PM Semakin Sembuh Tapi Belum Boleh Bertugas Malaysiakini.Com November 09, 2010

PM Semakin Sembuh Tapi Belum Boleh Bertugas Malaysiakini.Com November 09, 2010

PM semakin sembuh tapi belum boleh bertugas Malaysiakini.com November 09, 2010 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respon baik terhadap rawatan, bagaimanpun, beliau masih perlu ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Hospital Ampang yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya. "Pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini," katanya. Apec: Muhyiddin ganti Najib Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan Najib bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-18 di Yokohama, Jepun dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada hujung minggu ini. Sidang Kemuncak kali ini yang bertemakan "Perubahan dan Tindakan", akan didahului dengan Mesyuarat Menteri-menteri APEC (AMM) ke-22 pada 10 dan 11 November serta Mesyuarat Akhir Pegawai-pegawai Kanan APEC (CSOM) dua hari yang berakhir semalam. Timbalan Perdana Menteri akan diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Abdul Rahman Mamat, pegawai-pegawai kanan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Kewangan. Muhyiddin akan menyentuh isu-isu mengenai penilaian Matlamat Bogor, strategi pertumbuhan APEC, integrasi ekonomi serantau dan Agenda Pembangunan Doha. - Bernama Copyright © 1999-2007 Mkini Dotcom Sdn. Bhd. Source : http://www.malaysiakini.com/news/ 147726 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us