Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 45 Selasa 26 November 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Mengecam Pengintipan Amerika Syarikat, Australia dan Singapura Yang Boleh Menjejaskan Keselamatan Negara - Puan Hajah Fuziah Binti Salleh (Kuantan) (Halaman 22) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- B.29 (Halaman 27) B.30 (Halaman 80) B.43 (Halaman 117) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Anggaran Pembangunan 2014 Jawatankuasa:- P.29 (Halaman 27) P.30 (Halaman 80) P.43 (Halaman 117) DR.26.11.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Selasa, 26 November 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No.1 – Y.B. Datuk Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) tidak hadir] 2. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan keluasan tapak projek tambak laut yang telah diluluskan oleh Kementerian untuk negeri Melaka. Adakah semua projek tambak laut ini mempunyai kajian EIA dan adakah kajian ini termasuk kesan-kesan Ekosistem Benthic. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, keluasan tapak projek tambak laut yang telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk negeri Melaka adalah 2,835 hektar. Melalui kajian makro penilaian kesan kepada alam sekeliling atau pun makro EIA. Kajian makro bagi cadangan penambakan laut di Melaka adalah melibatkan beberapa cadangan projek dan kesannya dilihat secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa hanya sebahagian cadangan projek yang dinyatakan di dalam kajian EIA makro tersebut yang dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Melaka juga terdapat projek-projek tambak laut di Melaka yang telah menjalankan kajian EIA secara individu termasuklah kajian hidraulik yang perlu diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran sebelum kerja-kerja penambakan laut dan pembinaan semula. Kajian kesan kepada Ekosistem Benthic adalah merupakan sebahagian daripada kajian EIA yang kritikal, yang perlu dijalankan oleh sesuatu cadangan projek tambak laut. Sekian, terima kasih. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya setuju bahawa projek ini masih terus dilaksanakan. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, setakat ini berapa keluasan atau anggaran keluasan yang telah ditambak laut iaitu tapak itu, berapa cadangan dan berapa kontraktor yang terlibat? Akan tetapi setakat ini berapa yang telah ditambak laut dan bagaimana menjalankan pemantauan atau pun penguatkuasaan? Juga saya ingin tanya, bagaimana dengan DR.26.11.2013 2 kegiatan yang jual secara haram tentang pasir laut yang telah menyedut dari proses tambak laut ini. Bagaimana dengan penguatkuasaan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Projek ini adalah di bawah kerajaan negeri, di bawah (UPEN) atau Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Walaupun ia demikian penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar telah pun di dalam penguatkuasaan menilai bahawa pemaju-pemaju tidak mengikuti syarat. Apabila mereka tidak mengikuti syarat, maka satu stop work order juga telah diberi kepada pemaju-pemaju projek supaya mereka mesti mengikut syarat-syarat kelulusan EIA di situ. Tentang berapa besar kawasan yang telah pun dibangunkan, ini saya kurang pasti sebab kementerian kami tidak ada menerima maklumat daripada kerajaan negeri tentang sebesar mana yang sedang dibangunkan sekarang. Walaupun ia demikian aktiviti menambak apabila ia dijalankan dengan tidak mengikut syarat laporan EIA, pemaju projek tidak mendapatkan kelulusan laporan EIA. Di dalam projek ini, oleh sebab kerja pembangunan belum lagi dibuat, apabila laporan EIA makro dinilaikan, maka stop work order diturunkan kepada pemaju supaya mereka tidak meneruskan projek-projek pembangunan apabila tidak mengikut syarat-syarat EIA. Sekian terima kasih. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Parit Sulong. Memang nampak pada hari ini. [Ketawa] Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang]: Baju merah. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Fasal pakai baju merah itu. ■1010 Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tengok Tuan Yang di-Pertua pagi ini pakai tie merah [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua: Supaya saya diendahkan, fasal nampak ada merah. Kadang- kadang Ahli Yang Berhormat tidak nampak Tuan Yang di-Pertua duduk di atas [Ketawa] Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Saya terus kepada soalan tambahan saya yang kedua. Jadi saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah syarat- syarat dan garis panduan yang ditentukan oleh kementerian, apabila kementerian meluluskan apa- apa juga projek tambak laut ini supaya pemaju-pemaju yang memohon, mengikut panduan yang dinyatakan? Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat daripada Parit Sulong. Untuk projek ini, di Melaka ada 25 syarat-syarat kelulusan, tetapi garis panduan untuk menjalankan EIA adalah dibincangkan apabila terms of reference, dan scope of EIA itu dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar. Namun untuk projek penambakan, yang penting sekali ialah kajian hidraulik. Kajian hidraulik yang menyeluruh. Ini sememangnya ada kaitan dengan ekosistem akuatik juga termasuk seperti yang ditanya oleh rakan kita daripada Yang Berhormat Kota Melaka iaitu zon benthic, Yang DR.26.11.2013 3 Berhormat. Oleh sebab zon benthic ini ia lebih di tepi pantai tetapi benthos ini, atau makhluk- makhluk laut ini, ianya di bawah air laut. Jadi, inilah yang seharusnya sebagai garis panduan untuk memastikan bahawa zon benthic tidak dirosakkan supaya makhluk-makhluk ini akan terus hidup di situ kerana ada di dalam spesis makhluk ini, yang jadi makanan laut juga, yang kita boleh makan. Oleh itu, dua garis panduan ini adalah yang paling penting, yang pertamanya yang telah saya sebut tadi adalah kajian hidraulik yang terperinci, dan keduanya, ekosistem akuatik untuk melihat sama ada kehidupan di dalam marin itu pupus nanti, atau pun rosak. Terima kasih. Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Dato’ Mansor bin Othman [Nibong Tebal]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, apakah peranan kerajaan negeri dalam proses kelulusan penambakan laut ini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Bidang kuasa kerajaan negeri adalah untuk meluluskan pembangunan seperti ini. Oleh sebab ini adalah tanggungjawab bidang kuasa kerajaan negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan adalah untuk memastikan syarat-syarat yang tertentu untuk pembangunan yang sensitif seperti ini, sebab pembangunan ini di laut, penambakan di tepi pantai sememangnya sensitif. Oleh itu, EIA semestinya dibuat, dan kajian terperinci yang saya sebut tadi iaitu kajian hidraulik juga mesti dibuat. Kalau tidak nanti mendapan berlaku, ledakan di Sungai Melaka sudah pun berlaku sebab projek ini. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar Melaka terpaksalah memberi stop- work order, supaya semua syarat ini di dalam kelulusan EIA diikuti oleh pemaju-pemaju. Kita tidak mahu di Sungai Melaka ada kelodak berlaku. Nanti ia tidak menarik lagi kepada pelancong- pelancong yang melawat Melaka. Sekian, terima kasih. 3. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan: (a) langkah mewujudkan suasana perniagaan komprehensif bersandarkan kepada undang-undang persaingan; dan (b) bagaimana kementerian melihat amalan-amalan kartel, monopoli dan berpakat dalam menetapkan harga bakal menjurus kepada pasaran bebas tanpa kawalan dan pengguna dinafikan perlindungan yang lebih adil. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, [Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. DR.26.11.2013 4 Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jasin. Untuk jawapan soalan bagi: (a) Pengenalan Akta Persaingan 2010 iaitu AP 2010 di Malaysia, merupakan satu langkah positif ke arah negara mencapai status negara maju, dan juga sebagai satu langkah penting di dalam menggalakkan transformasi ekonomi negara di persada ekonomi global di mana perusahaan berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan yang semaksimum. Hanya penguatkuasaan Undang-undang Persaingan yang berkesan akan dapat memastikan proses pasaran bebas dan liberalisasi yang giat dijalankan di negara buat masa kini dilindungi dan tidak akan terjejas dengan anasir-anasir negatif seperti kartel, untuk menetapkan harga pasaran atau pun penyalahgunaan kuasa dominan yang mungkin dimiliki oleh sesuatu perusahaan. Akta Persaingan juga merupakan satu bentuk perundangan substantif bagi mengawal selia tatacara komersial perniagaan di mana perjanjian-perjanjian antipersaingan disalah guna kuasa di pasaran adalah

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    182 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us