25 Mac 2019 (Isnin)

25 Mac 2019 (Isnin)

25 MAC 2019 (ISNIN) DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEEMPAT BELAS TAHUN 2019 PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) SHAH ALAM, 25 MAC 2019 (ISNIN) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan) (Tuan Speaker) Y.A.B. Tuan Amirudin bin Shari (Sungai Tua) (Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Kota Kemuning) Y.B. Puan Rodziah binti Ismail (Batu Tiga) Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim (Pandan Indah) Y.B. Datuk Abdul Rashid bin Asari, P.S.D., S.M.S., J.P. (Selat Klang) Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara) Y.B. Puan Haniza binti Mohamed Talha, S.M.S. (Lembah Jaya) Y.B. Puan Dr. Siti Mariah binti Mahmud (Seri Serdang) Y.B. Tuan Hee Loy Sian (Kajang) 1 25 MAC 2019 (ISNIN) Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman (Paya Jaras) Y.B. Tuan Lau Weng San (Banting) Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi, P.J.K. (Sementa) (Timbalan Speaker) Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Tuan Dr. Idris bin Ahmad (Ijok) Y.B. Tuan Hasnul bin Baharuddin, P.P.T. (Morib) Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing) Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Harumaini bin Haji Omar, P.P.N. (Batang Kali) Y.B. Puan Rozana binti Zainal Abidin (Permatang) Y.B. Puan Juwairiya binti Zulkifli (Bukit Melawati) Y.B. Tuan Mohd Shaid bin Rosli (Jeram) Y.B. Tuan Sallehudin bin Amiruddin (Kuang) Y.B. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Taman Templer) Y.B. Tuan Chua Wei Kiat (Rawang) Y.B. Tuan Muhammad Hilman bin Idham (Gombak Setia) Y.B. Tuan Lai Wai Chong (Teratai) 2 25 MAC 2019 (ISNIN) Y.B. Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof (Dusun Tua) Y.B. Tuan Mazwan bin Johar (Sungai Ramal) Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya) Y.B. Tuan Syamsul Firdaus bin Mohamed Supri (Taman Medan) Y.B. Puan Lim Yi Wei (Kampung Tunku) Y.B. Tuan Shatiri bin Mansor (Kota Damansara) Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin (Bandar Utama) Y.B. Tuan Mohd Najwan bin Halimi (Kota Anggerik) Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar (Meru) Y.B. Tuan Azmizam bin Zaman Huri (Pelabuhan Klang) Y.B. Tuan Leong Tuck Chee (Pandamaran) Y.B. Tuan Gunarajah A/L R George (Sentosa) Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, P.J.K. (Tanjong Sepat) Y.B. Tuan Adhif Syan bin Abdullah (Dengkil) Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, P.P.T. (Sungai Kandis) Y.B. Puan Wong Siew Ki (Balakong) Y.B. Tuan Halimey bin Abu Bakar (Seri Setia) Y.B. Tuan Rizam bin Ismail (Sungai Air Tawar) Y.B. Tuan Zakaria bin Hj. Hanafi (Semenyih) Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang) 3 25 MAC 2019 (ISNIN) TIDAK HADIR (Dengan maaf) Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S. (Bandar Baru Klang) Y.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali S.P.M.S., S.M.S. (Bukit Antarabangsa) Y.B. Tuan Ahmad Mustain bin Othman (Sabak) Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin bin Haji Lias, DPMS., JSM., SSA. (Sungai Burong) Y.B. Datuk Rosni binti Sohar, DMSM., PJK. (Hulu Bernam) Y.B. Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, D.I.M.P (Sungai Panjang) TURUT HADIR (Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959) Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T., P.J.K. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Masri bin Mohd Daud, D.S.A.P., P.C.M. Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Y.B. Dato’ Nor Azmie bin Diron, D.P.M.S. Pegawai Kewangan Negeri Selangor 4 25 MAC 2019 (ISNIN) PEGAWAI BERTUGAS Puan Gayathri Prasena A/P Jaya Kumar Setiausaha Bahagian Dewan Encik Muhajirih bin Ahmad Penolong Setiausaha Dewan Encik Zawawi bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha Pentadbiran Puan Siti Salina binti Muftar Setiausaha Pejabat Encik Abdul Khalil bin Sabiis Bentara Encik Mohamad Izad Shafiq bin Ahmad Mashudi Puan Nur Syahira Shazrin binti Mat Rohani Pelapor Perbahasan 5 25 MAC 2019 (ISNIN) (Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat) SETIAUSAHA DEWAN : Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas pada 22 Mac 2019 dimulakan dengan bacaan doa. PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN : Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Robbil ‘Alamiin. Wassolatuwasalamu ‘Aala Rasulil ‘Aamin Sayidina Muhammadin Waala ‘Alihi Wasahbihi Ajma’in Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kekuasaan. Kami bersyukur ke hadrat Mu kerana melimpahkan kami dengan nikmat dan rahmat juga mengurniakan kami bumi yang subur dan maju Negeri Selangor Darul Ehsan. Dengan rahmat Mu jua pelbagai rancangan pembangunan telah dinikmati oleh rakyat, pelbagai keturunan dan bangsa yang taat kepada Raja dan Kerajaan Negeri ini. Ya Allah kami memohon kehadrat Mu agar memberikan kami sebaik-baik petunjuk dan bimbingan untuk memuliakan kami khususnya Ahli Dewan Negeri meneruskan khidmat menimbang dan memutuskan segala perkara yang dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya segala rancangan pembangunan Negeri Selangor Darul Ehsan berjalan lancar, tepat dan berkesan. Kepada Mu jua Ya Allah kami berserah. Wassalahu Aala Saiyidina Muhammad Wa’ala Alihi Wassohbihi Ajma’iin Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. SETIAUSAHA DEWAN : Aturan urusan seterusnya, pertanyaan-pertanyaan. TUAN SPEAKER : Selamat pagi, salam sejahtera kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Gombak Setia. Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM : Yang Berhormat Speaker, dua kali kecewa. Satu, Bukit Tunku tak pakai pink sama dengan saya, dua, EXCO tak ada nak jawab. Soalan saya, 67. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM (N17 GOMBAK SETIA) TAJUK : PEMERKASAAN EKONOMI DENGAN NEGARA SERANTAU 67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- 6 25 MAC 2019 (ISNIN) a) Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam merancakkan kegiatan ekonomi melalui kerjasama simbiosis di antara pelabur-pelabur asing khususnya dari negara- negara jiran untuk melabur di Negeri Selangor? Y.B. TUAN GANABATIRAU A/L VERAMAN : Tuan Speaker, saya menjawab untuk Sungai Pinang. Bandar Baru Klang. Minta maaf, masih lagi... TUAN SPEAKER : Masih ingat err... Y.B. TUAN GANABATIRAU A/L VERAMAN : Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor meneruskan aktiviti-aktiviti promosi menggalakkan pelaburan yang turut mensasarkan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti penyertaan di dalam MRO Asia Pacific di Singapura yang mensasarkan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri Aeroangkasa. Manakala di Indonesia pula, Invest Selangor turut menyertai pameran S.I.A.L. Jakarta bagi mempromosikan industri makanan dan minuman (Food & Beverages) di Jakarta pada 20 – 23 November 2018. Selain itu, Invest Selangor juga turut meninjau potensi industri jentera dan peralatan di Bangkok, Thailand melalui penyertaan di dalam Metalex Bangkok (Machine Tools & Metal Working Exhibition). Di samping itu, bagi mengukuhkan potensi perdagangan di Negeri Selangor dan Negara–Negara serantau, Invest Selangor akan menganjurkan “Selangor International Business Summit 2019 (SIBS 2019)” yang bakal berlangsung dari 10hb. hingga 13hb. Oktober 2019 di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur yang merangkumi 4 acara utama iaitu;- i. Selangor International Expo 2019 kali ke-5 ii. Selangor-ASEAN Business Conference 2019 kali ke-3 iii. Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2019 kali ke-3 iv. Selangor R&D and Innovation Expo 2019 kali pertama. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Global di rantau ASEAN dan juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan serta memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan untuk kepentingan bersama. Program ini dapat memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk meneroka pasaran luar negara serta mewujudkan komuniti perdagangan antara Selangor dan Negara-Negara serantau serta menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan serta hub perdagangan bagi rantau ASEAN 7 25 MAC 2019 (ISNIN) TUAN SPEAKER : Kampung Tunku. Y.B. PUAN LIM YI WEI : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 68. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN LIM YI WEI (N35 KAMPUNG TUNKU) TAJUK : KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA SELANGOR 68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran "sifar beg plastik" sejajar dengan "Road Map Zero Single-Use Plastic 2018-2030" yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)? Y.B. TUAN HEE LOY SIAN : Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Rancangan Kerajaan Negeri bagi mencapai sasaran “sifar beg plastik” adalah selaras dengan pelan tindakan yang digariskan di dalam Roadmap Towards Zero Single-use Plastics 2018-2030 yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 17 Oktober 2018. Dasar ini menggariskan bahawa penggunaan “single-use plastic” akan diharamkan sepenuhnya menjelang tahun 2030. Kerajaan Negeri melalui kempen Bebas Plastik pada masa ini mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai bahaya beg plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan. Caj ini dikenakan kepada peniaga-peniaga di premis-premis perniagaan yang menyediakan beg plastik khususnya dalam skala yang besar kepada pengguna, seperti di pasar raya, super mart, pasar raya mini dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi yang berkaitan bagi menjalankan aktiviti dan program dalam menyokong dan melaksanakan dasar ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri turut akan berusaha mengambil langkah awal untuk melaksanakan pengharaman beg plastik ini pada tahun 2025, iaitu 5 tahun lebih awal berbanding dengan Pusat.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    125 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us