Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama

Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama

Naskhah belum disemak PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 3 Rabu 14 Mac 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 35) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 36) DR 14.3.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 14 Mac 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Tuan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie Ajirol [Libaran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, sumbangan-sumbangan yang telah diusahakan selama ini oleh Kerajaan Malaysia terhadap negara Palestin. Menteri Luar Negeri [Dato’ Sri Anifah bin Aman]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri telah menerima 11 pertanyaan bagi jawapan lisan berkaitan dengan dasar Kerajaan Malaysia terhadap negara Israel, pendirian kerajaan mengenai isu negara Israel yang disokong oleh individu tertentu di Malaysia dan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi merealisasikan proses pendamaian Timur Tengah. Memandangkan semua pertanyaan tersebut pada asasnya menyentuh isu-isu serupa, saya memohon untuk memberi jawapan secara serentak bagi menjimatkan masa Dewan yang mulia ini. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan daripada Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Kuala Krau bertarikh 14 Mac 2012, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Padang Serai bertarikh 19 Mac 2012, Yang Berhormat Pasir Salak bertarikh 21 Mac 2012, Yang Berhormat Paya Besar bertarikh 22 Mac 2012, Yang Berhormat Kinabatangan bertarikh 26 Mac 2012, Yang Berhormat Gopeng bertarikh 28 Mac 2012, Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 2 April 2012, Yang Berhormat Rembau bertarikh 3 April 2012 dan Yang Berhormat Kuantan bertarikh 5 April 2012. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di atas pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Dasar ini adalah amat jelas dan ianya tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Malah, Malaysia secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras dan mengecam tindakan-tindakan Israel ke atas pencerobohan yang berterusan di wilayah yang diduduki rakyat Palestin dan aktiviti penempatan haram di Tebing Barat. Dalam hubungan ini, Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalankan oleh masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. Ini termasuk komitmen Malaysia terhadap penyelesaian dua negara atau two-state solution dengan izin, untuk mencapai penyelesaian secara komprehensif terhadap konflik ini. DR 14.3.2012 2 Malaysia percaya bahawa penyelesaian dua negara yang diusahakan sejak Persidangan Annapolis 2007 adalah realistik dan boleh dicapai seandainya Israel bersikap jujur dan terbuka dalam menyelesaikan semua tuntutan asas Palestin. Saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia tidak pernah sama sekali menyokong tindakan-tindakan dan pendekatan-pendekatan Israel yang jelas melanggar perundangan antarabangsa dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Resolusi 242, Resolusi 338, Resolusi 425 dan Resolusi 194. Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang rakyat Palestin, Malaysia akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin... [Tepuk] Ini termasuklah bantuan kewangan dan kemanusiaan menerusi bantuan pembangunan semula di Wilayah Gaza dan Tebing Barat. Di samping itu, Malaysia juga telah memberi latihan kepada Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang dihulurkan melalui pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan. Dalam hubungan ini, Malaysia telah menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan kepada roadmap dengan izin, yang diusahakan oleh Kuartet Damai Timur Tengah, Inisiatif Damai Arab dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan di mana kedua-dua buah negara dapat hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat. Untuk itu, Malaysia sentiasa memainkan peranan aktif dalam usaha mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan di dalam konflik Israel-Palestin khususnya ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Dalam hal ini, Malaysia menyokong sepenuhnya hasrat pihak berkuasa Palestin untuk menjadi anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan sokongan Malaysia secara konsisten melalui pelbagai kenyataan rasmi dalam platform-platform antarabangsa seperti mesyuarat-mesyuarat pertubuhan kerajaan Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan sebagainya. Pendirian ini juga telah saya tegaskan semasa ucapan saya di Perhimpunan Agung PBB pada 27 September 2011. ■1010 Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kenyataan sensasi Ketua Pembangkang dalam Wall Street Journal pada 26 Januari 2012. Di mana beliau menegaskan, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel...” dengan izin. Kenyataan tersebut secara jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Point of order Tuan Yang di-Pertua. Point of Order 36(6). Cubaan untuk mengelirukan Dewan... [Dewan riuh] Dan membuatkan salah sangkaan. DR 14.3.2012 3 Semalam sudah jelaskan, Yang Berhormat Menteri sengaja menggunakan ruang menjawab untuk menghina dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Ketua Pembangkang. Sedangkan pendirian sehaluan. Sehaluan dengan kerajaan. Tidak ada apa yang berbeza. Tuan Yang di-Pertua harap dapat beri teguran kepada Yang Berhormat Menteri. Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Memang layak, memang layak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Tuan Yang di-Pertua,saya cuma mengulangi apa yang telah disebutkan oleh Ketua Pembangkang. Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Ulangi keseluruhannya, bukan sebahagian. Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini geng Anwar ini. PAS sokong Anwar! Bukti kukuh. Ini PAS geng Anwar. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Saya juga... Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Ulangi keseluruhannya, bukan sebahagian, itu hendak putar belit kenyataan. Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Bukti kukuh PAS. Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: The word in contingent Yang Berhormat Menteri. In contingent... [Dewan riuh] Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Satu lagi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya ingat kita sudah insert semua perkataan, semua itu sudah masuk, dalam satu Hansard itu, dia baca satu muka surat macam itu Yang Berhormat. Jadi, kita sudah baca surat, perkataan, objection, semua sudah masuk sekali. Okeylah itu. Sila Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya cuba menjawab soalan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel...” dengan izin. Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Habiskan ayat itu. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Jadi, saya minta untuk menjawab. Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Habiskan ayat itu. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Habiskan kenyataan penuh Yang Berhormat. Sengaja habiskan kenyataan dalam Asian Wall Street Journal secara penuh. Adakah ini tugas sebagai seorang Menteri, tidak bertanggungjawab? Sengaja mengelirukan Dewan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau dibaca secara penuh, tidak cukuplah itu Hansard. Lebihlah dia. Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Jangan putar belit. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Tuan Yang di-Pertua, we have to tegur. DR 14.3.2012 4 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa menjawab ini biarlah habis Menteri menjawab Yang Berhormat. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Nanti saya akan bagi peluanglah salah seorang daripada Yang Berhormat menyoal. Dato’ Sri Anifah bin Aman: Saya ulangi Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan kenyataan sensasi Ketua Pembangkang di dalam Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, di mana beliau menegaskan, “ I support all efforts to protect the security of the state of Israel...” dengan izin. Kenyataan tersebut secara jelas menunjukkan... Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi kenyataannya tidak berhenti di situ. Mengapa Menteri cuba mengelirukan Dewan?.. [Dewan riuh] Kenyataannya juga bersambung dengan “...A step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”… [Tepuk] Dato' Haji Ismail bin

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    150 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us