LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT . DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 18 MEI 2016 (RABU) Masa :9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri I / Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II /Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 16 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 17 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 18 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 19 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 20 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 21 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 22 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 23 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 24 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 25 YB. Teh Lai Heng Komtar 26 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 27 YB. Soon Lip Chee Jawi 28 YB. Lee Khai Loon Machang Bubok 29 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 30 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 31 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 32 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 33 YB. Dato’ Haji Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 34 YB. Datuk Haji Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 35 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 36 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 37 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 38 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 39 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam Tidak Hadir Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 YB. Ong Kok Fooi Berapit AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Binti Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha: Ahli-Ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Timbalan Setiausaha: Bacaan doa. Setiausaha: Soalan lisan. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng): YB. Dato' Speaker. Soalan saya soalan No.25. No. 25. Dalam surat 13 November 2013, Pengarah Syarikat Magnificent Emblen Phang Lee Koon mencadangkan warkers vellages atas dua (2) tanah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). (a) Apakah keputusan EXCO dan Y.A.B. Ketua Menteri dalam kes ini? (b) Berapa bantahan penduduk tempatan? Y.A.B. Ketua Menteri: Dato' Yang di-Pertua, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berpendapat workers village untuk pekerja-pekerja tempatan dan asing boleh dipertimbangkan demi mengatasi masalah pekerja tempatan dan asing yang tidak ada penginapan sesuai tanpa mengganggu penduduk tempatan. Namun demikian, Syarikat Magnificent Emblen akhirnya tidak berjaya dalam tender terbuka untuk membeli tanah tersebut kerana tidak mematuhi syarat RFP. Bukan sepertimana yang didakwa oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. Justeru, tender tersebut akhirnya telah ditawarkan kepada Syarikat Westlite Dormitory Penang Juru Sdn. Bhd. kerana menawarkan harga yang paling tinggi. Ini membuktikan sistem tender terbuka berfungsi di Pulau Pinang berdasarkan harga tawaran paling tinggi. Hanya sekeping tanah di Juru yang ditender sedangkan tender di Batu Kawan tidak diteruskan. Bantahan penduduk terhadap projek pembangunan perkampungan pekerja di Juru yang akan dibangunkan oleh Syarikat Westlite Dormitory Penang Juru Sdn. Bhd. telah dibuat melalui JKKK Bukit Minyak, JKKK Perkampungan Juru dan tujuh (7) individu lain. Terima kasih. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng): Soalan tambahan, Dato' Speaker. Memandangkan di kawasan tempat yang dicadangkan untuk membina tapak asrama pekerja asing itu adalah di kawasan yang diduduki oleh penduduk yang pesat dan kawasan residence, bolehkah saya dapatkan penerangan, apakah rasional Kerajaan Pulau Pinang pada saat-saat yang terakhir juga masih bercadang untuk membina di kawasan tapak itu. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih atas soalan tambahan ini. Saya ingin menyatakan bahawa workers village yang dicadangkan bukan hanya sekadar untuk pekerja-pekerja asing tapi juga untuk pekerja-pekerja tempatan kerana seperti yang kita telah nyatakan sebelum ini oleh Ahli-ahli EXCO lain, bahawa kita lihat dengan kemasukan pekerja-pekerja asing dan juga tempatan, mereka harus ditempatkan di kawasan yang sesuai dan tidaklah menakluki ataupun mengambil alih kawasan-kawasan perumahan khususnya perumahan murah ataupun rumah kos rendah yang telah mengganggu penduduk-penduduk di kawasan itu. Oleh demikian, pihak Kerajaan Negeri rasa bahawa sekiranya mereka boleh ditempatkan di sesuatu tempat yang sesuai dan memandangkan bahawa ikut piawaian antarabangsa, semua pekerja-pekerja asing mesti mendapat kemudahan yang agak baik. Pihak Kerajaan Negeri rasa, kadang-kala kita lihat lebih baik daripada apa yang dinikmati oleh penduduk tempatan. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri nak memperluaskan bukan sahaja untuk pekerja-pekerja asing, tetapi juga boleh dinikmati oleh pekerja- 3 pekerja tempatan kerana kalau ikut piawaian antarabangsa, ia memang adalah lebih baik daripada apa yang kita biasa mendapati dekat Pulau Pinang. Tentulah dari segi maklum balas Pihak Kerajaan Negeri faham tentang perasaan risau tapi kalau sekiranya dapat lihat cadangan yang dibuat, saya rasa berikanlah peluang untuk pihak itu, Syarikat Westlite membuat permohonan sebelum kata putus dibuat kerana saya difahamkan oleh pihak MPSP bahawa kelulusan masih belum dimuktamadkan. Sekian. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa): Dato' Speaker, pastikah tempat itu untuk bina rumah-rumah awam low cost, di reject dan buat rumah untuk pekerja asing. Rumah awam ini low density, itu sudah reject tapi untuk warga asing ini high density. Kenapakah masalah ini timbul? Y.A.B. Ketua Menteri: Saya nak tegaskan sekali lagi Dato' Yang di-Pertua, bahawa ini workers village yang disebutkan oleh pihak Yang Berhormat bukan hanya untuk pekerja asing, ia juga untuk pekerja tempatan. Rancangan asal yang dibuat pun telah diperkecilkan selepas pendapat, pandangan dan juga maklum balas daripada para penduduk. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri telah meminta itu pihak PDC kerana ini adalah tanah PDC untuk menimbang membina rumah awam ataupun rumah-rumah lain sebagai satu gantian. Jadi di sini, di samping rumah itu untuk pekerja-pekerja, bukan sahaja pekerja asing tetapi juga pekerja tempatan, ada rancangan juga untuk melihat pembinaan perumahan awam dan juga saya rasa perumahan mampu milik. Terima kasih. Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Cheah Kah Peng): Soalan tambahan Dato' Speaker. Soalan saya adalah memandangkan tadi jawapan yang diberi oleh YB. Air Putih mengenai status di mana workers village itu atau pun selepas penjelasan, campuran workers village pekerja asing dan pekerja tempatan itu, sekiranya seperti yang disenaraikan dan dijelaskan YB. Air Putih bahawa PDC akan mempertimbangkan pemajuan ataupun projek ini sekali lagi, bolehkah kita tahu dari segi kerajaan, adakah kita ada assurance...(dengan izin), bahawa projek campuran pekerja asing dengan pekerja tempatan itu tidak dibina di kawasan Juru dan di kawasan beberapa tempat di mana penduduk-penduduk tempatan, orang tempatan amat padat khasnya tempat di Juru di mana penduduk telah menyuarakan kekhuatiran dan kerisauan mereka. Terima kasih. Y.A.B. Ketua Menteri: Terlebih dahulu saya rasa mungkin Yang Berhormat keliru sikit bila saya sebut bahawa kerana tapak asalnya ialah untuk membina perumahan pekerja, tapi selepas terdapat maklum balas daripada penduduk, maka tapak ini telah dikecilkan kepada separuh sahaja. Itu bermakna ada lagi separuh tanah yang tidak digunakan dan dikosongkan. Tanah separuh ini kini diminta kepada PDC untuk mempertimbangkan pembinaan rumah awam dan juga perumahan mampu milik. Itu mereka sedang buat perancangan. Kita kena faham bahawa sekarang kebanyakan pekerja-pekerja asing mereka duduk di kawasan-kawasan perumahan atapun perumahan kos rendah dan ini telah mengakibatkan banyak aduan diterima oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya juga rasa di semua kawasan-kawasan Yang Berhormat pun ada terima aduan tersebut. Tentu ini menyalahi peraturan yang ditetapkan bahawa perumahan rumah kos rendah ataupun rumah kos sederhana rendah malah juga perumahan mampu milik tidak seharusnya di sewa begitu secara besar-besaran kepada pekerja-pekerja asing. Tetapi untuk perumahan rumah mampu milik mungkin agak sukar untuk kita kawal tetapi untuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah seharusnya diduduki oleh pemilik. Tetapi apa yang kita lihat ialah khususnya di kawasan-kawasan perumahan awam yang sudah lama, kebanyakan pekerja-pekerja asing menetap di situ dan ini membawa banyak masalah. Oleh sebab itu, kita nak lihat pendekatan baru di mana ia diterima pakai di negara-negara
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages93 Page
-
File Size-