Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama

Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 9 Isnin 8 Julai 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) USUL-USUL: Menarik Balik Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) (Halaman 28) DR 8.7.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 8 Julai 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat ] USUL MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 10.04 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik (DR1/2013) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, (DR3/2013) Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan (DR2/2013) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang dijadualkan di nombor dua, tiga dan empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Baiklah. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah mekanisme "Fuel Cost Pass-Through" akan dilaksanakan oleh TNB dalam usaha mencerminkan keadaan sebenar kos bahan api. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Seri Mahdzir Khalid]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Simpang Renggam dan juga untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa soalan Yang Berhormat Simpang Renggam ialah bilakah mekanisme Fuel Cost Pass- Through, dengan izin, akan dilaksanakan oleh TNB dalam usaha mencerminkan keadaan sebenar DR 8.7.2013 2 kos bahan api. Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Tenaga sedang dalam proses melaksanakan penetapan kadar tarif elektrik berdasarkan incentive based regulation (IBR), dengan izin, atau kawal selia berdasarkan insentif. IBR merupakan salah satu daripada pendekatan yang diguna pakai untuk menggalakkan utiliti untuk beroperasi dengan lebih cekap menerusi pemberian insentif dan kenaan penalti sekiranya gagal mencapai target prestasi yang ditetapkan dan seterusnya diharap akan menurunkan kos operasi syarikat. Mekanisme pelepasan kos bahan api, Fuel Cost Pass-Through, dengan izin, merupakan salah satu komponen di bawah IBR dan ianya dijangka mula dilaksanakan pada tahun 2014. Melalui penggunaan mekanisme ini, sebarang perubahan harga barang api akan disalurkan terus kepada pengguna. Sekiranya berlaku penurunan harga bahan api, pihak utiliti akan memulangkan sebarang penjimatan kos bahan api kepada pengguna melalui penurunan harga tarif. Dalam melaksanakan prinsip mekanisme ini, kerajaan juga akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa negara dan prestasi kewangan utiliti supaya pada akhirnya tidak akan membebankan golongan rakyat. Terima kasih. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, kita lihat negara-negara di rantau Asia ini juga banyak menggunakan mekanisme-mekanisme Fuel Cost Pass-Through . Adakah kita juga punya sama dengan mereka dan saya tak tahu dan juga kita lihat bil elektrik kita setiap kali ada jelas menyatakan subsidi yang dibayar oleh kerajaan. Saya juga difahamkan kos minyak IPP ini kalau meningkat lebih daripada satu nilai, ia akan ditanggung oleh TNB. Adakah ia benar dan apakah nilai itu. Sekian, terima kasih. Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan tambahan dari Yang Berhormat Simpang Renggam, bila disebut mengenai dengan Fuel Cost Pass-Through kepada pengguna, kerajaan telah mengambil kira beberapa faktor yang ada kaitan dengan kehidupan dan ekonomi masyarakat. ■1010 Jadi dalam kes ini, yang pertamanya kerajaan telah memberi pengecualian kepada pengguna domestik yang penggunaan elektriknya tidak melebihi 200 kilowatt sebulan dengan harga yang telah ditetapkan iaitu 21.8 sen bagi satu kilowatt per hour sejak tahun 1997 sehinggalah sekarang ini tidak pernah berubah. Satu lagi yang diluluskan oleh kerajaan ialah penggunaan bil elektrik yang bilnya tidak sampai RM20, yang itu diberi secara percuma. Jadi dalam hal ini kerajaan mengambil kira kedua-dua kumpulan sasaran ini dan satu lagi yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Renggam iaitu yang berkaitan dengan kos minyak IPP yang meningkat lebih daripada satu nilai. Sememangnya kos bahan api adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada segi kenaikannya sebab di Semenanjung, kita menggunakan arang batu, gas dan juga sedikit daripada power hydro. DR 8.7.2013 3 Jadi sebarang kos bahan api akan ditanggung oleh pihak TNB secara pass through cost. Harga bahan api pada masa ini untuk gas adalah ditetapkan oleh kerajaan manakala harga bahan api untuk arang batu dan diesel adalah pada harga pasaran semasa. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: [Bangun] Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar]: [Bangun] Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Rantau Panjang. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, elektrik adalah satu keperluan asas kehidupan rakyat. Kita lihat hari ini di antara punca beban rakyat ialah apabila meningkatnya kos elektrik punca daripada bacaan meter dua bulan sekali. Jadi kenapa perkara ini dilaksanakan sehingga menyebabkan pengguna-pengguna terpaksa menanggung kos berganda. Begitu juga saya ingin tahu berapa kos subsidi yang telah diberi oleh kerajaan kepada IPP setiap tahun. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri. Dato’ Seri Mahdzir Khalid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi yang pertamanya menjawab soalan mengenai dengan bil dua bulan sekali. Saya tak pasti Yang Berhormat Rantau Panjang mengenai dengan bil yang telah ditetapkan bacaannya pada dua bulan sekali. Akan tetapi seperti yang saya nyatakan tadi bahawa bagi masyarakat di kampung ataupun di luar bandar yang bacaan bilnya yang tidak melebihi daripada 200 kilowatt, itu telah ditetapkan dengan harga 21.08 sen. Jadi, dia tidak ada kenaikan daripada tahun 1997. Kalau ada kenaikan, itu yang melebihi daripada 200 kilowatt per hour ini, harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah pada 33 sen. Jadi yang 200 kilowatt ke bawah ini 21.08 sen dan seperti yang saya nyatakan tadi bagi yang bil di bawah RM20 memang tak kena bayar. Untuk jawapan kepada soalan mengenai dengan kerajaan membayar kepada IPP, sebenarnya tidak ada pembayaran subsidi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih. 2. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada peruntukan hampir RM27 juta untuk tempat pelupusan sampah Sungai Wangi, Manjung, Perak hanya untuk membina satu menara sampah atau masih ada kerja-kerja lain yang belum dibuat dan apakah langkah-langkah lain diambil untuk mengatasi masalah baki sampah di tempat pelupusan tersebut. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Abd. Rahman Dahlan]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim . Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Beruas, tapak pelupusan sedia ada di Sungai Wangi, Manjung, Perak adalah tapak bertaraf dump site dengan izin milik Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang telah DR 8.7.2013 4 beroperasi sejak 1985 dan selaras dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh daripada 2011 dan 2015 untuk menyediakan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan sebanyak RM26.1 juta untuk membantu Majlis Perbandaran Manjung mengubah atau transform dengan izin kepada tapak pelupusan tahap tiga iaitu tapak pelupusan sanitari dengan peredaran semula larut resapan bagi menangani masalah alam sekitar dan kesihatan awam akibat pencemaran udara, bau dan terutamanya air larut resap ataupun licin. Selain itu, tapak pelupusan sanitari ini juga akan menyumbang kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan 40% daripada green house gasses (GSG), dengan izin menjelang tahun 2020 dan bukanlah untuk membina menara sampah seperti dakwaan Ahli Yang Berhormat. Projek naik taraf tapak pelupusan Sungai Wangi akan dapat mengatasi isu pencemaran alam sekitar. Ini kerana tahap effluent reka bentuknya mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar di samping kaedah waste tipping yang lebih sistematik mengikut prosedur standard operasi ataupun SOP yang ditetapkan. Tapak ini juga akan dilengkapi dengan perkara-perkara berikut; (i) Pembinaan jalan keluar masuk ke tapak dan dalam kawasan operasi tapak pelupusan, (ii) Pembinaan kolam takungan sedimentasi sementara, (iii) Pembinaan sistem perparitan bagi menghalang air permukaan masuk ke dalam sel dan; (iv) Menutup selamat kawasan sisa pepejal sedia ada dengan membentuk semula

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    199 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us