Download Soalan-34.Pdf

Download Soalan-34.Pdf

NO SOALAN :34 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA : Y.B. TUAN FONG KUI LUN (BUKIT BINTANG) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 20.11.2017 Y.B. TUAN FONG KUI LUN [ BUKIT BINTANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan projek pembangunan Bandar Malaysia di atas tapak bekas Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi termasuk pembiayaan projek dan program pembinaannya. JAWAPAN Tuan yang Dipertua, Kemajuan Projek Penempatan Semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) yang terkini untuk tapak-tapak terlibat adalah di antara 85% hingga 96%. Sebahagian tasiliti telah pun siap dan telah diserahkan pada Jun 2015. Manakala, tiga lagi tasiliti telah siap secara fizikal dan sedang dalam proses penyerahan kepada pengguna akhir. Secara keseluruhannya, projek pemindahan PUKL dijangka akan dilakukan secara berperingkat bermula pada Disember 2017 Tuan yang Dipertua, Pihak Kerajaan Malaysia hanya bertanggungjawab ke atas sebahagian daripada kos keseluruhan Projek Penempatan Semula PUKL, iaitu sebanyak RM l.l bilion, manakala yang selebihnya ditanggung oleh 1MDB. Sehingga kini, Kerajaan telah pun membayar sepenuhnya berdasarkan kemajuan projek. Justeru itu, tiada bayaran tertunggak antara 1MDB dan Kerajaan. MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN : JAWAB LISAN D A R IP A D A : DATUK ABD RAHIM BAKRI [KUDAT] TARIKH 20 NOVEMBER 2017 (ISNIN) SOALAN : 35 minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN W IL A Y A H menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf dan mengaspal jalan Mangkubau Laut dan Jalan Telaga dalam Daerah Pitas yang merupakan jalan ramai pengguna luar bandar dan mendapat rungutan paling banyak sekali. JAW APAN : Tuan Yang Di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Menaiktarat Jalan Mangkubau Laut, Pitas telah disenaraikan dalam permohonan pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar di bawah RMKe-11, Rolling Plan 3 Tahun 2018. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Manakala bagi cadangan Menaiktaraf Jalan Telaga, Pitas, Sabah, projek ini juga telah tersenarai dalam senarai keutamaan kerajaan negeri dan Kementerian ini akan mengangkat permohonan semula untuk pelaksanaan pada Rolling Plan akan datang. Pelaksanaan projek ini juga adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak UPE, JPM dan kedudukan semasa kewangan kerajaan..

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    4 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us