MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 24 APRIL 2006, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 25 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1131-L2887 Dato' Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha untuk menarik pelancong- pelancong profesional melalui program rumah keduaku, program pelancong perubatan dan program pelancong pendidikan selain daripada program pelancong konvensional. 2. PR-1131-L3039 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah langkah-langkah segera yang diambil oleh Kementerian untuk menambahkan ataupun memperluaskan kemudahan Pejabat Pos di kawasan yang mempunyai perkembangan ekonomi pesat misalnya di Gelang Patah, Johor. 3. PR-1131-L3918 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini hubungan diplomatik Malaysia dengan Israel. 4. PR-1131-L4048 Datuk Astaman Bin Abdul Aziz [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah terdapat usaha-usaha untuk mengkaji semula Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 bagi memastikan pemaju-pemaju perumahan memberikan pemilikan kosong kepada pemilik rumah hanya setelah Sijil Layak Menduduki diperolehi oleh pemaju tersebut demi menjaga keselamatan dan hak pembeli rumah. 2 AUM DR 24/04/2006 5. PR-1131-L3683 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah Kerajaan berhasrat mewartakan semua Tanah Rancangan FELDA sebagai Tanah Rizab Melayu; dan (b) jumlah keluasan tanah FELDA yang sedang atau telah dimajukan sebagai kawasan perumahan atau pembangunan bercampur. Jika ada, di mana. 6. PR-1131-L3083 Dato' Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan bagi pelaksanaan RMK-9 mengambil kira aspek ekuiti Bumiputera di dalam sektor dan industri kritikal yang kini masih belum dapat diterokai dengan jayanya. Apakah strategi Kerajaan untuk memendekkan proses birokrasi di dalam RMK-9. 7. PR-1131-L3196 Dato' Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah pelatih yang telah dilatih di PLKN mengikut kaum dan jantina. Adakah Kerajaan akan memperkenalkan cadangan-cadangan baru bagi memperkenalkan dan memantapkan lagi program tersebut. 8. PR-1131-L3572 Tuan Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah bentuk-bentuk peruntukan dan jumlah peruntukan yang dapat diberikan oleh Kementerian untuk memajukan sektor pelancongan di Sabah. 9. PR-1131-L3673 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan :- (a) setakat manakah tahap keselamatan Depoh Simpanan Senjata kini di seluruh negara kerana telah berlakunya beberapa kecurian senjata yang telah dilakukan oleh anggota keselamatan sendiri; dan (b) bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kecurian ini daripada berlaku pada masa akan datang. 10. PR-1131-L3759 Dato' Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekolah-sekolah di mana terdapat hampir 50 orang pelajar di dalam satu kelas. 3 AUM DR 24/04/2006 11. PR-1131-L3695 Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang melebarkan jalan daripada simpang Pekan Kg. Awah ke Bandar Jengka dan dari simpang ke Jengka 18 ke Pusat Pelancongan Gunung Senyum. 12. PR-1131-L3620 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) fungsi Jambatan Timbang yang dibina di seluruh negeri Sabah tetapi gagal dan atau tidak langsung beroperasi seperti yang diharapkan; dan (b) alasan perbezaan ketara yang dikenakan ke atas cukai jalan kenderaan di antara negeri Sabah dan Sarawak. 13. PR-1131-L4114 Dato' Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang luar negara setakat ini. Dari jumlah tersebut berapakah faedah yang dikenakan dan berapakah yang telah dibayar oleh Kerajaan. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengurangkan bebanan hutang negara. 14. PR-1131-L3137 Datuk Ismail Bin Abd. Mutalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap-tahap kemiskinan secara perbandingan negeri-negeri di seluruh negara serta berapakah jumlah kes kemiskinan tegar mengikut negeri-negeri dan bilakah jangkaan Kerajaan kemiskinan tegar ini dapat dihapuskan. 15. PR-1131-L3391 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tanggungan dan ganti rugi oleh MAS terhadap kehilangan dan kerosakan kargo sejak tahun 2001. Apakah langkah-langkah untuk memantapkan perkhidmatan MAS dari segi keselamatan, pengawasan penghantaran dan penyimpanan kargo. 16. PR-1131-L2939 Dato’ Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan dadah begitu berleluasa dan mudah didapati di negara kita. 17. PR-1131-L3902 Datuk Richard Riot Ak. Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan Kementeriannya agar kesemua kampung atau rumah panjang di luar bandar Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik dari talian grid dalam Rancangan Malaysia Ke-9 ini. 4 AUM DR 24/04/2006 18. PR-1131-L4078 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) berikan butiran-butiran TOR (Term of Reference) terhadap skim penswastaan perkhidmatan kesihatan yang akan dilaksanakan pada tahun 2007; dan (b) siapakah perunding yang dilantik oleh pihak Kerajaan. 19. PR-1131-L3059 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang diambil oleh pihak Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru dalam aliran SJKC supaya masalah tersebut tidak akan berkekalan. 20. PR-1131-L4164 Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Bin Tun Said [ Kota Belud ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keuntungan Petronas pada tahun 2004 dan 2005 hasil dari kenaikan harga minyak dunia dan produk apa yang mendapat keuntungan tertinggi. Berapakah jumlah negara yang Petronas melibatkan diri dalam pelaburan dan di negara mana ia mendapat keuntungan terbesar serta kadar cukai yang dibayar oleh Petronas pada tahun 2004 dan 2005. 21. PR-1131-L3988 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebagai perancangan melindungi tanah tinggi, bukit bukau dan pulau-pulau di negara ini, satu kajian telah dijalankan beberapa tahun yang lepas. Apakah hasil kajian dan tindakan-tindakan susulan ke atas kajian tersebut. 22. PR-1131-L4075 Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah yang diambil bagi membolehkan 400 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang masih belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dapat didaftarkan. 23. PR-1131-L2843 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal satu Dasar Pengangkutan Negara untuk memastikan industri pengangkutan di negara ini benar-benar memberi keuntungan kepada pengusaha-pengusaha anak tempatan. 5 AUM DR 24/04/2006 24. PR-1131-L3283 Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan mengenai tindakan yang diambil ke atas pemaju yang gagal mematuhi syarat-syarat di dalam "Guidelines for Developers On The Design And Installation Of Sewerage System" (volume 1-5) yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. 25. PR-1131-L3496 Datuk Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendekatan yang diambil melalui kempen Belia Benci Dadah di IPT tempatan. Sejauh mana golongan mahasiswa akan lebih berkesan membantu menyebar mesej kempen ini. 26. PR-1131-L3150 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah- langkah terperinci Kerajaan untuk meningkatkan prestasi mutu kerja pihak polis dalam semua peringkat untuk mengelakkan aduan awam seperti insiden membotakkan rambut tahanan pemain mahjung dan sejauh manakah syor-syor Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia 2004 diimplementasikan dan kesannya. 27. PR-1131-L4007 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros Alhaj [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat "Government- Linked Companies" setakat tahun 2005 dan menyatakan prestasi keuntungan bagi setiap syarikat terbabit serta adakah satu garis panduan yang telah ditetapkan bagi tujuan pemantauan agar syarikat "GLC" terbabit berada pada tahap menguntungkan. 28. PR-1131-L3878 Tuan Mohd. Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan tentang kebebasan media yang banyak memaparkan berbagai perkara sehingga menggambarkan negara kita tidak selamat dan boleh sedikit sebanyak menakut-nakutkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. 29. PR-1131-L3780 Datuk Dr. Yee Moh Chai [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah masalah yang menyebabkan kekerapan gangguan bekalan elektrik di Sabah dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah yang segera dan serius ini. 6 AUM DR 24/04/2006 30. PR-1131-L2757 Datuk Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Kementerian telah membuat pengumuman, lebih 700 orang lulusan Ijazah yang mengikuti Kursus Perguruan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages17 Page
-
File Size-