Sanggar Sanjung, Dengan Tulus Ikhlas, Bersyukur Dan Berbangga Dengan Nama Universiti Yang Digalasnya

Sanggar Sanjung, Dengan Tulus Ikhlas, Bersyukur Dan Berbangga Dengan Nama Universiti Yang Digalasnya

anggarMAJLIS ANUGERAH anjung S Senada2011 Sidang Pengarang Penasihat Profesor Abdul Latif Ahmad Ketua Penyunting Profesor Rahmat Awang Penyunting Profesor Madya Mohamad Omar Bidin Encik Abdul Hamid Majid Encik Rosman Ahmad Pereka Encik Rosman Ahmad Encik Sherrilaida Mohd Aidarus Penyumbang Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat Pejabat Perhubungan Awam USM © Universiti Sains Malaysia 2012 Dicetak oleh Informatiks untuk Kesejahteraan Komuniti, Pusat Racun Negara ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan Salam Sejahtera. Transformasi pengajian tinggi telah membawa lonjakan besar dalam meletakkan universiti pada kedudukan yang berbeza dari sebelum ini. Tentu sahaja, sesebuah universiti itu dilihat sebagai utama hasil dari usaha mereka yang berada di dalamnya sebagai tonggak utama yang menggerakkan setiap aktiviti yang dilaksanakan bersama bagi menzahirkan makna sesuatu kejayaan. Ia melibatkan setiap lapisan warga, dari seorang pensyarah dan penyelidik mahu pun para pentadbir dan mereka yang berganding bahu pada segenap lapisan yang ada untuk bergabung tenaga bagi merealisasikan misi dan visi yang ada. Menzahirkan kecemerlangan tidak akan terhasil tanpa manusia sebagai penggerak utama dengan kepakaran yang berbeza-beza bergabung dan menjadikan Menara Ilmu amat istimewa dan berupaya menggerakkan transformasi menjadikan pengajian tinggi sebagai mekanisme untuk melakukan perubahan. Pada akhirnya usaha bersama-sama inilah yang berupaya membangunkan sebuah negara yang maju dan dunia yang lestari untuk generasi sekarang dan masa hadapan. Kerana itu, universiti menyanjungi semua usaha ini. Bukan sahaja mereka yang unggul dan mencipta nama, tetapi juga yang memainkan peranan besar dalam menghadapi persaingan dan menjadi antara yang terbaik dalam semua usaha, penulisan dan penerbitan, penyelidikan, pengajaran dan permbelajaran mahu pun lain-lainnya. Universiti menganggap acara ini sebagai satu daripada dorongan utama dan mengharapkan agar dapat pula mendorong segenap warganya bekerja keras untuk terus meletakkannya dalam sanggar sanjung, dengan tulus ikhlas, bersyukur dan berbangga dengan nama Universiti yang digalasnya. Sanggar Sanjung adalah antara usaha serius pihak Universiti yang ingin melihat perkembangan ilmu dan impaknya kepada masyarakat dapat berlaku secara berterusan. Kemenangan yang dicapai adalah pengiktirafan Universiti kepada warganya di dalam pembangunan ilmu yang merentasi pelbagai bidang. Syabas dan tahniah kepada semua. Kisah kejayaan ini merupakan secebis dari lebih banyak lagi citra kejayaan dalam usaha ‘Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’ yang kita laungkan selama ini. Syabas dan tahniah juga kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa yang melaksanakan tanggungjawab mengelola dan membuat pemilihan dengan teliti dan saksama. [PROFESOR DATO’ OMAR OSMAN] Naib Canselor vi ahun 2012 merupakan kali kesebelas Anugerah Sanggar Sanjung diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan terbaik warga Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang penyelidikan, Tpendidikan, perkhidmatan, dan libatsama dengan industri & komuniti. Penghargaan ini merupakan cara USM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada individu yang telah menjulang dan mengharumkan nama USM dalam bidang-bidang yang diterokai. Perkara ini adalah selaras dengan MISI USM untuk memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka. Tema majlis yang dipilih pada tahun ini ialah “SENADA” yang membawa maksud bahawa semua warga USM – ahli akademik, pentadbir dan pelajar, perlu bekerja bersama dan seiring dalam menyumbang kepada kejayaan Universiti. Pada tahun 2011, USM, buat julung-julung kalinya, memperkenalkan dua Anugerah baru iaitu Anugerah khidmat Masyarakat dan Anugerah Sanjungan Industri yang bertujuan mengiktiraf sumbangan dan amalan terbaik individu melalui penglibatan dan sumbangan mereka bersama-sama komuniti dan industri melalui inisiatif libatsama Komuniti- Universiti-Industri demi memakmurkan masyarakat. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah kerana usaha mereka memasyarakatkan dan memperkasakan ilmu serta memartabatkan USM sebagai sebuah gedung ilmu terulung di rantau ini. Saya berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima anugerah menjadi pemangkin kepada seluruh warga USM mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Nilai-nilai inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman kerana ia merupakan amalan terbaik yang perlu dikembangkan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial USM. Akhir kata, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil; Sekretariat Majlis; serta kepada semua yang telah bekerja keras untuk menjayakan Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2011, lebih-lebih lagi dalam suasana Universiti sedang melaksanakan amalan perbelanjaan secara berhemah. Menangkap tenggiri di tengah lautan Berjuang merentasi ombak gelora Khidmat diberi bukan untuk sanjungan Tetapi sebagai bakti untuk negara Sekian, terima kasih. [PROFESOR DATO’ SUSIE SEE CHING MEY] Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2011 vii Isi Kandungan Canselor .......................................................................................................... iii Sekapur Sirih ................................................................................................. iv Seulas Pinang ................................................................................................ v Atur Cara Majlis............................................................................................. vii Pengenalan .................................................................................................... viii Konsep Senada ..................................................................................................... ix Rekabentuk ............................................................................................ x Senikata Senada ................................................................................... xi Anugerah Sanggar Sanjung Kategori Tokoh ...................................................................................... 2 Kategori Penerbitan Jurnal .............................................................. 4-30 Kategori Penerbitan Buku ................................................................ 32 Kategori Kreativiti ................................................................................ 34 Kategori Kualiti ..................................................................................... 36 Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa .............................. 38 Kategori Paten ...................................................................................... 40 Hadiah Sanjungan Kategori Penerbitan Jurnal .............................................................. 42-136 Kategori Produk Penyelidikan ......................................................... 138-140 Kategori Kualiti ..................................................................................... 142 Anugerah Pendidik Sanjungan .......................................................... 144 Anugerah Sanjungan Industri ............................................................ 146 Anugerah Khidmat Masyarakat ......................................................... 148 Jawatankuasa.............................................................................................. 150-153 viii viii Atur Cara Majlis 8: 00 pagi : Pendaftaran Penerima Anugerah 9: 15 pagi : Ketibaan Tetamu 9: 30 pagi : Ketibaan Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Kenamaan 9: 35 pagi : Ketibaan Naib Canselor dan Isteri : Ketibaan Ahli-Ahli Lembaga Gabenor Universiti 9: 40 pagi : Ketibaan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti dan Isteri 9: 45 pagi : Ketibaan Pro Canselor dan Isteri 9: 50 pagi : Ketibaan T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas dan Isteri, Y.A. Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajjah Majimor Bt Shariff 10: 00 pagi : Keberangkatan tiba D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan D.Y.M.M. Tuanku Tengku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid 10: 10 pagi : D.Y.M.M.Tuanku Canselor dan D.Y.M.M. Tuanku Raja Perempuan Perlis Berangkat masuk ke Grand Ballroom : Lagu Negaraku : Menara Ilmu & Video Transformasi : Bacaan Doa : Ucapan oleh Naib Canselor : Titah Ucapan oleh D.Y.M.M. Tuanku Canselor : Persembahan Lagu Tema Konsep MASS 2011 “Senada” : Penyampaian Anugerah Pendidik Sanjungan : Penyampaian Anugerah Sanjungan Industri : Penyampaian Anugerah Khidmat Masyarakat : Persembahan Lagu Tema Anugerah Sanggar Sanjung “USM Di Sanjung Perkasa” : Tayangan Multimedia Pemenang : Penyampaian Anugerah Sanggar Sanjung Kategori Kreativiti Kategori Kualiti Kategori Penerbitan Buku Kategori Penerbitan Jurnal Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa Kategori Paten Kategori Tokoh 12.15 tgh : Hidangan disaji 2.00 ptg : D.Y.M.M. Tuanku Canselor dan D.Y.M.M Tuanku Raja Perempuan Perlis bersama-sama T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Meninggalkan Majlis Bersama-sama Para Kenamaan : Majlis Bersurai ix Pengenalan Anugerah Sanggar Sanjung merupakan satu pengiktirafan yang dianugerahkan oleh USM kepada kakitangan akademik dan pengurusan dan profesional untuk menghargai semangat kreatif dan inovatif serta memberi ganjaran atas kerja keras dan dedikasi mereka. Bermula

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    167 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us