(29 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

(29 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam W

Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK KENYATAAN MEDIA (29 JUN 2021) 1. LAPORAN HARIAN A. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di PKRC. Hari ini terdapat 608 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu: • 130 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu; • 120 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak; • 118 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu; • 57 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit; • 57 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri; • 55 kes dari PKRC Mukah; • 38 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei; • 28 kes dari Hospital Sri Aman dan PKRC Sri Aman; • 2 kes dari Hospital Limbang; • 1 kes dari PKRC Serian; • 1 kes dari PKRC Betong; dan • 1 kes dari PKRC Lawas. 1 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 53,746 orang atau 83.36% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak. Jumlah kes aktiF yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,171 orang. B. Kes Baharu COVID-19. Hari ini terdapat 242 kes baharu COVID-19 dikesan. Sejumlah 135 atau 55.78 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah daerah Kuching (51), Sibu (27), Bintulu (20), Miri (19), Mukah (18), Tatau (15), Sarikei (11), Bau (9), Belaga (7), Kanowit (7), Kapit (6), Telang Usan (6), Serian (6), Subis (5), Sebauh (5), Saratok (5), Pakan (4), Dalat (4), Selangau (4), Song (3), Sri Aman (3), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Bukit Mabong (1), Beluru (1), Simunjan (1), Betong (1) dan Samarahan (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 64,475. 2 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 Daripada 242 kes baharu yang dilaporkan, seramai 30 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 191 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada; • 155 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positiF COVID-19 (6 kes bergejala); • 36 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktiF sedia ada (5 kes bergejala); • 32 kes merupakan lain-lain saringan di Fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala); • 19 kes merupakan saringan individu bergejala di Fasiliti kesihatan. C. Kes Kematian Covid-19 Baharu. Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 408 orang. Ringkasan dua (2) kes kematian tersebut adalah seperti berikut: 3 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 Ringkasan kes kematian pada 29 Jun 2021 Tarikh Ujian No. Jantina Umur Hospital / Tempat Ko-morbid / Latar belakang Daerah Asal Pengesahan Kematian (Asal) (Tahun) Kematian penyakit COVID-19 Lelaki Jenazah dibawa ke Darah tinggi dan dislipidemia 407 Sarikei 92 24 June, 2021 (Sarawak) Hospital Sarikei (Kluster Simpang Koko) Perempuan Darah tinggi dan kencing 408 Miri 65 Hospital Miri 7 June, 2021 (Sarawak) manis Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. D. Kluster Baharu [Dua (2) Baharu]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Tema Saan, Tebedu dan Kluster Nanga Belungai, Tatau. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut: I. Kluster Tema Saan, Tebedu. Kluster Tema Saan merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah penempatan di Kampung Tema Saan, Tebedu. Sejumlah 222 individu telah disaring di mana; • 41 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan • 181 kes adalah negatiF dalam saringan pertama. Kesemua kes positiF COVID-19 telah dimasukkan ke PKRC Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. 4 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 II. Kluster Nanga Belungai, Tatau Kluster Nanga Belungai merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Nanga Belungai, Sungai Kakus, Tatau. Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan pada 13 Jun 2021 serta pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk di rumah panjang tersebut. Sejumlah 51 individu telah disaring di mana: • 13 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks; dan • 38 kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positiF COVID-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. E. Kluster Tamat [Satu (1) Kluster Tamat]. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Jalan Simpang Tiga, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini. 5 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 F. Kluster Yang Masih Aktif. Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 98 kluster. Sebanyak 12 kluster aktiF yang telah merekodkan 37 penambahan kes baharu manakala 86 kluster tidak merekodkan penambahan kes. G. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak. Hari ini, daerah Kabong telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada lapan (8) daerah dan jumlah daerah berstatus jingga telah menurun kepada dua (2) daerah. Manakala, jumlah daerah berstatus Merah kekal 29 daerah dan daerah berstatus Hijau juga kekal satu (1) daerah. 2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 55 kompaun di daerah Kuching (22), Serian (13), Bintulu (5), Kanowit (5), Kota Samarahan (5), Miri (2), Sibu (1), Bau (1) dan Padawan (1) kerana telah melanggar SOP seperti berikut: i. Memancing ditempat awam dan sabong ayam (19) ii. Tidak memakai pelitup muka (8) iii. Berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah (7) iv. Membawa penumpang melebihi had (7) 6 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 v. Rentas daerah tanpa permit (5) vi. Gagal mengimbas MySejahtera (4) vii. Gagal mematuhi maksimum 30% kehadiran pekerja (2) viii. Keluar dari kawasan PKPD tanpa kebenaran (1) ix. Beroperasi tanpa kebenaran (1) x. Melanggar arahan kuarantin (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,489 kompaun. Manakala, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan empat (4) kompaun di bawah seliaan MP Kota Samarahan (1), MD Sri Aman (1), MB Miri (1) dan MD Luar Bandar Sibu (1) atas kesalahan pelanggaran SOPseperti berikut: i. Tidak mengemaskini buku daftar/buku daftar tidak lengkap (3) ii. Beroperasi melebihi masa yang dibenarkan (1) Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 01 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,190 kompaun. 7 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 3. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut: A. Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 Tambahan bagi perkhidmatan perlu (essential services) yang dibenarkan untuk beroperasi berkuatkuasa 29 Jun 2021 adalah Sektor Kredit Komuniti. B. Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. Kuarters Pekerja Sebangun, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu (28 Jun hingga 11 Julai 2021) ii. Setinggan Pulau Riam, Sangan, Tatau (29 Jun hingga 12 Julai 2021) iii. Rh. Lewis, Kampung Batu Besai, Sri Aman (29 Jun hingga 12 Julai 2021) iv. Rh. Unchie, Ng Ingu Ili, Kabo, Saratok (29 Jun hingga 12 Julai 2021) v. Rh. Muda, Issu Bangat, Betong (30 Jun hingga 13 Julai 2021) vi. Rh. Edwin, Batu 4, Sebetan, Saratok (30 Jun hingga 13 Julai 2021) vii. Rh. Ngendin, Emplaie Ulu, Saratok (30 Jun hingga 13 Julai 2021) 8 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 C. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi: i. Kampung Goebilt, Kuching (29 Jun 2021) ii. Kampung Muara Tebas, Kuching (29 Jun 2021) iii. Kampung Munggu Sabun, Simunjan (29 Jun 2021) iv. Rh. Achun anak Imban, Nanga Kelebu, Tatau (29 Jun 2021) v. Rh. Baha, Kampung Luchong, Tanjung Bijat, Sri Aman (29 Jun 2021) vi. Rh. Rebi, Kampung Stumbin, Tanjung Bijat, Sri Aman (29 Jun 2021) vii. Rh. David, kampung Gran Ban, Tanjung Bijat, Sri Aman (29 Jun 2021) viii. Rh. Jack, Kerepok Ulu, Banting, Lingga, Sri Aman (29 Jun 2021) ix. Kuarters Pekerja Kemena Holdings, Jalan Baru Tatau-Bintulu, Tatau (29 Jun 2021) x. Kuarters Pekerja Ladang Semai Mekar, Bintulu (29 Jun 2021) xi. Rh. Jau Dungau, Long Seripa, Tubau, Sebauh (29 Jun 2021) xii. Rh. Peter anak Suring, Silas Tabau, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu (29 Jun 2021) xiii. Kuarters Pekerja Shem Lee, Bintulu (29 Jun 2021) Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives Jaga Sarawak, Intu Sarawak SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK 29 JUN 2021 5.00 PETANG 9 Kenyataan Media JPBN Bil 180/2021 MAKLUMAT TAMBAHAN 1. LAPORAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK Previous Cumm. Positive ACTIVE CASES (Total Cases still 64,233 in ward and under medical 10,171 15.78% Cases supervision) Cases in New Cases Intensive Care Unit 94 0.15% 242 (ICU) Total Samples by Individu 1,157,514 Intubated Cases

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    25 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us