(31 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

(31 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (31 MAC 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif). Hari ini terdapat 134 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Miri (34), Hospital Bintulu (34), PKRC di bawah Hospital Kapit (22), Hospital Sibu (19), Hospital Umum Sarawak (12), Hospital Sarikei (10), PKRC Betong (2) dan PKRC Serian (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 13,389 orang atau 81.69% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,840 orang. Manakala, 180 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 B. Kes Kematian COVID-19 Baharu. Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 108 orang. I. Kes Kematian Ke-108. Kes kematian ke-108 merupakan kes ke-10,726 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 57 tahun yang telah dikesan positif COVID-19 pada 05 Mac 2021 melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang. Kes didapati bergejala batuk dan demam beberapa hari yang sebelum dimasukkan ke Hospital Sibu pada 06 Mac 2021. Semasa berada di wad, keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia 31 Mac 2021. Kes mempunyai ko- morbid penyakit gout. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. 2 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 C. Kes Baharu COVID-19. Hari ini terdapat 176 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Sibu (30), Kuching (29), Bintulu (25), Miri (19), Sarikei (13), Serian (11), Beluru (10), Meradong (8), Kapit (6), Matu (6), Julau (5), Samarahan (5), Sri Aman (5), Lawas (1), Marudi (1), Saratok (1) dan Simunjan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,390 kes. Daripada 176 kes baharu yang dilaporkan, seramai 33 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 117 orang kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan. Mereka ini terdiri daripada 117 orang yang merupakan individu yang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada: I. 100 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (16 orang bergejala). II. 47 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (tiada orang bergejala). III. 17 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan. 3 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 IV. 12 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada orang bergejala). D. Kluster Baharu [Tiga (3) Kluster Baharu]. Hari ini Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga (3) kluster baharu iaitu di Daerah Miri, Sibu dan Sarikei. Perincian kluster tersebut adalah seperti berikut: I. Kluster Jalan Kingsway, Miri. Kluster Jalan Kingsway adalah kluster di tempat kerja yang telah dikesan melibatkan sebuah premis kerajaan di Jalan Kingsway, Miri, Sarawak. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes Ke- 13,157 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 54 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Miri pada 17 Mac 2021. Kes ini yang bekerja sebagai anggota penguatkuasa di premis tersebut mula mengalami tanda dan gejala pada 12 Mac 2021. Siasatan mendapati indeks kes ini kemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti di Daerah Miri. Hasil pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas semua kontak rapat, ahli keluarga dan kontak kasual kepada kes indeks ini, tambahan 50 kes positif COVID-19 telah dikesan. Sejumlah 384 individu telah disaring dimana: 4 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 • 51 kes telah disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 173 individu didapati negatif saringan pertama, dan • 160 individu masih menunggu keputusan. Kesemua 51 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Miri atau di PKRC Miri. Kontak-kontak rapat kepada kes- kes positif ini pula telah dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan dan saringan COVID-19. II. Kluster Bulatan Aman, Sibu. Kluster Bulatan Aman, Sibu adalah kluster di tempat kerja yang telah dikesan melibatkan sebuah kilang di Jalan Upper Lanang, Bandar Sibu yang berdekatan dengan bulatan Jalan Aman di Daerah Sibu. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-14,193 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 52 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Lanang pada 19 Mac 2021. Indeks kes yang bekerja sebagai pemandu lori di bawah rangkaian operasi kilang tersebut mula mengalami tanda dan gejala pada 18 Mac 2021. Siasatan lanjut mendapati indeks kes ini kemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti di Daerah Sibu. Hasil siasatan lanjut juga mendapati perebakan jangkitan COVID-19 telah berlaku di rumah panjang kediaman indeks kes di Nanga Assan, Sibu. 5 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 Hasil siasatan awal dan aktiviti pengesanan kes secara aktif serta saringan ke atas ahli keluarga dan rakan sekerja kepada indeks kes ini, tambahan 42 kes positif COVID-19 telah dikesan yang terdiri daripada 18 orang kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan 24 orang kontak rakan sekerja. Sejumlah 89 individu telah disaring dimana: • 43 kes telah disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • 23 individu didapati negatif dan • 23 individu masih menunggu keputusan. Kesemua 43 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Sibu dan telah dimasukkan ke PKRC Sibu bagi tujuan rawatan lanjut dan pengasingan. III. Kluster Jalan Baji, Sarikei Kluster Jalan Baji, Sarikei adalah kluster komuniti yang telah dikesan melibatkan sebuah kawasan perumahan di Jalan Baji, Sarikei. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-15,394 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 16 tahun yang telah dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sarikei. Kes didapati reaktif ujian RTK Antigen pada 25 Mac 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC Sarikei untuk rawatan dan pengasingan serta disahkan positif COVID-19 melalui ujian rT-PCR pada 28 Mac 2021. Kes ini yang belum bekerja kemungkinan telah mendapat jangkitan dari komuniti di sekitar Bandar Sarikei. 6 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 Hasil pengesanan kes secara aktif dan saringan ke atas semua kontak rapat, ahli keluarga dan kontak kasual kepada indeks kes ini, tambahan 19 kes positif COVID-19 telah dikesan. Sejumlah 29 individu telah disaring dimana; • 20 kes telah disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks; • Lima (5) individu didapati negatif dan • Empat (4) individu masih menunggu keputusan. Kesemua 20 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei dan telah dimasukkan ke PKRC Sarikei bagi tujuan rawatan lanjut dan pengasingan. E. Kluster Yang Masih Aktif. Hari ini sebanyak 36 kluster yang masih aktif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kluster yang melaporkan terdapat penambahan kes. Manakala 24 kluster lagi tidak ada penambahan kes. F. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak Hari ini, Daerah Beluru telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah merekodkan sejumlah 28 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga sebanyak lima (5) daerah. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 Daerah Song telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah mencatatkan hanya 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning sebanyak 16 daerah. Manakala 11 daerah kekal berstatus Merah dan lapan (8) daerah kekal berstatus Hijau. Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives Jaga Sarawak, Intu Sarawak SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK 31 MAC 2021 5.00 PETANG 8 Kenyataan Media JPBN Bil 90/2021 MAKLUMAT TAMBAHAN 1. LAPORAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK ACTIVE CASES (Total Cases still in Cumm. Positive Cases 16,241 ward and under medical supervision) 2,840 17.33% New Cases 176 Cases in Intensive Care Unit (ICU) 16 0.10% Total Samples by Individu 573,533 Intubated Cases 23 0.14% Cumm. Positve Cases 16,390 Total COVID-19 Death Cases 108 0.66% IR per 100,000 population 531.30 Total Non-COVID-19 Death Cases 47 0.29% Lab. Results (PUI) New Cummulative Recovered and discharged cases 13,389 81.69% Negative 5 12,677 New Cummulative Patient Under Investigation (PUI) PUI Pending Result 0 0 180 29,067 Hospital & PKRC Hospital SGH Hospital & Hospital Hospital Hospital Hospital PKRC PKRC PKRC PKRC PKRC DI Hospital Current Status PKRC Sipitang, Sungai TOTAL Kuching PKRC Sibu Bintulu Miri Limbang Sarikei Betong Mukah Serian Lawas Semuja Sri Aman Kapit Sabah Buloh ACTIVE CASES (Total Cases still in ward and under medical supervision) 339 615 427 489 5 163 95 30 25 179 2 428 43 0 0 2,840 Kes di Intensive Care Unit (ICU) 6 7 0 3 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 16 Intubated cases 1 17 4 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 23 Total COVID-19 Death Cases 20 68 10 8 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 108 Total Non-COVID-19 Death Cases 7 18 5 10 0 0 6 1 0 0 0 0 0 0 0 47 Recovered and New 12 19 34 34 0 10 22 2 0 1 0 0 0 0 0 134 discharged cases Cummulatiive 2,360 5,487 1,360 1,883 10 654 1097 363 28 49 3 1 90 1 3 13,389 Total re-admmission cases (Re-tested Positive) 9 9 3 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 22 TOTAL NOT ADMITTED 3 4 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 8 TOTAL ADMISSION (Individu) 2,724 6,183 1,797 2,392 15 820 1,203 395 54 228 5 429 133 1 3 16,382 DAERAH MERAH (11) Kes Patient Under Kematian Bukan Kematian Jumlah kes yang Jumlah kes Jumlah kes Kes Discaj InvestigatiOn COVID-19 COVID-19 COVID-19 masih dalam rawatan yang tempatan yang No.

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    21 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us