Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis 24 Januari 2020 Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.176 Kimanis 1. Pengenalan Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis dijalankan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang telah membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas kerana mendapati terdapat kertas undi tambahan yang menjejaskan keputusan pilihan raya. Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diwakili oleh Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Datuk Mohamad Alamin. BERSIH 2.0 telah menghantar 5 orang sebagai pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada urusetia dan sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRK kali ini. BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi: 1) Penamaan calon 2) Kempen pilihan raya 3) Pengundian awal 4) Pengundian dan pengiraan undi biasa 5) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh PRK termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi. BERSIH 2.0 telah merekodkan 25 kesalahan berkaitan salah laku dan kesalahan pilihan raya. Berikut adalah pecahan kesalahan dan salah laku berdasarkan kategori serta pihak yang terlibat: Kategori salah laku dan Barisan Nasional Parti Warisan Total kesalahan pilihan raya (BN) Sabah (Warisan) / Pakatan Harapan(PH) Rasuah dan beli undi - - - Penggunaan sumber dan - 8 8 aset kerajaan Mengembangkan - - - perasaan jahat dan permusuhan Penjamuan - 3 3 Kesalahan pada hari 6 8 14 mengundi Total 8 19 25 2. Penamaan Calon Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort. SPR telah membenarkan maksimum 100 penyokong setiap calon yang bertanding dengan menyediakan empat khemah kepada para penyokong di perkarangan Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir. Pengasingan penyokong calon di luar dewan penamaan terlalu dekat menyebabkan ada sedikit ketegangan antara penyokong Warisan dan BN. Namun keadaan terkawal apabila Ketua Menteri Sabah, DSP Shafie Apdal datang mengarahkan agar penyokong beliau untuk bertenang dan membawa mereka bergerak ke belakang bagi menjarakkan diri daripada penyokong SR. Jeritan dan laungan provokatif oleh kedua-dua pihak yang bertanding dapat didengari semasa proses penamaan calon berjalan. Antaranya adalah “Pakatan Hancing”, “Ini semua salah Najib” dan “Tolak Najib”. Namun secara keseluruhannya, proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. 3. Kempen Pilihan Raya BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya. Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya telah didokumentasikan. BERSIH 2.0 telah mencatatkan 16 salah laku dan kesalahan pilihan raya yang telah dilakukan oleh Warisan, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sepanjang tempoh pilihan raya. 3.1 Salah guna aset dan sumber kerajaan Kesalahan salah guna aset dan sumber kerajaan adalah apabila parti kerajaan mengumumkan sesuatu peruntukan pembangunan secara khusus untuk kawasan pilihan raya yang sedang dipertandingkan. Pilihan raya perlu berdiri di atas prinsip bersih dan adil bagi menyediakan padang yang sama rata kepada semua pihak untuk bertanding serta memastikan rakyat dapat menilai tanpa pengaruh yang tidak wajar. Penggunaan sumber kerajaan semasa pilihan raya adalah satu penyalahgunaan kerana sumber kerajaan sewajarnya digunakan bagi manfaat semua rakyat dan bukan untuk kepentingan parti yang sedang memerintah bagi mendapatkan undi. Untuk PRK Kimanis ini, sebanyak RM12.845 juta nilai projek pembangunan telah diumumkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. 1. Pada 3 Januari 2020, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Junz Wong dan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian, YB Chong Chen Bin (Ben Chong) telah memberikan bantuan kepada pesawah padi yang terjejas akibat banjir dan kepada nelayan yang terjejas disebabkan cuaca yang tidak baik di Kampung Binsuluk. Gambar:Tangkap layar Facebook Setiausaha Politik Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah 2. Pada 3 Januari 2020, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk membaiki jalan ke Surau Pantai Sri Gading di Membakut.1 Gambar: Pengumuman oleh Datuk Ewon Benedick dan Datuk Ismaily Bungsu, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah 1 https://www.utusanborneo.com.my/2020/01/05/kplb-sabah-peruntuk-rm100000-naik-taraf-jalan- surau-kg-pantai-sri-gading 3. Pada 5 Januari 2020, Datuk Ewon Benedick mengumumkan RM3 juta untuk menaiktaraf infrastruktur asas di 10 buah kampung dan kampung pertama yang dipilih sebagai Kampung Sejahtera adalah Kampung Tiong Baru Membakut. Bekalan eletrik dan air di kampung tersebut akan dinaiktaraf dalam program tersebut. Ewon juga mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menaiktaraf jalan ke gereja dan Dewan Kg. Tiong Baru serta membina perhentian bas. Beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk kegunaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tiong Baru Membakut menjalankan kerja- kerja pentadbiran kampung.2 4. Pada 5 Januari 2020, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony mengumumkan peruntukan untuk membaiki dua jambatan baru iaitu Jambatan Binsulok dan Jambatan Baitam berjumlah RM6 juta setiap satu. Beliau juga meluluskan projek menaiktaraf jalan raya di Bukit Manggis, Bongawan yang dijangkakan bernilai RM156 juta dan memberi manfaat kepada 11 buah kampung.3 Gambar:Tangkap layar Facebook Datuk Peter Anthony 5. Pada 5 Januari 2020, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub telah mengumumkan peruntukkan sejumlah RM3.59 juta yang termasuk RM90,000 untuk baik pulih 2 https://www.theborneopost.com/2020/01/05/rm3-mln-to-upgrade-basic-facilities-in-10-villages/ 3 http://www.dailyexpress.com.my/news/145887/50pc-of-all-roads-to-be-upgraded-peter/ jeti Kampung Biau Bongawan, RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih jeti dan bangsal nelayan dan RM3 juta untuk Persatuan Nelayan Kawasan Papar.4 Gambar: Penyampaian cek membaik pulih jeti Kampung Biau dan Jeti Bangsal di Bongawan 6. Pada 7 Januari 2020, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membuka kilang memproses gas di Kimanis semasa pelancaran Karnival Kerjaya Kimanis 2020.5 7. Pada 12 Januari 2020, Menteri Pelancongan, Datuk Muhammadin Ketapi mengumumkan peruntukan pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan II semasa merasmikan Jelajah Cuti-Cuti Malaysia sempenan Tahun Melawat Malaysia 2020 di sekolah tersebut.6 8. Pada 11 Januari 2020, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal mengumumkan bahawa Kimanis akan memiliki pejabat daerah sendiri bagi memudahkan penduduk di Kimanis berurusan. Sebelum ini mereka terpaksa merujuk dua pejabat daerah iaitu di Papar atau Beaufort.7 4 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/05/nelayan-kimanis-peroleh-rm500000- baiki-jeti-pendaratan-ikan/ 5 https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/20045-kerajaan-negeri-sabah-bercadang-wujudkan-kilang- proses-gas-di-kawasan-kimanis, https://www.youtube.com/watch?v=znlgqfcaFug 6 https://www.malaysiakini.com/news/506805 7 http://www.astroawani.com/berita-politik/shafie-apdal-umum-kimanis-bakal-miliki-pejabat-daerah-sendiri- 227806 3.2 Penjamuan 1. Pada 13 Januari 2020, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Antony membuat ceramah dengan ada penjamuan makanan di Pusat Daerah Mengundi(PDM) Gadong Gambar: Penjamuan makanan semasa ceramah Datuk Peter Anthony di Gadong Gambar: Datuk Peter Anthony bersalaman dengan pengundi di Gadong 2. Pada 7 Januari 2020, Warisan telah menyediakan jamuan secara buffet di ceramah Warisan dalam PDM Mawao. Gambar: Ceramah di PDM Mawao 3. Pada 13 Januari 2020, Warisan telah menyediakan jamuan buffet di Konsert Warisan di Bongawan Plaza. Gambar: Konsert Anak Muda Kimanis anjuran Pemuda Parti Warisan dan Pakatan Harapan Gambar: Hidangan buffet untuk penonton semasa konsert 4. Undi Awal Pemerhati BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi pengundian awal di Balai Polis Membakut. Hanya sembilan(9) orang pegawai polis yang berdaftar sebagai pengundi awal, namun hanya seorang yang tidak datang membuang undi kerana kami dimaklumkan bahawa pengundi tersebut telah diberhentikan kerja kerana masalah disiplin. Proses pengundian berjalan dengan lancar dan teratur dan semua pengundi awal menerima kad pengundi(voters card) sebelum hari undi awal. Gambar: Pegawai Polis yang terlibat dalam undi awal 5. Semakan Peti Undi Pemerhati BERSIH 2.0 juga telah terlibat untuk memerhati proses semakan peti undi sehari sebelum hari pengundian. Proses semakan peti undi tersebut telah dijalankan di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort. Proses semakan peti undi berjalan dengan tidak berapa teratur dan sistematik walaupun akhirnya semua semakan berjaya dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi(KTM) dan Kerani Pengundian dengan bantuan oleh pegawai daripada SPR. Namun sekiranya keadaan ini berlaku pada Pilihan Raya Umum, mungkin lebih banyak kekeliruan dan kesalahan yang akan muncul. Cadangan daripada pihak kami adalah supaya taklimat kepada KTM dan Kerani dibuat berasingan oleh Pegawai Pengurus agar arahan yang disampaikan itu tepat dan cepat. Selain itu, 4 item yang sangat

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    17 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us