KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan sepanjang tahun 2014 di seluruh negara adalah sebanyak 108,698 kes, meningkat 151% (65,352 kes) berbanding dengan hanya 43,346 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Manakala jumlah kumulatif kematian denggi di seluruh negara pada tahun 2014 adalah 215 kematian berbanding dengan hanya 92 kematian yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun 2013, iaitu peningkatan 134% (123 kematian). Ini merupakan angka bilangan kes dan kematian yang tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia. Negeri Selangor mencatatkan kematian kes tertinggi iaitu 77 kematian diikuti oleh Johor 25 kematian, Perak dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya masing-masing 21 kematian, Kelantan 17 kematian, Pulau Pinang 11 kematian, Negeri Sembilan 10 kematian, Kedah tujuh (7) kematian, masing-masing enam (6) kematian di Melaka, Sarawak, Pahang dan Sabah serta dua (2) kematian di Terengganu. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku peningkatan kes denggi pada masa ini iaitu seperti berikut: 1. Faktor persekitaran yang tidak bersih dan menyumbang kepada tempat-tempat pembiakan Aedes seperti bekas polisterine, bekas plastik dan tayar terpakai. 1 2. Pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih meluas terutamanya bagi pesakit yang telah dijangkiti virus denggi akan mudah menyebarkan virus ke tempat lain apabila pesakit melawat ke tempat baru. 3. Berlaku perubahan serotype denggi yang menjangkiti komuniti iaitu daripada DEN 2 kepada DEN 1 pada bulan Julai 2014 yang mana ini menyebabkan peningkatan kes serta kematian denggi. 4. Faktor cuaca contohnya hujan dan panas dimana bekas yang boleh menakung air akan menjadi tempat pembiakan Aedes, dan suhu mempengaruhi perkembangan nyamuk dan larva yang menyebabkan populasi Aedes meningkat seterusnya menyebarkan virus denggi. 5. Tabiat masyarakat yang membuang sampah merata rata dan tidak mengurus sampah dengan baik. Selain itu, kurangnya kesedaran masyarakat untuk melaksanakan tindakan pencegahan seperti membersihkan persekitaran mereka dan melaksanakan aktiviti “cari dan musnah” tempat pembiakan Aedes setiap minggu. Sehubungan itu, bagi membenteras kejadian kes dan wabak denggi, KKM menyarankan kepada masyarakat untuk melaksanakan perkara- perkara berikut : 2 1. Bagi negeri-negeri yang pernah terlibat dengan banjir seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak perlu melaksanakan aktiviti pembersihan longgokan sampah dan sisa dalam tempoh seminggu selepas banjir surut untuk mengelakkan ianya menjadi tempat pembiakan Aedes. 2. Sebelum bermulanya sesi persekolahan pada minggu depan, pihak pengurusan sekolah perlu memastikan kawasan persekitaran sekolah adalah bersih dan bebas daripada tempat-tempat pembiakan Aedes. Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) di tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes seperti di pam tandas, pasu bunga, kolam hiasan dan sebagainya. Selain itu, semburan aerosol perlu dilakukan di dalam kelas 30 minit atau 1 jam sebelum pelajar masuk ke kelas untuk menghapuskan nyamuk Aedes dewasa. 3. Bagi pengusaha-pengusaha bas sekolah adalah diminta melakukan semburan Aerosol di dalam bas terutama pada jam 5 – 7 pagi dan 5 – 7 petang sebelum pelajar naik ke dalam bas. 4. Pihak PBT hendaklah memastikan urusan pelupusan sampah berjalan sempurna dan teratur. 3 5. Masyarakat juga diingatkan untuk menjalankan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat-tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran kediaman masing-masing setiap minggu. Kebersihan hendaklah dijadikan amalan hidup semua. Peningkatan kes dan kematian Denggi ketika ini perlu di beri perhatian serius oleh semua pihak. Sehubungan itu, tindakan pencegahan amat diperlukan bagi memastikan kejadian Demam Denggi dapat diatasi daripada terus berlaku. “Membenteras Denggi adalah Tanggungjawab Semua”. Perlu ditegaskan, semburan racun serangga semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah denggi jika tempat pembiakan tidak dihapuskan. DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 6 Januari 2015 4 Lampiran A PERBANDINGAN KES DENGGI TAHUN 2014 dan 2013 Jumlah Jumlah Terkumpul Terkumpul Bil. Negeri kes denggi kes denggi tahun 2014 tahun 2013 1 Perlis 317 226 (1) 2 Kedah 1,014 (7) 813 (1) 3 P. Pinang 3,141 (11) 1,053 (7) 4 Perak 7,525 (21) 2,519 (4) 5 Selangor 54,290 (77) 23,852 (24) 6 WP KL & Putrajaya 7,185 (21) 2,570 (8) 7 N. Sembilan 3,781 (10) 1,198 (1) 8 Melaka 2,770 (6) 1,505 (9) 9 Johor 6,323 (25) 4,828 (24) 10 Pahang 2,170 (6) 725 (2) 11 Terengganu 1,688 (2) 600 12 Kelantan 14,456 (17) 1,427 (2) 13 Sarawak 2,571 (6) 1,292 (4) 14 Sabah 1,456 (6) 724 (5) 15 WP Labuan 11 14 MALAYSIA 108,698 (215) 43,346 (92) Nota: ( ) Kematian * Sumber : Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan 5 Lampiran B SENARAI LOKALITI “HOT SPOT” SEHINGGA MG 53 Jumlah Tempoh Bil Negeri Daerah/Zon/ Lokaliti Kes Wabak PBT Berlaku (Hari) 1 SELANGOR Hulu Selangor Apt Teratai Tbr Bb 124 222 2 SELANGOR Petaling Kt Ss 1 Teres A 82 198 3 SELANGOR Petaling Du Ss 22 ( 2 ) 109 197 Seksyen 7 (Flat A : Blok 1 - 12, 4 SELANGOR Petaling 81 151 Blok 38 - 43) Seksyen 7e B Pusat Komersial 5 SELANGOR Petaling (Jln Aa7/Aa & Ac7/Ac & Jln 185 137 U7/U - Z7/Z) Seksyen 7 (Flat B : Blok 13 - 6 SELANGOR Petaling 31 124 37) 7 SELANGOR Petaling Kd Pju 5 Seksyen 6 38 121 Jalan 3/A-R Seksyen 3 Bandar 8 SELANGOR Hulu Langat 61 115 Sri Putra 9 SELANGOR Petaling Bl Pju 10 Apt Permai 36 112 10 SELANGOR Petaling Usj 2/5 30 112 Bl Pju 9 Sd 13 Apt Sri Meranti 1 11 SELANGOR Petaling 30 111 : Blok A - G Appt Dahlia Court Pandan 12 SELANGOR Hulu Langat 27 107 Indah Jalan Hentian 2-6 Hentian 13 SELANGOR Hulu Langat 18 101 Kajang Bl Pju 10 Saujana Damansara 14 SELANGOR Petaling 26 102 (A) : Jln 10/13, 10/14 Kd Pju 5 Seksyen 5 Sepah 15 SELANGOR Petaling 25 102 Puteri (Jln 5/1-5/19) Bandar Kinrara Bk 6f ( P'puri 16 SELANGOR Petaling 22 102 Enggang) Taman Puchong Perdana (Jln 17 SELANGOR Petaling 29 97 Mawar) 18 SELANGOR Gombak Kg Simpang 3 42 96 Batu 13 Kg Sri Aman (Lorong 19 SELANGOR Petaling 34 93 Bestari) 20 SELANGOR Petaling Pusat Bandar Puchong (Jln 41 91 6 Wawasan 2) 21 SELANGOR Petaling Sri Pjs 8 Mentari Court 44 90 Seksyen U10 ( Alam Budiman : 22 SELANGOR Petaling 39 85 Jln U10/68 - U10/77b ) 23 SELANGOR Hulu Langat Seksyen 5 Bandar Sri Putra 25 81 24 SELANGOR Petaling Bl Pju 9 Sd 10 16 81 Bandar Kinrara 4 ( Jln Bk 4/1 25 SELANGOR Petaling 30 81 Sebahagian 4/2-4/4 ) Bl Pju 10 Apt Harmoni 1 26 SELANGOR Petaling 22 79 ( A,B,C,L,M,N,O,P,Q ) 27 SELANGOR Petaling Bandar Kinrara 2 14 79 Seksyen 7 Shah Alam Teres B 28 SELANGOR Petaling Zon A (Jln 7/29 - 7/30, Unisel & 30 78 Jln A7/A - F7/F) Seksyen U16 ( Pangsapuri 29 SELANGOR Petaling 22 76 Kiambang : Blok 21 - 27 ) Seksyen U5 ( Pangsapuri Sri 30 SELANGOR Petaling 14 75 Bintang ) 31 SELANGOR Petaling Usj 14/1 24 74 Appt Intana Ria Seksyen 7 32 SELANGOR Hulu Langat 21 73 Bandar Baru Bangi 33 SELANGOR Hulu Selangor Apt Kenanga Tbr Bb 49 73 Hostel Kolej Polytech Mara 34 SELANGOR Hulu Langat 9 72 Bangi Bl Pju 8 Armanee Terrace 35 SELANGOR Petaling 17 69 Kondo Pjs 9 /1(Lagoon Perdana & 36 SELANGOR Petaling 32 69 Rumah Kedai) Jalan Suadamai 5/1,1/1a,7/1- 37 SELANGOR Hulu Langat 7/3 & 9/1 Bandar Tun Hussein 22 68 Onn 38 SELANGOR Petaling Kt Seksyen 20 Teres B 13 66 39 SELANGOR Petaling Ss 16 (Casa Tiara Appt) 14 64 Seksyen U16 ( Pangsapuri 40 SELANGOR Petaling 16 62 Melati : Blok 11 - 20 ) Appt Sri Tanjung Seksyen 7 41 SELANGOR Hulu Langat 27 61 Bandar Baru Bangi 42 PERAK Kinta Tmn Lim 17 60 Jalan 3/38-3/52 Seksyen 3 43 SELANGOR Hulu Langat 11 60 Bandar Baru Bangi Seksyen 7 (Flat C : Blok 44 - 44 SELANGOR Petaling 14 60 51) Seksyen U10 ( Puncak 45 SELANGOR Petaling 17 60 Perdana : Uitm ) 46 SELANGOR Petaling Seksyen U2 Teres C 18 60 47 SELANGOR Petaling Taman Lestari Putra 6 16 60 48 SELANGOR Petaling Taman Puncak Jalil 2 ( Jln Puj 16 60 7 2/1 - 2/18 ) 49 SELANGOR Hulu Langat Seksyen 5 Bandar Rinching 34 59 Seksyen 6 (Teres A : Jln 6/1a - 50 SELANGOR Petaling 16 59 6/1j) Sri Pjs 6 Flat Desa Mentari 1 : 51 SELANGOR Petaling 16 59 Blok 1, 2, 3 52 PERAK Kinta Kg Das Tambahan 2 40 58 Seksyen U5 ( Subang Murni 53 SELANGOR Petaling 11 58 Teres B : Jln U5/151 - 162 ) 54 SELANGOR Petaling Sri Pjs 5 Flat Desa Ria 12 58 55 SELANGOR Hulu Selangor Jalan Cemperaisari Bsb 13 57 56 SELANGOR Petaling Seksyen 3 Shah Alam 9 57 Seksyen U10 ( Puncak 57 SELANGOR Petaling Perdana Teres A : Jln U10/15 - 38 56 U10/29 ) 58 SELANGOR Petaling Du Ss 21 ( 3 ) 24 56 59 SELANGOR Gombak Appt Palma Bch 19 55 Jalan 3/6 Seksyen 3 Bandar 60 SELANGOR Hulu Langat 26 55 Baru Bangi 61 SELANGOR Petaling Bl Pju 9 Sd 8 31 55 62 SELANGOR Petaling Kt Pju 1a Pprt A : Blok A,B,C 47 55 Pju 5 Seksyen 7 Gugusan 63 SELANGOR Petaling 8 55 Kemboja (Jln Pju 7/4) Jalan 15/1 Seksyen 15 Bandar 64 SELANGOR Hulu Langat 11 54 Baru Bangi Seksyen U16 ( Denai Alam 65 SELANGOR Petaling 17 54 Teres L : Jln U16/81 - U16/88 ) Bl Pju 8 Apt Flora Damansara 1 66 SELANGOR Petaling 11 54 ( Blok A, B ) 67 SELANGOR Petaling Taman Lestari Putra 3 46 54 Taman Puncak Jalil 4a (Jln Puj 68 SELANGOR Petaling 30 53 4/1-Puj 4/9 ) 69 SELANGOR Petaling Usj 8/2 11 53 Taman Pinggiran Putra 16 70 SELANGOR Petaling 25 53 ( Putra Indah ) 71 PERAK Kinta Tmn Klebang Jaya 2 32 52 Seksyen 7e B Shah Alam (Jln 72 SELANGOR Petaling 12 52 7/101 - 7/103) Sri Pjs 10 ( Teres B : Jln Pjs 73 SELANGOR Petaling 9 52 10/2, 10/4, 10/7a - B, 10/16 ) Tm Pjs 3 Flat Sri Manja ( Blok 74 SELANGOR Petaling 23 52 A - C : Jln Pjs 3/55 ) 75 PERAK Kinta Medan Buntong Permai 15
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages12 Page
-
File Size-