menerima manfaat lebih kurang sebanyak RM33.7 bilion peruntukan disalurkan. Manakala di bawah SME Corporation
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages186 Page
-
File Size-