Astroawani[19November2019]Peralihan Kuasa Akan Berlaku Bila

Astroawani[19November2019]Peralihan Kuasa Akan Berlaku Bila

Peralihan kuasa akan berlaku bila tiba masanya - Tun Mahathir AstroAwani 19 November 2019 Khairunnisa Kasnoon, SEPANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbirannya akan bertukar apabila tiba masa yang sesuai. "Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini, sama ada bersedia untuk beralih pentadbiran atau tidak. Bila sampai masanya kita tentukan," ujarnya. Dr Mahathir menjawab dakwaan punca kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini disebabkan tiada garis masa yang jelas mengenai peralihan kuasa. Malah, beliau juga menerima tuduhan dari pihak tertentu yang menyalahkannya kerana kekalahan tersebut. "Mungkin saya salah, mana saya boleh tau," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick pada Selasa. PRK Tanjung Piai 16 November lepas, menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang besar dengan majoriti 15,086 undi. Jeck Seng memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi mengatasi lima pencabarnya yang lain. Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, mendapat 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam dengan 1,707 undi. Susulan keputusan PRK Tanjung Piai itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mendakwa ia adalah referendum terhadap kerajaan pimpinan Dr Mahathir. Beberapa Ahli Parlimen PH turut dilaporkan mendesak perubahan dalam kepemimpinan pakatan itu. Ia termasuk Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dilaporkan berkata, Dr Mahathir harus mencontohi David Cameron, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2016, kerana gagal menghalang United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah (EU). Pada Isnin, Dr Mahathir berkata, PH akan membuat 'post mortem' yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat parti bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan pada PRK Tanjung Piai. Katanya, beliau menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih arah ke pihak lawan. © 2019 AstroAwani Network Sdn. Bhd. (535275-D) All Rights Reserved. Source: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peralihan-kuasa-akan-berlaku- bila-tiba-masanya-tun-mahathir-223092 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    3 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us