RTF Document

RTF Document

MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 5 NOVEMBER 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 49 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1333-L69719 Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan walaupun jumlah yang besar diperuntukkan dalam bajet tahunan pendidikan tinggi, prestasi ranking universiti di negara ini masih belum mencapai tahap 100 terbaik universiti dunia. Apakah sasaran dan tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan ranking tersebut. 2. PR-1333-L70261 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) jumlah tuntutan wang yang tidak dituntut (unclaimed monies) dan dikembalikan semula kepada Kerajaan sejak tahun 2005; dan (b) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengembalikan tuntutan wang tersebut kepada pemohon yang berkelayakan. 3. PR-1333-L71563 Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapa jumlah yang telah dituntut oleh pengguna yang mendapat rebat penggunaan tol lebuh raya PLUS dan apakah rebat yang tidak dituntut oleh pengguna sehingga 14 November 2015 ini akan terbatal atau ia boleh dimasukkan secara automatik ke dalam jumlah kredit kad pra bayar pengguna (Plusmile, Touch & Go). 4. PR-1333-L71448 Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes yang difailkan oleh pekerja asing mengikut jantina terhadap majikan mereka dan berapa banyak kes (jumlah dan peratus) yang dapat diselesaikan dengan mencapai persetujuan bersama dan berapa kes pula yang berjaya dibicarakan oleh Mahkamah Buruh. Secara purata berapa lamakah yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes sama ada melalui persetujuan atau perbicaraan. 2 AUM DR 5/11/2015 5. PR-1333-L70380 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah telah wujud atau sistem infrastruktur data dan pemetaan yang membolehkan pengenalpastian dalam mendapatkan maklumat lokasi ladang-ladang ternakan seperti ladang ayam, khinzir dan lain-lain bagi membantu agensi-agensi Kerajaan dalam membuat pemantauan, perancangan dan keputusan. 6. PR-1333-L71521 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tujuan dan matlamat untuk menganjurkan " Hari Sukan " pada 10 Oktober 2015 :- (a) apakah program-program dan pertandingan yang akan diadakan khas untuk " Hari Sukan " ; dan (b) anggaran perbelanjaan untuk program ini dan usaha-usaha yang telah diambil untuk penglibatan pertubuhan-pertubuhan swasta dan badan-badan NGO. 7. PR-1333-L71102 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan Program e-Rezeki yang ditawarkan menyediakan pekerjaan digital kepada penerima BR1M:- (a) sejauh mana e-Rezeki boleh membantu menggantikan BR1M secara berperingkat; dan (b) bagaimana mekanisme perlaksanaan program e-Rezeki dapat membantu keseluruhan rakyat Malaysia berkelayakan menerima maklumat dengan berkesan. 8. PR-1333-L71469 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik terkini penyakit kanser payudara dan kanser serviks di kalangan wanita mengikut pecahan umur, kaum, negeri. 9. PR-1333-L70786 Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membangunkan Labuan sebagai pelabuhan pendaratan dan industri tuna. 10. PR-1333-L69754 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kesan ke atas kos sara hidup, inflasi, dan pencatutan yang disebabkan oleh pelaksanaan GST dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. AUM DR 5/11/2015 3 11. PR-1333-L69587 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha terbaru Kementerian dalam mempergiatkan budaya intergrasi nasional dan perpaduan dalam pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah. 12. PR-1333-L70821 Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah trafik di Kawasan Taman Equine Puchong dan bilakah ia akan mula dan dijangka siap. 13. PR-1333-L71381 Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kebenaran kononnya proses pindah milik senjata api daripada ayah kepada anak pada masa ini sungguh merumitkan. Apakah usaha yang telah dibuat bagi mempermudahkan urusan pindah milik ini. 14. PR-1333-L71489 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan cadangan DBKL membina bangunan baru di Jalan Raja laut, Kuala Lumpur dan usaha untuk meletakkan semua jabatan dalam satu bumbung bagi memudahkan urusan pentadbirannya. 15. PR-1333-L70675 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapakah perlaksanaan semula pembinaan Fasa 2 untuk Jalan Meritam/Telahak/Buangabai/Pengkalan Rejab/Sungai Poyan belum bermula dan nyatakan bilakah ia akan dimulakan. 16. PR-1333-L69598 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila KTMB akan memulakan servis kereta api komuter Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar. Apakah kekerapannya yang dicadangkan. 17. PR-1333-L71144 Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendirian Kementerian terhadap isu kurangnya kawalan keselamatan khususnya di stadium bola sepak seperti insiden yang berlaku baru-baru ini di Stadium Shah Alam dan apakah tindakan Kementerian berhubung masa depan bola sepak negara. 18. PR-1333-L70099 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha Kementerian bagi menarik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar pulang berkhidmat di tanah air. 4 AUM DR 5/11/2015 19. PR-1333-L69521 Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keupayaan Kerajaan untuk meningkatkan peruntukan perbelanjaan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) menerusi projek yang sedang dijalankan ketika ini walaupun keadaan ekonomi global tidak ketentuan sekarang. 20. PR-1333-L71321 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada langkah-langkah akan diambil untuk meningkatkan penilaian dan pemeriksaan kesihatan mental dalam industri penerbangan, ekoran daripada tragedi Germanwings. 21. PR-1333-L70307 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke negeri Terengganu terutama di daerah Setiu sejak daripada pelancaran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). 22. PR-1333-L69761 Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mengecualikan semua perubatan di Malaysia daripada dicukaikan oleh GST. Adakah Kerajaan bersedia untuk memberi bantuan kepada golongan berpendapatan 40% dan ke bawah. 23. PR-1333-L70604 Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan harga terkini rumah dan penempatan terutamanya di kawasan bandar yang dikatakan semakin hari kian meningkat kosnya. Adakah Kerajaan memantau kenaikan harga tersebut selaras dengan kadar kemampuan rakyat Malaysia kini. Apakah langkah untuk mengawal kenaikan ini. 24. PR-1333-L69601 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah Akta Veteran (Akta 740) akan dikuatkuasakan dan apakah implikasinya kepada Persatuan-persatuan Veteran yang sedia wujud khususnya yang berkaitan kepada Klausa 17 akta berkenaan. 25. PR-1333-L71263 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah projek melebarkan Jalan Kg. Buluh Kasap, Mukim Sungai Karang ke Kg. Sg. Boh, Mukim Serkat sejauh 7km yang merupakan jalan pintas dan alternatif ke Kawasan Industri Tg. Bin akan dilaksanakan. Laluan tersebut digunakan ratusan kenderaan bermotor dan membahayakan penduduk kampung akibat laluan yang sempit. 26. PR-1333-L71441 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana isi rumah 40% terendah boleh mencapai status kelas pertengahan pada 2020 meskipun kegawatan ekonomi berpanjangan ini mengganggu kenaikan gaji dan pendapatan mereka. AUM DR 5/11/2015 5 27. PR-1333-L69850 Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah hospital yang masih kekurangan doktor perubatan dan sejauh manakah kebergantungan industri kesihatan negara ini terhadap tenaga dari luar negara dan bagaimanakah pelan penempatan doktor pelatih negara ini. 28. PR-1333-L70842 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan memandangkan nilai wang ringgit telah mengalami kejatuhan paling teruk di seluruh Benua Asia berbanding dengan nilai wang ringgit USD, apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menyelamatkan nilai wang ringgit Malaysia 29. PR-1333-L70578 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia terhadap kemasukan pelancong ke Malaysia. 30. PR-1333-L69999 Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- a) sehingga hari ini berapakah jumlah saman yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES); dan b) sehingga hari

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    18 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us