Komponen Ruang Dalaman Masjid-Masjid Seperti Ruang Bersolat, Pintu Masuk, Ruang Berwuduk, Mihrab Dan Komponen Ruang Secara Keseluruhan Pada Sebuah Masjid Tradisional

Komponen Ruang Dalaman Masjid-Masjid Seperti Ruang Bersolat, Pintu Masuk, Ruang Berwuduk, Mihrab Dan Komponen Ruang Secara Keseluruhan Pada Sebuah Masjid Tradisional

BAB KEDUA RUANG DALAMAN MASJID TRADISIONAL NUSANTARA DAN TIMUR TENGAH 55 2.1 Pengenalan Bab ini membentangkan pengenalan dan membincangkan beberapa isu tentang teori rekabentuk dalaman masjid tradisional . Tujuan utama penulisan bab ini adalah menjawab objektif pertama iaitu Meneliti Hiasan dan Komponen Pada Ruang Dalaman Masjid Tradisional Nusantara Dan Timur Tengah. Bab ini mempunyai empat bahagian utama. Bahagian pertama menyingkap makna atau pengertian masjid tradisional di Semenanjung Malaysia . Bahagian kedua membentangkan keperluan komponen ruang dalaman masjid-masjid seperti ruang bersolat, pintu masuk, ruang berwuduk, mihrab dan komponen ruang secara keseluruhan pada sebuah masjid tradisional . Bahagian ketiga membentangkan wacana komponen dan teori mimbar dalam pengertian seni bina, ruang dalaman dan sejarah keberadaan mimbar. Perbahasan mimbar juga terhadap komponen struktur kepala, badan dan kaki pada bahagian mimbar. Bahagian keempat dan terakhir membentangkan wacana kreteria hiasan dalam Islam serta bentuk bentuk hiasan pada kaligrafi, motif geometri an pola Arabes yang terdapat dalam masjid tradisional. 2.2 Masjid Tradisi Di Malaysia Kedatangan Islam di Tanah Melayu telah mengubah cara berfikir dan corak kehidupan penduduknya1. Seni bina rumah, tempat tinggal, juga disesuaikan dengan kehendak Islam. Ekoran itu maka lahirlah bentuk seni bina Melayu-Islam antaranya seni bina masjid, surau, 1 Abdul Rahman Hj Abdullah (1998), Pemikiran Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 14 56 madrasah, istana tradisi Raja Melayu, kota, wakaf, kediaman termasuklah seni bina makam atau lebih dikenali dengan pusara Melayu2. Salah satu hasil kebudayaan Islam yang dapat dilihat kehadirannya dan terus berkembang hingga saat ini adalah seni bina masjid3. Sepanjang perkembangan sejarahnya, seni bina masjid telah mengalami pelbagai peristiwa serta latar belakang kejadian yang berbeza sehingga lahirlah pelbagai bentuk dan corak bangunan masjid yang berbeza-beza di setiap daerah pada setiap kurun waktu. Kehadiran masjid merupakan perpaduan dari fungsi bangunan sebagai unsur seni bina Islam. Seni bina masjid tradisional di Nusantara jika dibandingkan dengan seni bina masjid yang dihasilkan oleh peradaban Islam di daerah Islam yang lain nampak lebih sederhana binaanya. Mungkin inilah sebabnya mengapa seni bina masjid tradisional Nusantara sering dilupakan oleh para ahli sejarah4, ketika membicarakan tentang seni bina masjid sebagai salah satu peninggalan terpenting peradaban orang Islam di Nusantara. Keadaan sedemikian sepatutnya menjadi suatu isu yang perlu dipersoalkan, kerana jika diperhatikan pada peninggalan orang Melayu dan Jawa sebelum kedatangan Islam seperti Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Tanah Jawa serta Candi-candi Lembah Bujang di Semenanjung, kita akan mendapati suatu hasil kerja seni bina yang begitu halus dan memiliki nilai seni yang tinggi. Fenomena ini adalah bertentangan dengan andaian bahawa seni bina masjid sesuatu wilayah atau kawasan biasanya dipengaruhi oleh keadaan 2 Othman Mohd Yatim (2000), ‘Seni Bina Melayu Islam: Pengaruh dalam Alam Bina’ dalam Mohd Taib Osman et. Al (ed) Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h.342 3 Ahmad, Dusuki (1985), ‘Peranan Masjid sebagai institusi Pembangunan’, Dakwah, September 1985, h.28 4 Sebab yang lain mungkin kerana kedudukan geografi Dunia Melayu yang sangat jauh dari sumber KeIslaman sehingga dianggap sebagai suatu kawasan yang ‘kurang’ ciri ke-Islamanya . Ataupun mungkin Sejarawan Barat enggan mengiktiraf kebolehan orang-orang Melayu Islam di Nusantara walaupun mereka telah mengenali orang Melayu dan warisannya semenjak kurun ke 16 Masihi lagi. Mastor Surat (2008), Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, Thesis Sarjana (tidak diterbitkan), Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 57 atau gaya seni bina yang berkembang di kawasan tersebut. Adalah tidak mungkin suatu kebudayaan yang telah dibangunkan begitu tinggi di masa sebelum kedatangan Islam, tiba- tiba kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan karya seni bina yang juga tinggi nilainya setelah kedatangan Islam. Wiyoso Yudoseputro mengemukakan sebuah teori bahawa keghairahan mencipta karya seni tidak mungkin lahir begitu saja. Ia haruslah lahir dari sebuah rangsangan atau motif tertentu. Beliau melihat keadaan di Nusantara yang penuh dengan peperangan dan perebutan kuasa telah menghilangkan keghairahan untuk mencipta. Keadaan inilah menurut beliau menyebabkan seni bina ketika itu kembali ke zaman binaan tradisional dengan bangunan dan bahan kayu5. Menurut Suijipto Wirjosuparto pula, antara kemunduran dalam teknologi pembinaan bangunan adalah kerana peradaban Hindu dan Buddha telah memperkenalkan penggunaan batu sebagai bahan pembinaan sebuah bangunan. Hanya zaman pra-sejarah sahaja yang menggunakan kayu sebagai bahan bangunan6. Mengenai bumbung masjid Nusantara yang bertingkat pula, menurut Sutjipto7 telah diambil dari bangunan Jawa yang lain-lain iaitu rumah Joglo. Bentuk bumbung rumah Joglo tersebut yang menjadi model kepada bentuk bumbung masjid tradisional tersebut. Ketika digunakan kepada binaan masjid, ukuran dan bilangan tingkatnya dibuat untuk penyesuaian atau atas alasan estetika bagi mengimbangi ruangnya yang luas. Pandangan ini 5 Lihat Yudoseputro Wiyoso (1986), Pengantar Seni Rupa di Indonesia. Bandung: Angkasa, h. 11 6 Wirjosupto, Sutjipto (1962), Sejarah Bangunan Mesjid di Indonesia. Almanak Muhammadiyah Tahun 1381 H. No XXI Jakarta: Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Majelis Taman Pustaka, h. xxxvi 7 Wirjosupto, Sutjipto (1962), Sejarah Bangunan Mesjid di Indonesia 58 dihitung lemah berdasarkan bentuk pelan masjid dan pelan rumah Joglo sangat berbeza, apatah lagi bentuk bumbung limas dan bumbung panjang dilihat berbeza. Persamaan pada rumah Joglo hanya pada kedudukan berlantai papak iaitu lantai diatas tanah. Persamaan pada bentuk serambi atau pewastren adalah bukannya bentuk asli masjid Nusantara. Mengenai asal usul pengaruh yang terdapat pada rekabentuk seni bina masjid- masjid yang mempunyai corak atau gaya Nusantara itu ada dua pendapat Pertama, pendapat menurut H.J.de Graaf, yang menyatakan ianya berasal dari pengaruh gaya masjid dari Malabar sebuah daerah di India dan pendapat kedua dari G.F.Pijper bahawa gaya masjid beratap bertingkat berasal dari Indonesia sendiri iaitu berasal dari tradisi seni bina bangunan candi yang telah dikenali pada zaman–Hinddu8 . Mengenai persamaan yang terdapat pada masjid di Malabar dan Masjid Taluk, Sutjipto telah menyatakan bahawa, telah terjadi “pertumbuhan yang sejajar” antara India dan Nusantara. Di samping itu kedua- dua masyarakat daerah India dan Nusantara telah melakukan suatu penyesuaian terhadap seni bina mendapa ke dalam perancangan rumah mereka . Menurut Uka Tjandrasasmita kita telah mengenali bangunan atap bertingkat iaitu bangunan yang dinamakan meru, sebuah Gunung Kahyangan tempat para dewa bersemayang dan tinggal. Antara candi dan meru atau Gunung Kahyangan itu erat hubungnnya kerana candi juga dianggap lambang rumah kedewaan dari replika meru 9 . Walaubagaimana pun Tgk, H. Muslim Ibrahim menyatakan bahawa seni bina bangunan masjid kuno di Pulau Jawa merupakan hasil peniruan langsung dari rekabentuk ruang masjid yang berkembang di Sumadera Pasai dengan sedikit penambahan unsur kuil10. 8 G.F.Pijper (1947). A History of South East Asia, Hongkong : Macmillan Press ltd, h. 274. 9 Uka Tjandrasasmita.(2000) Pertumbuhan dan Perkembangan Kota-Kota Muslim di Indonesia, Kudus: Menara Kudus, h.163 10 Tgk,H.Muslim Ibrahim.(1993), h. 280. 59 Pemikiran bahawa bentuk bumbung limas berasal dari kuil ini ditolak oleh David Mizan yang menolak sepenuhnya andaian mudah dan simplistik serta tidak memiliki alasan yang kukuh11. W.F Stutterheim12 juga berangapan bahawa rujukan masjid berasal dari kuil adalah kurang tepat kerana faktor keruangan masjid dan kuil adalah berbeza. Uka Tjandrasasmita menyatakan bahawa gaya khusus seni bina masjid di Nusantara ini dinyatakan oleh atapnya yang bertingkat 2, 3 dan 5. Rekabentuk pelan bangunan yang bersegi empat sama atau segi empat tepat dengan serambi di depan atau di bahagian samping masjid tersebut. Pada bahagian lantainya dan asasnya diperbuat tebal dan ditinggikan, pada bahagian hadapan terdapat kolam parit berair13. Ciri-ciri seperti bangunan menggunakan kekemasan kayu dengan rekabentuk bumbung limas, terdapat tembok keliling dalaman masjid dengan struktur gerbang memiliki persamaan dengan candi Majapahit 14. Masjid di Alam Melayu memiliki keunikan tersendiri berbanding dengan seni bina Islam lainnya15. Uka Tjandrasasmita dalam tulisannya Kota-Kota Muslim di Indonesia, dari sudut seni bina masjid-masjid kuno Indonesia menunjukkan ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan seni bina masjid-masjid di negeri Islam lainnya16 . Bentuk bangunannya beragam. Masjid-masjid tua umumnya, terutama di Jawa, berbentuk pendopo 11 David Mizan & Anuar Talib (2005) The Malaysian Mosque: Evolution, Element & Meaning, Journal Built Enviroment . January 2005 (2) 12 Lihat W.F Stutterheim,(1953) Pictorial History of Civilization in Java, Leidin: Java Institute and g. Kolff. H.53 13 Uka Tjandrasasmita (2000), Pertumbuhan dan Perkembangan Kota-Kota Muslim di Indonesia, Menara Kudus, Kudus , h. 162. 14 Wiyoso Yudoseputro (1993), Islam dan Kebudayaan Indonesia. Jakarta : Yayasan Festival Istiqal, h. 112. 15 Azizul Azli Ahmad (2010), Masjid Budaya dan Seni Bina, Shah Alam : UPENA ,h. 97. 16 Uka Tjandrasasmita (2000), Pertumbuhan dan Perkembangan Kota-Kota Muslim di Indonesia, Menara Kudus,

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    115 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us