Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 57 Isnin 18 November 2019 K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Ahli Baru (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.26 (Halaman 34) Maksud B.46 (Halaman 150) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 33) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.26 (Halaman 34) Maksud P.46 (Halaman 150) DR.18.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 18 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] MENGANGKAT SUMPAH Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah: - Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA MENGALU-ALUKAN AHLI BARU Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai [Tepuk].... yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng yang telah memenangi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai [Tepuk]... pada Sabtu, 16 November 2019 lalu. Dewan rakyat ini mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam menentukan undang- undang negara dengan bertujuan memberikan manfaat terbesar kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia mempunyai wibawanya sendiri dan melengkapkan cabang-cabang pemerintahan yang lain. Justeru peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan yang bebas mesti dihayati sebaiknya. Saya yakin Ahli Yang Berhormat akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat ini dengan terhormat seperti yang dituntut keluhuran institusi ini. Oleh yang demikian, saya berharap semoga Ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah pada Dewan ini serta seterusnya kepada negara. Semoga Ahli Yang Berhormat dapat berkhidmat dengan cemerlangnya. Tahniah sekali lagi. [Tepuk] DR.18.11.2019 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah akta dan SOP yang membenarkan polis menyemak telefon bimbit orang awam pada bila-bila masa dan atas apa asas munasabah (reasonable ground) tentang anggapan jenayah berlaku yang menjustifikasikan semakan telefon tersebut dibuat. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Mohd Azis bin Jamman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pihak PDRM menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia Tahun 1998, Akta 588 bagi memeriksa telefon bimbit seseorang semasa menjalankan siasatan dan semasa melaksanakan tugas menjaga ketenteraman awam. Menerusi seksyen ini adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi bagi tujuan seperti menghantar komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain. Melalui seksyen ini, mana-mana pegawai polis boleh mengambil tindakan dengan menyemak apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian termasuklah telefon bimbit milik orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen ini. Selain itu, mana- mana pegawai polis juga boleh mengambil tindakan bagi maksud pemeriksaan apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian termasuklah telefon bimbit mengikut peruntukan Seksyen 103, 104 dan 106, Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 – di bawah 12 – Tindakan Pencegahan Oleh Polis. Terima kasih. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang kita dimaklumkan bahawa ada beberapa akta membenarkan polis membuat semakan tersebut. Akan tetapi dalam kuasa yang diberi itu merangkumi juga ground maksudnya, kena ada syak yang ada munasabah tetapi kita nampak ada beberapa aduan di mana polis boleh siasat tanpa memaklumkan apa yang mereka syak ataupun kesalahan dan juga tutup untuk identiti mereka. ■1010 Maka, dalam kes begini saya hendak tanya sekiranya ada kes di mana anggota polis apabila melaksanakan tugas tersebut tidak mengikut kaedah ataupun SOP, adakah kes-kes tersebut boleh dibawa bukan sahaja di bawah JIPS tetapi kepada IPCMC yang bakal diwujudkan nanti? Datuk Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan Yang Berhormat tadi. Sebenarnya, even sekarang jika ada pelanggaran SOP yang dilakukan oleh pihak polis dalam melakukan sesuatu siasatan, orang ramai sebenarnya boleh membuat laporan ini ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, pentingnya kepada orang ramai untuk faham dari segi hak mereka. Saya tahu ada isu-isu yang DR.18.11.2019 3 telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai laporan kononnya pihak polis menggunakan kuasa ini untuk menyemak secara rambang dan tidak mengikut peraturan yang sedia ada. Akan tetapi, sebagaimana saya sebutkan tadi, orang ramai kena tahu hak mereka, kena minta identiti pegawai ini untuk sebagai rekod mereka. Kemudian jika mereka merasakan bahawa polis ini telah melanggar SOP yang ada, mereka boleh membuat report di mana-mana balai polis yang berdekatan. Jika mereka juga merasakan bahawa di balai polis berdekatan itu mereka tidak mempunyai keyakinan, mereka sebenarnya boleh juga ke balai polis yang lain termasuklah ke Bukit Aman untuk membuat laporan. Berkenaan dengan soalan jika ianya boleh dibawa ke IPCMC, sebenarnya ya memang boleh. Akan tetapi, setakat ini IPCMC masih belum wujud. Oleh yang demikian, orang ramai boleh lah membuat aduan ke Jabatan Integriti. Terima kasih. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen baharu, Ahli Parlimen Tanjong Piai. [Tepuk] Tahniah dan syabas. Majoriti 15,000, sahaja hendak beritahu. Apakah perkembangan cadangan untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada anggota polis bagi menggelakkan berlakunya penyelewengan serta memastikan setiap tugas dilaksanakan dengan telus. Sejauh manakah penggunaan berupaya untuk menjustifikasikan tindakan anggota polis tersebut sekiranya berlaku sebarang masalah misalnya pemeriksaan telefon bimbit orang awam bagi tujuan siasatan. Datuk Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Sebagaimana telah disebutkan dalam bajet ada diumumkan bahawa pegawai polis akan dibekalkan dengan kamera ini. Ini merupakan di antara penambahbaikan dari segi operasi yang dijalankan oleh pihak polis. Of course dari segi kajian itu pihak kementerian dan juga PDRM, kita tengah melihat beberapa perkara khususnya mengenai kamera ini dan kita tengah melihatlah mana teknologi yang baik yang boleh digunakan oleh pihak polis. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tanjong Piai dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi Tanjong Piai kerana memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional. [Tepuk] Soalan saya, phone bugging ini ataupun pemantauan telefon ini. Selain daripada terhadap penjenayah, pemantauan terhadap penjenayah, adakah pemantauan juga ataupun bugging ini dilakukan juga terhadap ahli-ahli politik terutamanya yang berkaitan ahli-ahli politik parti pembangkang ini? Jadi, saya hendak tahu setakat hari ini berapa banyak telefon tapping ataupun bugging ini telah pun dilaksanakan terhadap ahli-ahli politik yang membangkang kerajaan? Datuk Mohd Azis bin Jamman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan ini sebenarnya Yang Berhormat pernah menjadi kerajaan. So, maknanya Ahli Yang DR.18.11.2019 4 Berhormat mungkin tahu. Akan tetapi untuk hari ini, apa yang saya tahu ahli politik kita tidak buat tapping. Ini yang saya tahu. [Ketawa] Walau bagaimanapun, jika ada isu keselamatan yang dilaporkan kepada kita melibatkan mana-mana pihak, saya yakin dan percaya pihak PDRM akan menggunakan setiap elemen yang mereka ada untuk memastikan agar siasatan dapat dilakukan. Dia tidak mengenal sama ada orang itu ahli politik, ahli perniagaan atau siapa-siapa sahaja yang dirasakan mempunyai kebarangkalian untuk melakukan perkara-perkara yang menyentuh tentang isu keselamatan, saya yakin dan percaya pihak PDRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam muafakat nasional. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Boleh? Boleh Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Boleh tetapi ringkaslah. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Dari Rantau ke Tanjong Piai, Padah berkempen menabur janji, PH tumbang hancur berderai, Soalan dua mohon jawapan Menteri. 2. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) sejauh manakah kementerian telah dan akan memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen Pembangkang untuk memasuki kampus dan juga sekolah bagi mengadakan dan memenuhi undangan program; dan (b) rasional langkah kerajaan menggabungkan universiti awam. Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab soalan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages213 Page
-
File Size-