KENYATAAN MEDIA GPS Gabungan Parti Sarawak (GPS) Menafikan

KENYATAAN MEDIA GPS Gabungan Parti Sarawak (GPS) Menafikan

KENYATAAN MEDIA GPS Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sebarang kaitan dengan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. GPS masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin. Parti GPS yang dianggotai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kekal berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah kerajaan Persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara. Tambahan pula ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Selaku Setiausaha Agung GPS dan PBB, saya ingin mengingatkan Datuk Seri Anwar agar menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadi. Sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, Datuk Seri Anwar seharusnya menghentikan sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi. Kepentingan rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan. GPS sekali lagi menegaskan bahawa parti ini menolak sekerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan bahawa Negeri Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS. Negeri Sarawak, yang diterajui oleh YAB Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri akan terus memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Dato’ Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dapat membawa banyak kebaikan kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak. DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI Setiausaha Agung GPS & PBB 23 September 2020 .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    4 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us