Siti Zaharah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Siti Zaharah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

09 JAN 1999 Mahathir-Zaharah SITI ZAHARAH DILANTIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bercakap kepada pemberita selepas melawat Jabatan Imigresen di sini pagi ini, Dr Mahathir berkata : "Saya hendak buat satu correction (pembetulan). Semalam saya buat announcement (pengumuman) tak kena (tak betul) iaitu berkenaan dengan Datuk Dr Siti Zaharah. Sebenarnya jawatannya ialah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Timbalan Menteri." Pengumuman rombakan kabinet dibuat semalam oleh Dr Mahathir selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang turut menyaksikan pelantikan Menteri Luar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Antara yang diumumkan oleh belioau ialah pelantikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Tajol Rosli Ghazali sebagai Menteri di JPM. Menteri lain di JPM sekarang ialah Datuk Dr Abdul Hamid Othman dan Senator Datuk Chong Kah Kiat. Dr Siti Zaharah, 49, kini adalah Timbalan Menteri Kesihatan, jawatan yang dipegangnya sejak 1995. Pada pemilihan UMNO pada 1996, beliau mencipta kejutan dengan dipilih menjadi Ketua Pergerakan UMNO pada 1996 setelah menewaskan penyandang Datuk Seri Rafidah Aziz. Anak kelahiran Lanchang di Mentakab, Pahang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di University of New York dan mendapat Ph.D dalam bidang pendidikan dari Cornell University, Amerika Syarikat. Siti Zaharah pernah menjadi pengarah perancang di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum menjawat Timbalan Menteri di JPM pada 1986. Beliau merupakan Anggota Parlimen bagi kawasan Paya Besar. -- BERNAMA AR MAI.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us