Seni Tenunan Songket: Identiti, Lambang Dan Tradisi Budaya Melayu

Seni Tenunan Songket: Identiti, Lambang Dan Tradisi Budaya Melayu

368 ICOMHAC2015 eproceedings 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi UiTM Cawangan Kedah-INSPIN Seni Tenunan Songket: Identiti, Lambang Dan Tradisi Budaya Melayu Dr. Arba’iyah bt. Ab. Aziz Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Abstrak Songket telah memainkan peranan dan mempunyai tempat yang istimewa dalam sosiobudaya masyarakat Melayu. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikannya, songket diiktiraf dan diklasifikasikan sebagai ratu fabrik Melayu unggul. Ia terpapar sebagai pakaian busana yang melambangkan tatasusila dan adat Melayu yang tinggi nilai peradaban dan kesopanannya. Namun di sebalik nilaian artistik dengan reka corak motif, songket sarat dengan pelbagai lambang dan tafsiran makna tertentu. Ertinya, setiap pasang songket dengan motifnya mempunyai cerita dan interprestasinya yang tersendiri. Ia terbit daripada manifestasi pemikiran para pereka terdahulu yang diperturunkan secara warisan. Kertas kerja ini menyentuh secara khusus mengenai seni kraftangan dan budaya Melayu iaitu merangkumi aspek simbol dan falsafah yang terdapat di sebalik motif-motif seni tenunan songket. Ruang ini turut mengupas tentang makna falsafah songket iaitu dari sudut sosiobudaya merangkumi aspek agama, kepercayaan, adat, norma, nilai, pantang larang dan world-view orang Melayu. Jelasnya ia adalah suatu huraian tentang makna-makna tersirat yang terdapat di sebalik kategori motif-motif seni tenunan songket Melayu seperti flora, fauna, kosmos, alam benda, geometri, makanan dan kaligrafi.. Setiap perolehan jumpaan daripada sumber primer (temubual) dan sekunder menemukan sumber keilmuan bermakna yang sekali gus memberi manfaat dari segi pembangunan modal insan dan pelestarian seni warisan bangsa khususnya kepada golongan sarjana, pendidik, penenun, budayawan, seniman, aktivis budaya, sejarahwan seni, peniaga, pencipta seni dan masyarakat seluruhnya. Kata kunci: Songket, Motif, Simbol, Falsafah Melayu. Pengenalan Tekstil pada mulanya hanya sebagai keperluan asas manusia lantaran berkembang menjadi alat kesenian yang menjadi lambang seni budaya bangsa sejak turun-temurun. Songket diperhalusi dengan pelbagai ragamhias atau motif yang dapat memenuhi cita rasa manusia dari sudut artistik yang dilahirkan melalui pemikiran serta dizahirkan dengan penghayatan kalbu. Songket adalah antara seni kraftangan Melayu yang unik kerana nilaian estetiknya tidak sahaja terserlah pada permukaan kain tetapi turut kaya dengan lambang-lambang yang mengandungi nilai dan falsafah yang amat berharga buat kehidupan dan kemanusiaan. Songket dan Pengertiannya Sehelai songket diandaikan sebagai gambaran makna kehidupan masyarakat Melayu di mana kainnya diibaratkan seperti jasad manusia yang melengkapi makna 369 ICOMHAC2015 eproceedings 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi UiTM Cawangan Kedah-INSPIN kehidupan si pemakai. Bahagian kain yang sempurna dilihat pada bahagian kepala, badan, kapit kepala dan kaki kain. Setiap bahagian-bahagian ini pula dihiasi dengan kekayaan dan keindahan sulaman motif yang disusun secara bunga penuh, bunga tabor dan bunga bercorak. Umumnya, falsafah seni tenunan songket sebenarnya adalah ekspresi kecintaan pada keindahan yang lahir dari kejujuran seni yang memerlukan nilai kesabaran dan ketekunan. Inspirasi pemilihan terhadap motif-motif tertentu adalah didasarkan kepada pengalaman hidup yang lama melihat kepada sifat-sifat fizikal atau semula jadi itu sendiri. Faktor keserasian dan keharmonian orang Melayu dengan alam sekeliling dikenalpasti berupaya membawa banyak kajian yang dibuat secara objektif, subjektif dan relatif khususnya tentang motif-motif yang terdapat dalam seni tekstil Melayu. Jelasnya, konsep berguru kepada sumber alam yang berdasarkan kepada kajian semiotik menampilkan pelbagai penerokaan ilmu dan rahsia yang dapat diguna dan dimanfaatkan dalam pelbagai bidang. Oleh itu sewajarnya seni tenunan songket itu tidak hanya objek seni yang hanya indah dilihat dari sudut luaran semata-mata tetapi harus merangkumi penelitian dari sudut dalamannya seperti aspek-aspek falsafah, sosiologi dan kepercayaan yang menjadi intisari budaya orang Melayu. Berdasarkan keadaan itu, seseorang penenun songket perlu mempunyai nilai-nilai itu untuk menghasilkan seni tenunan yang tinggi mutunya. Dalam konteks ini Tenas Effendy mengungkapkan pendapat: “Tenunan songket adalah diibaratkan seperti suatu ciptaan dunia yang luas lalu diperkecilkan menjadi olahan yang tertib lagi menawan. Lazimnya si penenun mula mengolah rekaan pada bahagian kepala, badan dan kaki kain. Secara tradisinya, corak-corak dasar itu dikembangkan dengan berbagai-bagai variasi dan nama sehingga membentuk suatu keserasian yang sebati. Selain terhampar sebagai kain tenunan yang cantik, songket juga perlu dipakai dengan penuh tatacara dan kesantunan lalu terbentuklah suatu rupa budaya, sistem nilai dan normanya” (Tenas Effendy, temu bual peribadi, 12 Januari, 2007). Pemakaian busana Melayu ini secara tidak langsung melambangkan tatasusila dan adat Melayu yang tinggi nilai peradaban dan kesopanannya. Gambaran ini menjelaskan bahawa songket bukan hanya pakaian tetapi sebagai alat menjunjung adat yang amat tertib dipakai bersesuaian dengan sesuatu upacara, masa ataupun majlis. Jelasnya, seni tenunan songket adalah salah satu daripada kebudayaan seni tenunan tangan orang Melayu yang sangat unik kerana ia bukan sahaja kelihatan cantik dari segi luaran tetapi juga kaya dengan lambang-lambang yang mengandungi falsafah dan nilai yang amat berharga bagi kehidupan dan kemanusiaan dari sudut dalamannya. Kearifan Penenun Hasil observasi terhadap alam dengan keupayaan untuk mencari segala rahsia keindahan dan keistimewaannya adalah menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan para pereka motif tenunan songket Melayu dahulu kala. Kebolehan mereka untuk meneliti, mengkaji, mengolah, menganalisis, serta mengaitkan motif-motif songket dengan nilai falsafah dan simbolismenya adalah sesuatu yang mengkagumkan. Apabila orang Melayu membuat analogi tentang aspek-aspek 370 ICOMHAC2015 eproceedings 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi UiTM Cawangan Kedah-INSPIN kehidupan mereka dengan kejadian-kejadian alam, mereka sebenarnya membuat tafsiran tentang kejadian dan unsur-unsur alam tersebut untuk dijadikan teladan dan sempadan dalam hidup. Dalam konteks ini, orang Melayu tradisional melihat alam tabii ini sebagai penuh makna dan simbolisme. Di sebalik gambaran alam yang diolah, tersimpul amalan bijak memberi makna yang indah sama ada dari segi falsafah, kias, petua, pedoman atau matlamat yang wujud secara tersurat dan tersirat. Adunan motif adalah merupakan alam empirikal yang menjadi tumpuan pemerhatian dan sumber pelajaran bagi masyarakat Melayu. Mereka menzahirkan motif-motif tersebut lalu mentafsirkan berbagai-bagai perbandingan yang berupa bahan pendidikan dalam bentuk teladan, sempadan, kritikan, peringatan serta saluran emosi pelbagai ragam yang dapat disimpulkan dalam konteks kealaman seluruhnya. Dalam konteks ini terdapat dua perkara utama. Pertama, ‘gambaran alam’ sebagai pernyataan nilai dan world-view masyarakat Melayu; kedua, falsafah hidup yang diperolehi daripada gambaran alam itu sendiri. Sebenarnya banyak nilaian falsafah dan intipati kehidupan diadun dan disimpulkan dalam hasil seni. Sebagai contohnya ramai pereka atau seniman menyalurkan kreativiti seni mereka demi Tuhan Yang Esa. Terdapat juga usaha di mana adunan seni itu juga dikerjakan secara bersepadu demi kepentingan bersama atau didorong oleh suasana harmonis lingkaran adat di dalam sesebuah komuniti setempat. Jelasnya. setiap karya seni yang dihasilkan adalah juga merupakan transformasi jiwa dan manifestasi masyarakatnya. Demikian setiap kajian terhadap unsur-unsur itu memberikan sesuatu pengertian, lambang, tafsir, takrif dan taakulan (reasoning) yang tersendiri. Dalam konteks ini idea dan pemikiran orang Melayu juga boleh dianggap sebagai aset budaya yang mampu menghuraikan dan mewarnai tamadunnya tersendiri. Motif-Motif Songket Melayu Motif-motif seni tenunan songket Melayu boleh dibahagikan kepada tujuh (7) kategori pola utama iaitu:- • Motif Flora • Motif Fauna • Motif Kosmos • Motif Alam Benda • Motif Geometrik • Motif Makanan • Motif Kaligrafi Motif Bunga Tanjung Motif flora adalah reka corak yang paling dominasi dalam seni tenunan songket Melayu. Setiap rupa bentuknya yang mekar, cantik, wangi, unik dan segar dianalisa serta dikaitkan dengan nilai dan falsafahnya. Bunga Tanjung adalah sejenis pokok yang berbunga kecil yang sering terdapat di halaman-halaman rumah orang Melayu. Selain sebagai tempat teduhan bunga tanjung menggambarkan semangat mengalu- alukan kedatangan para tetamu dengan penuh perasaan hormat dan mesra. Menurut Asmah Haji Omar (2001), pada waktu dahulu pintu rumah orang Melayu sentiasa terbuka kepada ahli keluarga dan tetamu, atau kepada pedagang yang datang bertandang. Sebaliknya, menutup pintu rumah atau menghadkan masa bertandang itu adalah amalan yang tidak terfikirkan oleh orang Melayu (Yaacob Harun, 2001). Menurut YM. Tengku Lukman Sinar, ciri ‘terbukaan rumah’ adalah ciri yang selama- lamanya wujud dalam budaya Melayu (Abdul Latiff Abu Bakar, 2001). 371 ICOMHAC2015 eproceedings 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi UiTM Cawangan Kedah-INSPIN Dari segi simbolismanya, bunga tanjung melambangkan keramahan dan ucapan selamat datang khususnya kepada para tetamu bagi yang datang berkunjung ke rumah orang Melayu (Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon, 2002). Sikap ini mulai dikenal

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    13 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us