Lima Umno Bahagian Di Johor Calonkan Dr Mahathir Dan Abdullah

Lima Umno Bahagian Di Johor Calonkan Dr Mahathir Dan Abdullah

05 MAR 2000 Umno-Johor LIMA UMNO BAHAGIAN DI JOHOR CALONKAN DR MAHATHIR DAN ABDULLAH JOHOR BAHARU, 5 Mac (Bernama) -- Kesemua lima bahagian Umno di Johor yang mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini telah mencalonkan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kelima-lima bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan hari ini ialah Ledang, Sungai Benut, Senai, Segamat dan Tenggara. Johor mempunyai 20 Umno bahagian dan sebanyak 15 bahagian lagi akan bermesyuarat sehingga akhir bulan ini. Bahagian Mersing akan bermesyuarat pada 12 Mac manakala bahagian Bakri pada 18 Mac. Empat bahagian lagi iaitu Johor Baharu, Gelang Patah, Parit Sulong dan Sri Gading akan bermesyuarat pada 19 Mac manakala pada 26 Mac, sembilan bahagian akan bermesyuarat iaitu Pulai, Pagoh, Tebrau, Kluang, Labis, Batu Pahat, Muar, Pontian dan Kota Tinggi. Bagi jawatan naib presiden, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan daripada kelima-lima bahagian yang bersidang hari ini. Abdul Ghani, Pengerusi Perhubungan Umno Johor, ialah antara tiga tokoh Umno dari Johor yang telah menawarkan diri untuk jawatan naib presiden pada pemilihan parti Mei ini. Dua yang lain ialah Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan Sri Muhyiddin Yassin. Syed Hamid ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Johor dan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi manakala Muhyiddin Ketua Umno Bahagian Pagoh. Ketua Menteri Sabah Datuk Osu Sukam pula mendapat dua pencalonan (Senai dan Tenggara) manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim, Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar masing-masing mendapat satu pencalonan. Dr Rais mendapat pencalonan daripada bahagian Sungai Benut manakala Mohd Isa bahagian Segamat dan Abu Hassan bahagian Ledang. -- BERNAMA MKO PR.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    1 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us