Hansard 19 Mei 2016

Hansard 19 Mei 2016

LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 19 MEI 2016 (KHAMIS) Masa :9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng Komtar 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 37 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 38 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha: Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha: Bacaan doa. Setiausaha: Soalan lisan. Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri: Sebelum soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat ingin saya menyuruh rakan-rakan Yang Berhormat di luar supaya masuk lebih awal pertama kali saya menyaksikan Barisan EXCO lebih ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di pembangkang harap keadaan ini boleh diperbetulkan, silakan soalan lisan. Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Syah): Terima kasih Dato' Yang Di Pertua, solan saya no. 42. No. 42. Dewan Undangan Negeri telah meluluskan cadangan pembinaan bangunan Dewan Undangan Negeri di tapak pembuangan sampah di Jelutong. Nyatakan status terkini dan berapakah kos pembinaan serta tahun pembinaan yang dicadangkan. Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Lim Hock Seng): Dato' Yang di Pertua untuk menjawap soalan yang no. 42 daripada YB. Teluk Bahang tapak pembinaan Dewan Undangan Negeri telah dicadangkan di Tapak Pembungan Sampah di Jelutong dan masih di peringkat awal perancangan lagi. Perbincangan mengenai perkara ini telah dibangkit dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan pada 16 Jun 2015 dan pada 5 April 2016. Di samping itu juga mesyuarat cadangan pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah diadakan pada 8 April 2016 dan 25 April 2016 untuk membincangkan isu tentang pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang baharu bersama-sama dengan PDC, UPEN, Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan juga MBPP. Dalam mesyuarat cadangan pembinaan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 25 April 2016, PDC telah memaklumkan bahawa untuk membolehkan tapak pembuangan sampai di Jelutong dibangunkan untuk tujuan pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang baharu kawasan tersebut sekurang-kurangnya memerlukan lima (5) tahun untuk proses pemulihan tanah bagi memastikan keadaan tanah berada di dalam keadaan yang baik untuk kerja-kerja pembinaan. Sekiranya tanah tersebut tidak dipulihkan dengan baik ia akan membebaskan gas-gas yang akan menyebabkan hakisan atau karat pada struktur binaan. Pada masa yang sama juga Kerajaan Negeri juga perlu mengenal pasti tapak pembuangan sampah yang baharu untuk menggantikan tapak pembuangan sampah di Jelutong. Di samping itu, pemilihan tapak pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Kawasan Seberang Perai juga di dalam penelitian untuk memastikan tapak yang dipilih adalah strategik dan selari dengan pembangunan yang telah dirancangkan oleh Negeri Pulau Pinang. Kos pembinaan dan tahun pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hanya dapat diperincikan selepas isu pemilihan lokasi tapak pembinaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selesai. Namun pada masa yang sama JKR Negeri Pulau Pinang telah diminta untuk mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang agar dapat mengenalpasti komponen-komponen pembinaan tersebut. Sekian sahaja. 3 Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Syah); Soalan tambahan, kita kalau ikut kefahaman itu, so kita tidak confirm lagi sama ada di kawasan Pulau atau di kawasan Main land begitu kah Yang Berhormat maksudkan, ataupun kita dah fikir di atas kawasan pulau ataupun option dia masih terbuka di mana-mana kalau begitu menunjukan pembangunan ini akan berlaku lewat lagilah lebih kurang 10 tahun begitulah. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Kawasan Bagan Jermal YB. Lim Hock Seng): Terima kasih Yang Berhormat dari Telok Bahang. Memang buat masa sekarang semua option adalah terbuka YB. Sungai Acheh ada mencadangkan supaya ia dibina di Batu Kawan dan semua ini tertakluklah kepada kajian terperinci lagi kerana tapak asal yang dicadangkan di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong itu walaupun PDC telah membuat pelan untuk menawarkan RFP untuk membangunkan tapak tersebut supaya satu bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang boleh dibina di atas tanah tersebut juga buat masa sekarang belum muktamad lagi. Jadi semua ini adalah pada peringkat awal lagi . Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Syah): Adakah Yang Berhormat melihat apa-apa kekangan sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dikekalkan di sini memandangkan keadaan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang masih elok dalam proses penjimatan kos sebab itu kita buat keputusan untuk kekal di sini ataupun menambah pembaikan di sini? Ahli Kawasan Bagan Jermal YB. Lim Hock Seng): Bangunan sedia ada ini adalah Bangunan Warisan dan ada kekangan sekiranya hendak diubah suai atau di tambah atau dipertingkatkan lagi. Jadi semua akan diambil kiralah terima kasih. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat untuk direkodkan soalan yang dijawap oleh Bagan Jermal adalah soalan yang 42 tadi soalan yang ke 41 sebelum ini adalah soalan daripada Permatang Pasir tetapi Permatang Pasir tiada di dalam Dewan maka soalan tersebut telah dilangkau. Seterusnya soalan 43 adalah soalan daripada Sungai Dua yang telah pun dijawap bersama dengan soalan 18 semalam. Ingin saya teruskan dengan soalan 44 iaitu soalan daripada Permatang Berangan, Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan soalan pun akan dilangkau. Soalan 45 soalan daripada YB. Bayan Lepas tidak ada dalam Dewan maka soalan juga akan dilangkau. Ingin saya sampai soalan 46 silakan yang Berhormat Sungai Pinang. Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim): Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker , soalan saya nombor 46. No. 46. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap cadangan Majlis Perumahan Negara supaya meningkatkan harga rumah kos rendah dari RM42,000 ke RM65,000 dan harga rumah kos sederhana rendah dari RM72,000 ke RM100,000? Sila jelaskan. Ahli kawasan Datok Keramat ( YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh): Terima kasih YB. Dato' Speaker, YB. Sungai Pinang terhadap soalan ini yang begitu penting sekali iaitu “Adakah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang cadangan Majlis Perumahan Negara supaya ditingkatkan harga kos rumah kos rendah daripada RM42,000.00 kepada RM65,000,00 dan harga kos sederhana rendah dari RM72,500,00 kepada RM100,000.00? Now Dato' Speaker, Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Majlis Perumahan Negara iaitu JKPKM iaitu satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau syor-syor yang dibuat di dalam Majlis Perumahan Negara terhadap pelaksanaan dia di mana saya telah hadir pada 18 Januari di Kuala Lumpur dan 4 April baru-baru ini di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Menteri KPKT iaitu Dato' Halimah Sadique. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri telah menyuarakan dan merekodkan bantahan sekuat-kuatnya Negeri Pulau Pinang terhadap terhadap syor meningkatkan harga rumah kos rendah daripada RM42,000.00 kepada RM65,000.00 dan juga syor agar 4 ditingkatkan harga kos rumah sederhana rendah atau RMM Type B daripada RM72,500.00 kepada RM100,000.00. Now pendirian ini diambil YB. Dato' Speaker memandangkan peningkatan harga tersebut akan secara langsung membebankan golongan yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah dan apabila saya bagi pihak Kerajaan Negeri megemukakan pendirian kita kebanyakan negeri di seluruh Malaysia kerana mesyuarat itu dihadiri oleh EXCO Perumahan di semua negeri di seluruh Malaysia. Kebanyakan negeri telah bersetuju dengan pendirian Negeri Pulau Pinang dan menolak cadangan peningkatan harga rumah kos rendah dan sederhana kepada RM65,000.00 dan RM100,000.00 masing- masing.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    99 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us