DR MAHATHIR SAMPAI DARJAH DMN KEPADA SULTAN TERENGGANU (Bernama 25/02/1999)

DR MAHATHIR SAMPAI DARJAH DMN KEPADA SULTAN TERENGGANU (Bernama 25/02/1999)

25 FEB 1999 Pertabalan DR MAHATHIR SAMPAI DARJAH DMN KEPADA SULTAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Terengganu ke-16, pada 27 Feb ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Syed Ahmad Syed Kasim berkata majlis penyampaian anugerah tersebut akan berlangsung di Istana Badariah di sini pada pukul 12.30 tengahari. "Perdana Menteri dijangka tiba di Kuala Terengganu pada pukul 12 tengahari dan mewakili Yang Di-Pertuan Agong untuk menyampaikan darjah itu diikuti dengan majlis makan tengahari sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari yang sama," katanya kepada pemberita semasa taklimat acara pertabalan Sultan Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini. Syed Ahmad berkata selain itu Dr Mahathir dijangka akan hadir sebagai mewakili Yang Di-Pertuan Agong pada Istiadat Pertabalan Sultan pada 4 Mac bermula pukul 2 petang di Istana Maziah dekat sini. Istiadat Pertabalan itu akan dihadiri oleh Raja-raja Melayu, kerabat diraja serta kira-kira 1,500 jemputan. Sultan Mizan Zainal Abidin akan ditabalkan sebagai Sultan Terengganu setelah kemangkatan ayahanda baginda almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 14 Mei tahun lepas. Sambutan Majlis Pertabalan Sultan itu akan berlangsung selama seminggu bermula 27 Feb dengan Istiadat Letak Kerja di Istana Maziah. Baginda dijadual merasmikan Masjid Banggol Tuan Muda di Manir, masjid yang dibina melalui sumbangan peribadi Sultan Mahmud pada 28 Feb, Kompleks Seri Iman yang menempatkan Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Pusat Pentadbiran Islam Negeri di Bukit Besar pada 1 Mac dan Jambatan Tengku Ampuan Bariah di Kuala Ibai pada 2 Mac. Pada hari Istiadat Pertabalan iaitu pada 4 Mac pula, majlis akan dimulai dengan Istiadat Bersiram Tabal di Istana Maziah bermula pukul 7.15 pagi, diikuti Istiadat Pertabalan pukul 2 petang dan disusuli perarakan Di Raja melalui beberapa jalan utama di negeri ini bermula dari Istana Maziah di sini dan berakhir di Istana Badariah di Batu Buruk. Pada sebelah malam hari yang sama diadakan pula majlis berzanji di Istana Maziah. Yang Di-Pertuan Agong dijangka akan menghadiri majlis Jamuan Di Raja pada malam 5 Mac di Istana Maziah, katanya. -- BERNAMA SBS LAT.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us