Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 53 Isnin 11 November 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 24) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.15 (Halaman 25) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Anggaran Pembangunan 2020 Jawatankuasa:- Maksud P.15 (Halaman 25) DR.11.11.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Isnin, 11 November 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] ____________________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memberikan satu atau dua ungkapan. Selamat pagi Tun, Pagi ini tiada pantun. [Ketawa] Saya jemput Yang Berhormat Taiping untuk mengemukakan pertanyaan. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan sekalian. Saya mulakan dengan serangkap pantun. [Ketawa] Boleh ya? Izinkan ya. Buat apa mencari permata, Kalau emas selami besi, Buat apa menimba harta, Kalau sumbernya hasil korupsi. 1. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah tindakan yang akan diambil dalam usaha memastikan kerja-kerja projek kerajaan baharu dilaksanakan dengan kos yang lebih berpatutan demi kepentingan semua rakyat. Menteri Kerja Raya [Tuan Baru Bian]: Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya pun tidak ada pantun untuk menjawab tetapi ada jawapan untuk soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha memastikan projek kerajaan baharu dilaksanakan dengan kos yang lebih berpatutan demi kepentingan semua rakyat, maka semua perolehan bagi projek kerajaan akan ditawarkan secara tender terbuka seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Di samping itu pula, pihak kementerian akan melaksanakan Makmal Pengurusan Nilai atau Value Management Workshop, dengan izin, bagi setiap projek dengan kos yang melebihi RM50 juta sebagaimana yang telah diwajibkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Makmal Pengurusan Nilai merupakan satu management tools DR.11.11.2019 2 di dalam pelaksanaan projek untuk mencapai nilai untuk wang atau value for money, dengan izin, bagi setiap projek. Sekian, terima kasih. Tuan Teh Kok Lim [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Berikutan isu kelembapan ekonomi dan perbelanjaan berhemah oleh kerajaan baharu, soalan saya, adakah kerajaan bersedia menimbangkan kaedah- kaedah baharu bagi merancakkan lagi ekonomi melalui sektor pembinaan? Sebagai contoh, melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan mewujudkan projek-projek kecil yang berimpak besar di seluruh negara ataupun kerajaan boleh menimbangkan kaedah skim bayaran tertangguh bagi projek-projek berskala besar yang mungkin tidak dapat ditampung peruntukan menerusi kaedah belanja tahunan biasa. Minta jawapan daripada Menteri. Tuan Baru Bian: Terima kasih Yang Berhormat Taiping kerana dengan mengemukakan soalan, walaupun dalam cara soalan tetapi ini adalah cadangan. Cadangan satu atau soalan satu itu “...melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan mewujudkan projek-projek kecil yang berimpak besar...”. Saya dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua, dulunya ini telah dilaksanakan dan saya merasakan ini adalah satu cadangan yang baik dan kita akan kaji ini semula dan kita akan angkat ini kepada Jemaah Menteri dan akan dipertimbangkan. Keduanya, isu atau soalan yang dibangkitkan juga menimbangkan sekiranya kaedah skim bayaran tertangguh atau deferred payment ataupun dalam bahasa Inggeris, bagi projek-projek berskala besar yang mungkin tidak dapat ditampung peruntukan menerusi kaedah belanjawan tahunan biasa. Tuan Yang di-Pertua, kementerian pun telah menerima beberapa cadangan daripada segi ini, cara-cara deferred payment ini dan kita juga akan kaji ini dan kita akan angkat ini kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan. Terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya sebagai anak Kelantan merakamkan sembah tahniah sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Yang ke-V Kali Yang Ke-50 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah di sana ada pengecualian apabila disebut berkenaan dengan tender terbuka? Adakah di sana ada beberapa pengecualian, di mana akan dilaksanakan secara runding terus sebagai mana kontroversi yang berlaku di– isu yang berlaku di Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Bharu di Tunjung dengan tender RM450 juta. Juga saya tidak mendapati Menteri menyebut berkenaan dengan dasar kepada kontraktor Bumiputera, maka di sana adakah adanya dasar-dasar tertentu daripada pihak kerajaan untuk kontraktor Bumiputera? Terima kasih. ■1010 Tuan Baru Bian: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Secara dasarnya kerajaan sekarang ini adalah menggunakan tender terbuka tetapi ada juga pengecualian atas dasar ini yang kita sudah maklumkan sekiranya isu itu mengenai isu security, dan keduanya kalau sekiranya cadangan itu adalah satu area yang mana tidak ada orang lain yang boleh berbuat DR.11.11.2019 3 cadangan projek itu, itu pun akan boleh diangkat dan akan dipertimbangkan. So, ini adalah satu peluang atau pengecualian mengenai tender terbuka. Mengenai isu kontraktor bumiputera, kita faham bahawa G1 itu adalah di bawah RM200,000, kontrak itu harus diberikan kepada kontraktor bumiputera. Terima kasih. 2. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah dan usaha Kerajaan untuk menentukan hala tuju kewangan Islam mampu memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan ekosistem ekonomi negara sekali gus berupaya untuk memperkasakan sistem ekonomi kewangan Islam? Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Nibong Tebal yang dijadualkan pada 14 November 2019 memandangkan ia melibatkan perkara yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kewangan Islam merupakan komponen penting yang sentiasa menjadi salah satu fokus utama dalam agenda pembangunan sistem kewangan di Malaysia. Kerajaan dan agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta semua institusi kewangan Islam di Malaysia telah bersama-sama berusaha membina sebuah ekosistem yang kukuh dan berdaya saing dalam memacu kemajuan sektor kewangan Islam negara ini. Hasil usaha yang berterusan dan tersusun telah berjaya mengekalkan kedudukan Malaysia di tempat teratas daripada 56 buah negara dalam pelbagai dimensi indikator kemajuan kewangan Islam pada peringkat global sebagaimana yang dilaporkan pada setiap tahun oleh Laporan Pembangunan Kewangan Islam yang diterbitkan oleh Thomson Reuters sejak tahun 2013. Di samping itu, Malaysia International Islamic Financial Center (MIFC) telah memainkan peranan yang penting pada peringkat awal pengantarabangsaan kewangan Islam melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif terutamanya dengan sokongan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Penaung Diraja untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. MIFC juga menganjurkan Majlis Anugerah Diraja Kewangan Islam setiap dua tahun bagi memberikan pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang kewangan Islam. Meskipun sistem kewangan Islam telah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan, kerajaan sentiasa menambah baik sistem penyampaian kewangan Islam agar ia dapat menjana impak yang positif kepada rakyat. Antara langkah yang telah dan sedang diambil adalah bagi mencapai objektif yang pertama iaitu menentukan hala tuju kewangan Islam. Ada tiga langkah yang kita ambil. Pertama, pengukuhan rangka kerja perundangan, pengawal seliaan dan pematuhan syariah. Antaranya melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 bagi memastikan kestabilan DR.11.11.2019 4 sistem kewangan Islam dan memastikan aspek syariah dipatuhi sepenuhnya oleh institusi kewangan Islam serta menerbitkan 14 piawaian syariah untuk memberikan garis panduan yang jelas dan komprehensif mengenai kontrak-kontrak syariah dan aplikasi operasinya. Piawaian syariah ini turut dijadikan rujukan bagi membangunkan piawaian syariah di negara-negara lain seperti Qatar dan Afghanistan. Kedua, bagi mencapai objektif menentukan hala tuju kewangan Islam ini adalah penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) oleh Kementerian Kewangan pada Ogos 2019 untuk mempromosikan dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam serta bertanggungjawab menyelaraskan peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan untuk meningkatkan industri kewangan Islam di Malaysia. Ketiga, pengenalan konsep pengantaraan berasaskan nilai ataupun value based intermediation ataupun singkatannya VBI sejak tahun 2017 bagi menyokong pencapaian matlamat pembangunan mampan (sustainable development goals) oleh Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu. Objektif kedua iaitu usaha untuk memperkasakan sektor kewangan Islam ialah: (i) penerokaan instrumen kewangan sosial bagi mengurangkan jurang pembiayaan dan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages138 Page
-
File Size-