Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua

Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 40 Khamis 22 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 dan B.40 (Halaman 38) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P. 6 dan P.7 (Halaman 38) DR.22.11.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Khamis, 22 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan kerajaan dalam pengumuman Belanjawan 2019 telah menyatakan bahawa akan memberi subsidi minyak secara bersasar. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini pada suku kedua (Q2) tahun 2019. Selepas pengumuman tersebut, Menteri telah memaklumkan bahawa pihak kementerian sedang mengambil kira pandangan dan pendapat daripada semua pihak untuk melaksanakan subsidi bersasar. Apakah hasil libat urus yang telah dilaksanakan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman rakan saya Yang Berhormat Merbok dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sejurus selepas pengumuman pelaksanaan subsidi bersasar diumumkan dalam pembentangan bajet dan kementerian ini diberi tanggungjawab sebagai kementerian pelaksana, kita telah mengadakan beberapa sesi engagement, dengan izin dengan pelbagai pihak termasuklah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat minyak, pengusaha-pengusaha stesen minyak, badan-badan NGO dan persatuan-persatuan pengguna. Hasil daripada engagement tersebut Tuan Yang di-Pertua dengan izin, kita telah dapat mengenal pasti apakah yang diharapkan daripada pelaksanaan program ini. Yang pertama, sistem pelaksanaan subsidi bersasar RON95 apa kala dilaksanakan nanti mestilah berlangsung atau berjalan dalam keadaan seamless, licin dan lancar, tidak patut ada gangguan. Yang kedua, engagement ini memberikan isyarat bahawa sistem yang nantinya bila dipilih, ianya mesti ada keupayaan untuk kita melakukan satu proses yang dianggap scalable. Makna kita boleh expand untuk tujuan dan penggunaan maksud lain. Kalau nantinya kita hendak laksanakan program subsidi bersasar untuk item pengguna yang lain, kita masih boleh mengguna pakai sistem yang sama. Sistem subsidi bersasar ini juga nanti harus selamat, secured, tidak boleh ada unsur-unsur pencerobohan dari sudut keselamatan sistem dan ianya apabila dimuktamadkan nanti, bila berjalan dia harus applicable untuk semua stesen-stesen minyak. DR.22.11.2018 2 Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan telah pun mengeluarkan tender terbuka pada hari Isnin yang lepas, request for proposal (RFP) dan tender mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi secara bersasar bagi petrol RON95 telah pun dimulakan prosesnya. Apabila nanti syarikat pembekal terpilih, ianya dilakukan secara kompetitif untuk mendapatkan yang terbaik dari segi kecekapan, pelaksanaan sistem dan dari segi kos. Kita harap apabila itu dimuktamadkan, maka kementerian ini boleh melakukan langkah yang berikutnya. Terima kasih. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok]: Terima kasih, soalan saya mudah saja seterusnya. Apakah kementerian yakin bahawa program subsidi bersasar ini boleh dilaksanakan pada suku tahun kedua 2019 nanti? Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, setakat kerja-kerja persiapan yang sedang kita susun dan sedang kita lakukan ini, saya optimis bahawa bila sampai kepada garis masa pelaksanaannya iaitu separuh kedua pada suku kedua pada tahun hadapan, insya-Allah kita akan dapat laksanakan mengikut jadual. Kalau nanti kita laksanakan, kita berharap kita dapat laksanakan ia secara berperingkat, bukannya satu roll out senafas, sekali sahaja. Kita harap kita boleh lakukan dulu secara berperingkat atau gradual, secara trial run dan supaya hendak menyediakan masyarakat dan orang ramai. Ini kerana bila dilaksanakan nanti Tuan Yang di-Pertua, akan ada yang layak dapat, akan ada yang tidak layak dapat. Jadi biar ada adjustment atau penyesuaian itu sempat dilakukan. ■1010 Kita juga faham bahawa harga minyak ini ia sangat sensitif dengan indeks harga pengguna. Itu juga aspek yang sedang kita teliti bagi memastikan pelaksanaan berperingkat akan membolehkan orang ramai lebih bersiap sedia bagi menerima sistem baharu ini. Kementerian mengambil kira semua sudut pandang sebelum melaksanakan secara menyeluruh. Terima kasih. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berapa jumlah subsidi RON95 setiap bulan sebelum pelaksanaan subsidi bersasar ini? Kemudian, di Sabah dan Sarawak ada yang masih menggunakan generator, bagaimana subsidi untuk mereka? Begitu juga subsidi untuk nelayan, bagaimana subsidi untuk nelayan akan diteruskan? Satu lagi, satu rumah kadang-kadang bukan hanya ada satu kereta. Sebuah rumah ada dua keluarga. Bagaimana perkara-perkara itu perlu dilihat oleh kementerian? Terima kasih. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Pontian. Sekarang ini, Yang Berhormat Pontian, setiap bulan penggunaan petrol di negara kita jumlahnya 1.2 bilion liter petrol RON95 dan RON97. Penggunaan RON95 ini ialah 90 peratus daripada 1.2 bilion. Jadi kalau kita hendak tahu kiraan setiap bulan, kita kena kira 90 peratus daripada 1.2 bilion, kita kalikan pula dengan harga minyak semasa. DR.22.11.2018 3 Kira-kiranya pun saya faham Yang Berhormat Pontian tahu, ia berdasarkan kepada automatic pricing mechanism (APM). Saya ada jawapan ini. Saya akan bagi jawapan bertulis. Itu lebih mudah sahabat saya dari Pontian untuk meneliti. Saya tahu dia obses dengan angka, saya tahu. Saya boleh bacakan setiap bulan di sini angkanya tetapi kiraannya ialah 1.2 bilion liter, 90 peratus adalah RON95 dan ia berubah mengikut harga minyak mentah. Masa pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan, harga minyak mentah dunia ialah USD80. Sedang saya menjawab ini harga minyak mentah dunia adalah USD64. Jadi kalau trend menurun ini berterusan dan bila kita laksanakan dalam tempoh dua tiga bulan nanti, bila kita bagi subsidi 30 sen, dia mungkin yang menikmati subsidi itu tidak bayar dengan harga RM2.20 sekarang, dia mungkin bayar dengan harga RM1.80 atau RM1.90. Jadi kalau trend sekarang berterusanlah. Kalau trend minyak mencanak balik USD100, itu sifirnya berubah. Jadi 1.2 bilion liter petrol sebulan, 90 peratus adalah RN95 yang harganya berubah mengikut turun naik harga minyak mentah dan kira-kiranya adalah mengikut automatic price mechanism. Terima kasih. 2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan langkah segera kementerian menyelesaikan masalah penggantungan siaran televisyen digital MYTV yang sedang berlaku di beberapa negeri sejak awal November. Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Gobind Singh Deo]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh beberapa isu komersial yang masih dalam rundingan di antara pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad. MYTV telah memajukan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan pihak Telekom Malaysia. Pihak KKMM telah mengarahkan MCMC untuk memudah cara rundingan di antara MYTV dan TM dalam usaha untuk kita mengatasi masalah tersebut dengan seberapa segera. MCMC kini sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kedua-dua belah pihak ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi. Buat masa ini, Tuan Yang di-Pertua, rakyat masih boleh menonton rancangan-rancangan TV yang disediakan oleh perkhidmatan televisyen percuma di platform analog. SKMM sedang memantau secara rapi, Yang Berhormat, gangguan siaran ujian perkhidmatan, digital terrestrial television atau DTT yang berlaku secara berperingkat sejak 11 Oktober yang lalu. Siaran ujian perkhidmatan DTT, Tuan Yang di-Pertua, di bawah jenama myFreeview menyiarkan 13 saluran TV dan empat saluran radio secara percuma oleh penyiar kerajaan dan swasta yang terdiri daripada RTM, Media Prima Berhad, Bernama TV, TV Al-Hijrah dan juga Channel W. Terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyatakan bahawa program analogue switch off (ASO) ini merupakan suatu perkara yang disambut baik oleh masyarakat di luar bandar kerana ia memberikan peluang untuk orang- orang kampung menikmati siaran secara digital. DR.22.11.2018 4 Jadi dalam situasi yang agak kelam kabut sehari dua ini, saya nampak Yang Berhormat Menteri pun menghadapi tekanan yang sangat kuat. Saya hendak tahu, bilakah tempoh masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk menamatkan kemelut ini? Juga, apakah langkah segera yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan pergaduhan di antara dua gergasi ini dapat ditamatkan? Terima

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    152 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us