Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 56 Khamis 27 November 2014 K A N D U N G A N USUL MENARIK BALIK DAN MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT (Halaman 26) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 (Halaman 26) Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2014 (Halaman 95) Rang Undang-undang Pendaftaran Jurutera (Pindaan) 2014 (Halaman 102) Rang Undang-undang Arkitek (Pindaan) 2014 (Halaman 126) Rang Undang-undang Juruukur Bahan (Pindaan) 2014 (Halaman 135) Rang Undang-undang Ahi Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 (Halaman 138) .../ii DR.27.11.2014 ii USUL MENARIK BALIK DAN MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 (Halaman 148) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Tatacara Kewangan 1957: Menukarkan Status Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) Berjumlah RM400 Juta Kepada Ekuiti (Halaman 149) Menubuh Kumpulan Wang Amanah Tabung Konservasi Sumber Asli Nasional” (Halaman 154) Menubuh Kumpulan Wang Amanah Fi Jaminan (Halaman 157) Menubuh Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (Halaman 158) Menukar Status Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Prasarana Malaysia Berhad Berjumlah RM474,815,882 Kepada Ekuiti (Halaman 160) Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan: (i) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan, Amaun Perbekalan Bercukai 2014 PUA 183 (2014) (ii) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan, Kadar Cukai 2014 PUA 184/2014 bertarikh 30 Jun 2014 (iii) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan pengenaan cukai bagi pembekalan berkenaan dengan kawasan ditetapkan 2014 PU(A) 157/2014 bertarikh 30 Jun 2014 (iv) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan, pengenaan cukai bagi perbekalan berkenaan dengan kawasan ditetapkan pindaan 2014 PU(A) 160/2014 bertarikh 17 September 2014 (v) Perintah Cukai dan Perkhidmatan, Pembekalan Dikecualikan 2014 PU(A) 271/2014 bertarikh 13 Oktober 2014 (vi) Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan Pembekalan Berkadar Sifar 2014 PU (A) 272/2014 bertarikh 13 Oktober 2014 (vii) Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan Pelepasan 2014 PUA 273/2014 bertarikh 13 Oktober 2014 (Halaman 163) DR.27.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Khamis, 27 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] USUL MENARIK BALIK DAN MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Chua Tee Yong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik (D.R. 11/2014) Rang Undang-undang Tatacara Kewangan (Pindaan) 2014; (D.R. 13/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2014; (D.R.12/2014) Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2014; dan (D.R.14/2014) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2014 seperti yang tertera di nombor 10, 11, 12 dan 13 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini.” Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, (D.R. 24/2014) Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) (No.2) 2014; (D.R. 29/2014) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2014; dan (D.R. 26/2014) Rang Undang- undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2014 seperti yang tertera di nombor 7, 8 dan 9 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.” Tuan Yang di-Pertua: Baiklah terima kasih. DR.27.11.2014 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada sedar atau tidak mengenai keadaan mesin radioterapi di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah uzur dan telah mengeluarkan radiasi yang memberi kesan sampingan yang sangat dahsyat kepada para pesakit justeru mesin yang merbahaya tersebut harus diganti dengan segera. Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk William, Lubok Antu. Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kesihatan sedia maklum bahawa perkhidmatan rawatan onkologi di Sarawak bergantung pada tiga unit mesin LINAC dan satu daripadanya telah berusia lebih daripada 10 tahun dan kerap mengalami kerosakan. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian sedang dalam usaha menambah baik perkhidmatan tersebut dengan menempatkan satu lagi unit mesin LINAC di hospital tersebut dan proses perolehan peralatan tersebut sedang diuruskan oleh KKM dan dijangka akan dapat dibekalkan pada awal tahun hadapan. Tender telah dipanggil dan tender proses telah berjalan pada bulan Oktober dan dijangka dibekalkan pada awal tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, keadaan persekitaran terapi unit Tuan Yang di-Pertua, adalah selamat. Memang kita sentiasa monitor keadaan di dalam bilik operasi, di luar bilik operasi dan juga di koridor dan didapati semuanya dalam menepati piawaian dan tiap-tiap kakitangan memang memakai film badge itu dan diperiksa tiap-tiap bulan. Jadi keadaan mereka selamat Tuan Yang di-Pertua. Datuk William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ke atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Menteri, kenapa saya soal persoalan ini kerana isteri saya sendiri telah melalui radioterapi dan telah mendapat kesan sampingan dengan begitu teruk. Kidney beliau telah berdarah dan usus beliau pun berdarah disebabkan radioterapi dan apabila saya berjumpa dengan oncologist beliau memberitahu bahawa mesin radioterapi di Hospital Ulu Sarawak adalah sudah tua dan tidak lagi berfungsi dengan baik. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Seperti yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita dalam usaha dan sebenarnya disegerakan. Untuk Sarawak dan untuk Sabah pun kita akan supply pada masa lebih kurang yang sama jugalah, oleh tender yang sama. Jadi dalam hal ini, saya ingat selepas ini tidak timbul masalah lagi tentang radioterapi Tuan Yang di- Pertua. Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang]: Hulu Rajang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, menjurus kepada soalan, beritahu hanya di Kuching sahaja, Hospital Umum Kuching dia ada radioterapi centre. Kita ada bahagian Miri, Hospital Bahagian Miri dan Hospital Bahagian Sibu. Kalau boleh, mohon kementerian untuk membuat satu lagi atau DR.27.11.2014 3 kedua lagi di Miri dan di Sibu kerana di central region ini banyak penduduk luar bandar terpaksa menunggu radioterapi tersebut. Saya mohon kementerian, supaya Yang Berhormat Menteri mendapatkan menyediakan peruntukan ataupun membuat lagi radioterapi centre di Sibu dan di Miri. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya Tuan Yang di-Pertua, memang kita sedar kerana kementerian sedar tentang masalah yang timbul di Miri dan di Sibu. Oleh sebab jauh, kalau menaiki helikopter tiga jam baru sampai dari Miri ke Kuching. Memang keadaan yang menyusahkanlah. Oleh sebab itu dalam hal pembangunan, memang kita merancang untuk hendak upgrade Sibu dan juga Miri Tuan Yang di-Pertua. Jadi dia makan masa sedikit oleh sebab kos yang begitu tinggi Tuan Yang di-Pertua. 2. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan kadar pengangguran negara dari tahun 2000 hingga kini dan langkah yang diambil Kementerian bagi membantu rakyat mencari pekerjaan. Nyatakan juga jumlah graduan yang menganggur bagi tempoh yang sama. ■1010 Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Indera Mahkota iaitu yang menanyakan kadar pengangguran negara dari tahun 2000 hingga kini dan langkah-langkah yang diambil kementerian bagi membantu rakyat mencari pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kadar pengangguran negara dari tahun 2000 hingga tahun 2014 adalah seperti berikut: Tahun Jumlah (%) 2000 3 2001 3.5 2002 3.5 2003 3.6 2004 3.5 2006 3.5 2007 3.3 2008 3.2 2009 3.3 2010 3.7 2011 3.3 2012 3.1 2013 3.0 2014 sehingga 2.7 suku tahun ketiga Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), mana-mana negara yang peratusan penganggurannya di bawah 4% adalah dianggap sebagai zero unemployment. Oleh yang demikian, negara kita dengan DR.27.11.2014 4 peratusan pengangguran pada tahun 2014 ini ialah 2.7%. Maka negara kita jatuh di bawah golongan yang dikategorikan sebagai zero atau sifar unemployment rate. Tuan Yang di-Pertua, bagi langkah-langkah yang diambil bagi membantu rakyat mencari pekerjaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa mengambil tindakan berterusan bagi membantu rakyat mencari kerja yang bersesuaian. Antara program yang dilaksanakan ialah Program Penempatan Pekerjaan (3P) di bawah kendalian Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di mana beberapa aktiviti seperti Karnival Pekerjaan, Night Career Fair dan lain-lain lagi telah diadakan. Jabatan Tenaga Kerja juga melaksanakan aktiviti temu duga terbuka di mana majikan- majikan yang

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    168 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us