Naskhah belum disemak PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 55 Rabu 26 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3): - Kertas Putih “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State” (Halaman 28) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Penjara (Pindaan)(No.2) 2014 (Halaman 51) Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2014 (Halaman 78) Rang Undang-undang Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 2014 (Halaman 101) Rang Undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Pindaan) 2014 (Halaman 109) Rang Undang-undang Pendaftaran Perniagaan (Pindaan) 2014 (Halaman 124) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2014 (Halaman 125) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 108) DR.26.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Rabu, 26 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan dan perancangan kerajaan bagi mengawal perkembangan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan mengancam kestabilan negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengawal perkembangan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan mengancam kestabilan negara, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia akan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan dan mewartakan sesebuah pertubuhan di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang- undang berdasarkan risikan, maklumat. Bukti-bukti kukuh serta lengkap daripada Polis Diraja Malaysia terhadap aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan itu meliputi menyalahi, menyimpan ataupun menyeleweng daripada Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan negeri dan sistem pemerintahan demokrasi Raja Berparlimen. Setelah mengisytiharkan pewartaan di bawah seksyen 5 akta tersebut sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dilaksanakan, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak Pendaftaran Pertubuhan dan Polis Diraja Malaysia dan juga Kementerian Dalam Negeri dengan memantau dan seterusnya menangkap. Mendakwa pemegang jawatan dan anggota-anggota individu yang terlibat membantu dan menghasut untuk menyertai pertubuhan yang menyalahi undang-undang tersebut jika masih menjalankan aktiviti mereka seperti biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan isu ini iaitu apakah kementerian ada melakukan pemantauan dan mengikuti perkembangan terkini pertubuhan-pertubuhan haram seperti Comango, Negaraku dan Pasukan Peronda Sukarela DR.26.11.2014 2 Pulau Pinang atau PPS. Jika ia, nyatakan perkembangan mereka dalam usaha membendung sebarang aktiviti yang tidak sepatutnya. Terima kasih. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam jawapan yang pertama tadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa polis apabila sesuatu badan sama ada berdaftar ataupun tidak berdaftar diisytiharkan sebagai satu kesalahan yang tidak sah di bawah undang-undang, maka pemantauan dan tindakan polis secara risikan akan berterusan. Barang siapa ahli mereka masih menjalankan aktiviti sebagaimana yang menyebabkan mereka ini diisytiharkan sebagai badan tidak sah, maka tindakan boleh diambil di bawah undang-undang. Akan tetapi peringkatnya Tuan Yang di-Pertua, bukanlah peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ataupun pihak Jabatan Pertubuhan sahaja. Kertas siasatan perlu disalurkan kepada pihak pendakwa raya dan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dipertimbangkan dan akhirnya untuk memutuskan di bawah perlembagaan bahawa Peguam Negara adalah kata pemutus dalam sudut menuduh seseorang ke mahkamah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Soalan tambahan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah pertubuhan haram yang tidak berdaftar setakat hari ini dan berapa pertubuhan yang sudah berdaftar dengan kementerian. Minta penjelasan. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas soalan Yang Berhormat. Dua pertanyaan, satu berhubung dengan badan ataupun pertubuhan yang tidak berdaftar. Jadi, soalan badan yang tidak berdaftar ini, saya tidak boleh menjawab secara terperinci berapa banyak badan yang di luar sana kerana sebabnya tiap-tiap badan yang telah menjalankan aktiviti yang tidak didaftar perlu bukti-bukti daripada polis sebelum kita mengambil tindakan. Akan tetapi setakat ini badan yang tidak berdaftar yang telah kita isytiharkan sebagai badan yang tidak sah di bawah undang-undang ialah 49 yang diisytiharkan dahulu yang menjalankan aktiviti kongsi gelap. Baru-baru ini kita mengisytiharkan satu lagi badan yang dianggap menjalankan aktiviti politik yang berlebihan dan lain daripada apa yang ditetapkan oleh mereka sendiri di bawah perlembagaan mereka ataupun dalam objektif mereka semasa penubuhan dulu. ■1010 Ketiga ialah menjalankan aktiviti yang sebenarnya bukan peringkat mereka untuk menjalankan khususnya umpamanya PPS yang melaksanakan aktiviti mengawal keselamatan yang mana hak untuk mengawal keselamatan ini terletak di badan peringkat persekutuan di bawah perlembagaan. Jumlah semuanya ialah 54. Soalan yang kedua berhubung dengan yang didaftarkan saya perlu notis Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai fakta yang ada di sini. Terima kasih. DR.26.11.2014 3 2. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana keberkesanan program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) di dalam melahirkan agen-agen perubahan kesihatan masyarakat daripada kalangan anggota KEMAS dan JKKK untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan masyarakat serta apakah badan-badan bukan Kerajaan yang lain boleh juga mengambil bahagian. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang dilancarkan oleh saya pada 13 hari bulan Februari tahun ini dibangunkan untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat dengan membendung beban penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di Malaysia. Penyakit tidak berjangkit utama yang diberikan penumpuan oleh KOSPEN pada masa ini ialah diabetes mellitus atau penyakit kencing manis dan hypertension atau darah tinggi. Kedua-dua penyakit ini berfungsi faktor risiko yang sama iaitu amalan pemakanan yang tidak sihat, merokok dan obesiti. Oleh yang demikian, skop aktiviti KOSPEN terdiri daripada pemakanan sihat, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, tidak merokok dan aktiviti saringan penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya. Melalui KOSPEN, kementerian berusaha mendekatkan program-program kesihatan kepada masyarakat melalui pembentukan kumpulan sukarelawan kesihatan dari kalangan masyarakat yang dikenali sebagai Gerak Sihat Malaysia (GSiM). Mereka yang akan menerima latihan khusus oleh kementerian akan menjadi agen perubahan ke arah gaya hidup sihat di locality yang mengambil bahagian dan merekalah yang sebenarnya merupakan functional unit bagi KOSPEN di locality yang mengambil bahagian. Kumpulan yang terlatih berkemampuan memberikan khidmat nasihat kesihatan asas kepada masyarakat setempat menjadi penggerak dan pemangkin kepada pembentukan persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat serta berkeupayaan melakukan ujian saringan penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya yang mana kes-kes yang berisiko kemudiannya akan dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk tindakan lanjut. Bagi melaksanakan inisiatif ini dan memastikan capaian program yang meluas, kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional. Hubungan rapat KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional dengan masyarakat serta jalinan program yang meluas di peringkat akar umbi menjadikan mereka agensi pilihan untuk kementerian menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, kementerian amat mengalu-alukan penglibatan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk menjadi rakan kongsi strategik dengan kementerian dalam menjayakan dan meluaskan program ini. Sehingga September tahun ini sejumlah 2,190 locality KOSPEN telah dibentuk melibatkan kampung-kampung yang mempunyai JKKK. Seramai 7,391 orang sukarelawan telah dilatih oleh kementerian dan telah berjaya membuat saringan ke atas 16,211 orang penduduk dewasa yang lebih daripada 18 tahun. Terima kasih. DR.26.11.2014 4 Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Cuma saya ingin memberikan satu soalan tambahan. Kita maklum bahawa KEMAS dan JKKK ini secara realistiknya di bawah itu kalau dianjurkan program-program seperti ini
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages128 Page
-
File Size-