19 November 2008 (Rabu)

19 November 2008 (Rabu)

PENYATA RASMI PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA MESYUARAT KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUABELAS ______________________________________________________ Hari : 19 November 2008 (Rabu) Tempat : (Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Pulau Pinang) Jam : 9.30 Pagi. ______________________________________________________ HADIR Speaker (Y.B. Tuan Abdul Halim bin Hussain) Ahli Kawasan Air Putih (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng) – YAB. Ketua Menteri Ahli Kawasan Penanti (Y.B. Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin) – Timbalan Ketua Menteri I. Ahli Kawasan Perai (Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy) – Timbalan Ketua Menteri II. Setiausaha Kerajaan Negeri (Y.B. Dato’Jamaludin bin Hasan) Penasihat Undang–undang Negeri (Y.B. Puan Faiza bt. Zulkifli) Pegawai Kewangan Negeri (Y.B. Dato’ Supiah bt. Md. Yusof ) Ahli Kawasan Machang Bubuk (Y.B. Tuan Tan Hock Leong) – Timbalan Speaker “ Padang Kota (Y.B. Tuan Chow Kon Yeow) “ Batu Maung (Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim) “ Bagan Jermal (Y.B. Tuan Lim Hock Seng) “ Batu Lancang (Y.B. Tuan Law Heng Kiang) “ Sungai Puyu (Y.B. Tuan Phee Boon Poh) “ Bukit Tambun (Y.B. Tuan Law Choo Kiang) “ Air Itam (Y.B. Tuan Wong Hon Wai) “ Berapit (Y.B. Puan Ong Kok Fooi) “ Pulau Tikus (Y.B. Tuan Koay Teng Hai) “ Sungai Bakap (Y.B. Tuan Maktar bin Haji Shapee) “ Bagan Dalam (Y.B. Tuan Tanasekharan a/l Autherapady) “ Komtar (Y.B. Tuan Ng Wei Aik) 1 Ahli Kawasan Paya Terubong (Y.B. Tuan Yeoh Soon Hin) “ Tanjong Bunga (Y.B. Tuan Teh Yee Cheu) “ Datok Keramat (Y.B. Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh) “ Padang Lalang (Y.B. Tuan Tan Cheong Heng) ” Kebun Bunga (Y.B. Tuan Ong Khan Lee) “ Bukit Tengah (Y.B. Tuan Ong Chin Wen) “ Pantai Jerejak (Y.B. Tuan Sim Tze Tzin) “ Sungai Pinang (Y.B. Tuan Koid Teng Guan) “ Pengkalan Kota (Y.B. Tuan Lau Keng Ee) “ Jawi (Y.B. Tuan Tan Beng Huat) “ Batu Uban (Y.B. Tuan Raveentharan a/l V. Subramaniam) “ Penaga (Y.B. Dato’ Haji Azhar bin Ibrahim) “ Telok Bahang (Y.B. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya) “ Telok Ayer Tawar (Y.B. Dato’ Hajah Jahara bt. Hamid) “ Bayan Lepas (Y.B. Tuan Syed Amerruddin bin Dato’ Syed Ahmad) “ Sungai Dua (Y.B. Dato’ Haji Jasmin bin Mohamed) “ Pinang Tunggal (Y.B. Dato’ Haji Roslan bin Saidin) “ Seberang Jaya (Y.B. Datuk Arif Shah bin Haji Omar Shah) “ Permatang Berangan (Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya) “ Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad) “ Sungai Acheh (Y.B. Dato’ Mahmud bin Zakaria) “ Bertam (Y.B. Puan Hajah Zabariah bt. Wahab) TURUT HADIR Encik Ezmil Arif bin Mohd. Khairan - Setiausaha Dewan Undangan Negeri. TIDAK HADIR Ahli Kawasan Permatang Pasir (Y.B. Tuan Mohd. Hamdan bin Abd Rahman) 2 Dewan bersidang semula jam 9.30 pagi Setiausaha: Doa Y.B. Tuan Speaker: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan jadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ingin mengambil bahagian ya, sila Pulau Betong. Ahli Kawasan Pulau Betong (Y.B. Tuan Haji Sr. Muhamad Farid bin Saad): Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat pagi. Saya bangun untuk turut mengambil bahagian dalam membahaskan ucapan bajet 2009 dan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Pembangunan 2009. Tahniah di atas ucapan julung Y.A.B. Ketua Menteri. Harapan saya adalah agar tiga teras utama iaitu pro-growth, pro-jobs dan pro-poor ...(dengan izin), mencapai matlamat yang disasarkan untuk kemaslahatan rakyat Negeri ini. Saya ingin bermula dengan isu setempat dahulu. Satu pembangunan yang tidak menghormati hak jiran. Kes pertama permohonan di sebelah pasar awam Balik Pulau tanah Taman Balik Pulau letaknya bersebelahan Sekolah Menengah Secret Heart dan bekas Sekolah Convent. Dalam pembangunan ini, pihak pemaju telah membuat dinding bata di sepanjang sempadan bersebelahan lot 767 MK D. Tindakan tersebut telah menyebabkan air hujan yang turun dari arah bukit, ketika hujan lebat, yang mengikut arah saluran yang asal dan semula jadi telah tersekat di penghujung aliran yang mati atau berakhir di dinding tembok yang terbina. Akibat daripada tindakan itu, rumah-rumah asal di tanah bersebelahan tanah yang dibangunkan telah dimasuki air semasa hujan lebat dan terpaksa menanggung kerugian kerana kerosakan harta benda. Saya mohon kepada pihak kerajaan mengkaji masalah yang dihadapi ini, dengan menyuruh pemaju membuat parit dan memastikan penyaliran air hujan dengan sempurna atau pihak kerajaan boleh membuat parit yang bersesuaian. Sila guna wang caruman perparitan yang ada untuk menyelesaikan masalah ini. 3 Kes yang kedua, perumahan dalam Kampong Paya Kongsi di atas lot 192 MK. F. Perumahan tersebut telah dibuat secara menjual lot-lot lidi dan rumah-rumah telah lama dibina oleh pemaju tersebut atau dibuat oleh pembeli lot. Saya difahamkan pemaju telah mendapat kebenaran merancang untuk membina perumahan di situ. Masalah yang dihadapi adalah, tidak ada kolam takungan untuk menyimpan air hujan sebelum dibuang dan yang paling teruk sekali adalah tidak dibina kolam kumbahan. Air buangan dari rumah-rumah disalirkan terus ke parit di belakang rumah dan kemudiannya disalirkan terus ke parit di dalam kampung. Parit kampung telah dibina untuk membantu saliran tetapi tidak membantu kerana pencemaran yang paling ketara adalah pencemaran bau. Pihak orang kampung mahu menutup parit tersebut dan jika ini dilakukan, akan timbul masalah kepada rumah-rumah di kawasan perumahan. Mohon pihak Kerajaan Negeri menyiasat perkara ini sekali lagi dan meminta agar pihak pemilik lot-lot lidi, atau pemajunya itu membuat kolam kumbahan dengan segera. Pengajaran dari kedua-dua kes adalah, pihak kerajaan tempatan yang mahu meluluskan sebarang permohonan perlu melihat keperluan masyarakat sekeliling kawasan pembangunan tersebut. Pihak berkuasa tempatan kenalah faham masyarakat sekeliling terutamanya masyarakat kampung tidak semuanya faham atau tahu membaca pelan, jadi, tolonglah mereka. Letakkan diri anda dalam situasi mereka dan buatlah penilaian sebaik mungkin bagi membantu mereka. Sila buat teguran atau bangkangan jika pembangunan membawa kemudaratan kepada masyarakat sekeliling, jalankan bancian pendapat jika perlu bagi setiap projek dan pembangunan yang dicadangkan dalam bagi sesuatu tempat. Buat juga kajian ke atas tanah-tanah bersebelahan mungkin 5 lot di sekeliling tanah yang hendak dimajukan. Seterusnya berkenaan Pasar Awam Balik Pulau. Peniaga selalu merungut bahawa kadar sewa adalah tinggi dan tidak berpadanan dengan pendapatan seharian hasil dari jualan mereka. Pihak peniaga telah juga mengutus surat, berjumpa dan bermesyuarat dengan pihak MPPP dan Ahli Majlis sebelum bulan September lagi. Permohonan mereka adalah supaya, satu: supaya kadar harga lesen berniaga bagi gerai-gerai yang memerlukan lesen berniaga diturunkan kepada separuh dari kadar sekarang dan dibayar setahun sekali. Yang kedua: kadar sewa semua gerai dikurangkan sebanyak separuh dari kadar sekarang atau lain-lain kadar yang berpatutan. Saya juga memohon pihak MPPP supaya melihat bagaimana dapat membantu O.K.U.-O.K.U. yang berniaga di sana, mungkin dengan cara menurunkan sewaan. 4 Saya juga mengharapkan kepada pihak Kerajaan khasnya MPPP, carilah idea-idea baru untuk mempromosikan pasar awam itu kepada orang ramai bukan sahaja di seluruh Negeri Pulau Pinang bahkan di seluruh Malaysia. Bukankah Pasar Balik Pulau itu adalah pasar tercantik di negeri ini, MPPP dan Kerajaan Negeri patut merasa bangga sebagaimana saya merasa bangga mempunyai pasar itu di kawasan saya hasil usaha Barisan Nasional. Kiosk gerai halal dan haram. Baru-baru ini semasa Bulan Ramadhan ramai yang berkunjung ke pasar tersebut, banyak barang laku termasuk daging dan ayam. Malangnya ayam yang dijual oleh orang Islam yang disembelih mengikut syarak sudah habis. Terdapat anak-anak Balik Pulau yang baru pulang bercuti telah membeli ayam-ayam yang tidak disembelih oleh orang Islam, mereka beli kerana mereka tidak tahu, bahawa ayam tersebut disembelih tidak mengikut syarak, maka seluruh keluarga makan daging ayam yang haram kerana tidak disembelih. Seharusnya pihak MPPP perlu sensitif dan faham haram, halal ini kena peka terhadap masalah dan cari jalan penyelesaian bukannya susah letakkan label ‘ halal’ ‘ haram’ asingkan mereka dengan papan kenyataan yang bersesuaian. Y.B. Tuan Speaker, boleh berpakat membentuk kerajaan tetapi kita boleh berpakat mengenai isu halal dan haram. Yang halal itu jelas dan haram juga jelas. MPPP perlu segera tengok perkara ini dan selesaikan perkara ini segera. EXCO Agama perlulah proaktif banyak, kena selalu menghadiri mesyuarat dan selalu turun padang, tentunya Y.B. Penanti tidak mahu subahat tentang perkara ini. Seperkara lagi saya mohon pihak MPPP menyediakan signers tunjuk arah yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pengunjung supaya mudah, cepat dan tidak sesat kerana pasar itu agak besar. Seterusnya tanah merah. Sekarang ini banyak pembangunan yang dibangunkan, hampir kesemuanya terutama tempat-tempat yang rendah yang memerlukan tanah untuk ditambah. Ini adalah satu keperluan kepada semua pembangunan. Dalam membentangkan dalam Bajet 2009, YAB Ketua Menteri telah memaklumkan beberapa rancangan pembangunan negeri ini termasuk di kawasan Balik Pulau. Walaupun kawasan Balik Pulau ini mempunyai banyak kawasan bukit dan tanah tinggi, tidak ada satu pun kawasan diperakui sebagai kawasan yang boleh diambil tanahnya. Disebabkan tidak ada kawasan yang khas untuk di korek dan diambil tanah atau dipanggil ‘borrow pit’ ini, pihak kontraktor atau pembekal tanah atau pemaju dengan sewenang-wenangnya

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    176 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us