SIARAN MEDIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA Merujuk artikel dalam portal Malaysiakini bertarikh 7 Januari 2021 bertajuk, “PN using weapon called 'Wee' to victimise Penangites - Guan Eng” (PN jadikan ‘Wee’ sebagai senjata untuk memangsakan rakyat Pulau Pinang – Guan Eng), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin membetulkan tanggapan salah yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng dan juga YB Lim Hui Ying berhubung beberapa perkara berkaitan projek berskala besar di Pulau Pinang yang berada di bawah bidang kuasa MOT. Dalam sidang media YB Guan Eng di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau mendakwa tiga daripada empat projek infrastruktur di Pulau Pinang telah dibatalkan, yang disifatkan beliau sebagai bentuk "pembalasan politik" terhadap negeri tersebut. Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Berikut adalah penjelasannya : 1. Perkhidmatan feri Rapid Pulau Pinang Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak dibatalkan, sebaliknya ia ditambahbaik mengikut arus pemodenan, memberikan lebih keselesaan, mempercepatkan perjalanan, mengutamakan aspek keselamatan penumpang, keupayaan dalam penyelenggaraan dan lebih berdaya maju untuk jangka masa panjang. Ini juga bagi menambahbaik kelemahan feri lama yang sering rosak dengan purata sebulan sekali. Oleh kerana RM30 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membeli bas air yang baharu dan pengangkut kenderaan untuk perkhidmatan tersebut, Prasarana Malaysia Bhd telah menyewa dua buah feri laju untuk digunakan sementara waktu sehingga feri baharu mula beroperasi dalam tempoh jangka masa 18 bulan. Fasa pemodenan bermula dengan tiga buah bas air (khusus membawa penumpang) mulai 1 Januari 2021, manakala dua kenderaan pengangkut yang membawa kenderaan dua roda seperti motosikal dan basikal pula akan beroperasi pada tahun 2022. Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mempercepatkan proses mendapatkan bas air yang baharu ini daripada pembekal sebelum ianya dapat memulakan operasi sepenuhnya. Bagi memelihara warisan dan budaya Pulau Pinang yang ikonik ini, beberapa cadangan pelbagai pihak termasuk daripada YB Lim Hui Ying pada 17 Disember 2020 lalu akan dipertimbangkan. Antara yang dicadangkan ialah seperti menjadikan feri lama sebagai restoran terapung, muzium ataupun dijadikan sebagai pelayaran pelancongan 2. Tambahbaik dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) Pada 12 November 2020 di Parlimen, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong telah menjawab pertanyaan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow mengenai status pembesaran PIA dan YB Menteri telah mengatakan bahawa projek yang dicadangkan itu belum dibatalkan. Walau bagaimanapun, keputusan terhadap projek yang dicadangkan tersebut akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambilkira permintaan penumpang di seluruh dunia dan keadaan ekonomi akibat pandemik COVID- 19. Memandangkan kurang permintaan penumpang, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang disarankan supaya menumpukan kepada beberapa perkara utama terlebih dahulu seperti melakukan proses pengambil-alihan tanah bagi projek pembesaran PIA ini. Sebelum ini, YB Menteri Pengangkutan juga telah berbincang bersama YAB Ketua Menteri pada 27 Ogos 2020 dan menyedari bahawa pandemik COVID- 19 telah memberi kesan besar kepada industri penerbangan termasuk keupayaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi membiayai projek naiktaraf dan pembesaran PIA seperti yang dicadangkan. Pada 28 Jun 2020, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) melaporkan bahawa jumlah permintaan penumpang penerbangan peringkat global telah menurun secara mendadak sehingga 55% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Manakala penurunan jumlah penumpang untuk PIA pula lebih teruk iaitu sehingga 78%, daripada 8.256 juta pada tahun 2019 kepada 1.816 juta pada tahun 2020. Biarpun jumlah penumpang dijangka meningkat pada tahun 2021, namun IATA menjangkakan ia hanya melibatkan sekitar 30% daripada kapasiti dan situasi ini tidak akan pulih sepenuhnya sehingga tahun 2024 susulan ancaman pandemik yang berterusan. Angka-angka yang memberi kesan drastik terhadap industri pelancongan ini memerlukan penelitian secara menyeluruh di lapangan terbang-lapangan terbang seluruh negara demi memastikan kelangsungan dan kelestarian industri. 3. Transit Aliran Ringan dari Bayan Lepas ke Komtar (BLLRT) MOT tidak membatalkan projek BLLRT dari Komtar-Bayan Lepas seperti yang didakwa. Sebaliknya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menyerahkan kelulusan akhir Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk diluluskan oleh Menteri bagi kelulusan di bawah sub-seksyen 84 (6) Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010). MOT sebelum ini telah memberikan persetujuan bersyarat untuk skim keretapi BLLRT tertakluk kepada persetujuan akhir SIA dan EIA. Pada 10 November lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diberitahu bahawa skim kereta api terakhir masih belum dapat dipersetujui tanpa persetujuan SIA dan EIA yang diperlukan untuk keseluruhan jajaran yang dicadangkan. Menurut undang- undang, MOT tidak dapat memberikan persetujuan separa bagi bahagian tertentu yang terpisah dari penjajaran yang dicadangkan. Kedua-dua persetujuan EIA dan SIA adalah perlu kerana penjajaran BLLRT yang dicadangkan akan memerlukan penambakan tanah (Penang South Reclamation) dan akan mempengaruhi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada masa akan datang. Kementerian berharap pemimpin politik dapat menahan diri daripada menyebarkan cerita fiksyen hanya demi kepentingan politik mereka dan perlulah sentiasa memberikan fakta sebenar kepada rakyat. Kementerian akan terus menerima baik segala pendapat dan saranan daripada semua Kerajaan Negeri berhubung pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur pengangkutan awam demi kesinambungan, keselesaan serta keselamatan semua penumpang. In regard to a Malaysiakini article on 7 January 2021 titled “PN using weapon called 'Wee' to victimise Penangites - Guan Eng” , the Ministry of Transport wishes to address the misconceptions and falsehoods that YB Lim Guan Eng and YB Lim Hui Ying have raised to paint a cynical and incorrect perception of several large-scale Penang projects in question under the MOT’s purview. During a recent press conference in Penang, YB Lim has falsely claimed that three out of four projects in Penang had been canceled as a form of “political vengeance” against the state. This is patently untrue as will be explained in the following: 1. Penang Rapid ferry services As reiterated several times over the past few months, the Penang ferry service has been restructured in a modernisation drive, not canceled, in the name of comfort, travel speed, passenger safety, sustainability in maintenance, and long-term viability. This is to reduce inconvenience to the users of the old ferries, which were prone to breakdowns on an average of once a month. As RM30 million had been allocated by the Federal Government to purchase new water buses and vehicle transporters for the service, an interim complement of two fast ferries will be leased from Prasarana Malaysian Bhd until the new vessels can be brought into service within 18 months. The modernisation phase will begin with introducing three (passenger-only) water buses from 1 January 2021, to be followed by two vehicle transporters that will carry only two-wheeled motorised vehicles (i.e. motorcycles), and bicycles only, to be received in 2022. The service provider Penang Port Sdn Bhd will expedite the introduction of these new vessels as soon as they are deemed sea-worthy by the supplier. To preserve and honour the previous ferries as a slice of Penang’s culture and heritage, proposals will be sought to convert them into floating restaurants, museums and/or tourist cruises based on suggestions by various parties, including by YB Senator Lim Hui Ying in Dewan Negara on 17 December 2020. 2. Penang International Airport (PIA) upgrade and expansion On 12 November 2020, Minister of Transport Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, had answered in an oral reply in Parliament to Penang Chief Minister YAB Chow Kon Yeow with regard to the upgrade and expansion of the PIA, that the proposed project has not been canceled. However, a review of the proposed project will be discussed in consideration of the macro-economic situation given the continuing impact of the COVID- 19 pandemic on worldwide aviation passenger demand. During this time of low demand, it was recommended to the Penang State Government to first resolve several issues related to land acquisition that will enable the PIA expansion in the future. Prior to this, YB Minister of Transport had also held a discussion with YAB Chief Minister on 27 August 2020 to inform that the wide-ranging effects of the COVID-19 pandemic had adversely affected the aviation industry and in turn, the Malaysia Airports Holdings Bhd’s (MAHB) capability to finance the PIA’s proposed upgrade and expansion. The reality is that the International Air Transport Association (IATA) on 28 June 2020 had reported global flights numbers dropping 55% in 2020 compared to 2019. The drop in passenger volume for PIA is worse at 78% reduction, from 8.256 million in 2019 to 1.816 million in 2020. Although passenger traffic is expected to recover nominally in 2021, IATA continues to expect that passenger traffic will remain at some 30% of capacity and will not recover completely until 2024 due to the lingering pandemic. These numbers
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages6 Page
-
File Size-