Aliakbar ADUN Pertama PAS Di Sabah

Aliakbar ADUN Pertama PAS Di Sabah

Aliakbar ADUN pertama PAS di Sabah BH 8.10.2020 Oleh Izwan Abdullah - Oktober 8, 2020 @ 12:03pm [email protected] Dr Aliakbar Gulasan KOTA KINABALU: Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan antara empat ahli politik yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, hari ini. Pelantikan itu menjadikan Aliakbar sebagai pemimpin pertama PAS Sabah menjadi ADUN di negeri itu. Tiga lagi yang dilantik ialah Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi; Bendahari UMNO Sabah, Suhaimi Nasir; dan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Libaran, Jaffari Waliam. Semua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama lima menteri dan 18 pembantu menteri di Istana Negeri, hari ini. Berikutan pelantikan itu, Aliakbar, 49, yang juga Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah pemimpin PAS pertama di Sabah menjadi ADUN di negeri itu. Beliau yang berasal dari Kampung Kota Ayangan, Keningau sebelum ini adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain memegang jawatan Setiausaha PAS negeri, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. PAS yang menyokong Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September lalu. Bagaimanapun, parti itu menurunkan jenteranya untuk membantu PN dan rakan sekutunya di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang kempen PRN berkenaan. Selepas GRS berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, pemimpin PAS Pusat dan UMNO menyatakan harapan supaya parti itu diberikan tempat sebagai ADUN Dilantik walaupun dibantah rakan parti tempatan khususnya Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). PBS dan STAR sebelum ini menjelaskan tiada perbincangan untuk melantik wakil PAS, selain menganggap kehadiran parti berasaskan Islam itu tidak bersesuaian dengan budaya di Sabah. PAS bagaimanapun sudah lama bertapak di Sabah dan pernah menyertai beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, namun gagal memenangi sebarang kerusi. .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us