MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 14 NOVEMBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 63 _____ PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 195-100493 Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menempatkan jururawat atau jururawat masyarakat di klinik desa di mana ramai pesakit memerlukan rawatan. 2. 160-100981 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan "breakdown" jumlah kerugian sebelum cukai bagi suku pertama tahun 2005 yang dilaporkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Juta oleh Sistem Penerbangan Malaysia baru-baru ini. 3. 156-100269 Datuk Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sambutan negara-negara ASEAN terhadap tujuh inisiatif yang digariskan oleh Perdana Menteri untuk mengukuhkan institusi ASEAN seperti dalam ucapannya sempena menyambut Hari ASEAN baru-baru ini. Apakah kesungguhan negara anggota terhadap pewujudan komuniti ekonomi ASEAN. 4. 202-100230 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah tempoh konsesi Jambatan Pulau Pinang akan tamat. Berikutan dengan pelebaran jambatan adakah tempoh konsesi akan dilanjutkan lagi. 5. 169-101410 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah benar laporan yang menyatakan bahawa peratusan guru-guru yang mengidap sakit mental adalah tinggi seperti yang dinyatakan oleh Kesatuan Sekerja Profesion Pendidikan (NUTP). Adakah kajian menyeluruh telah dibuat bagi mengenal pasti kesahihan bahawa guru-guru menanggung beban kerja yang melampau sehingga menyebabkan ramai guru yang menghidap tekanan mental. 2 AUM DR 14/11/2005 6. 157-100888 Datuk Juslie Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan masih bergantung kepada buruh asing untuk sektor perladangan. Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan kebergantungan buruh asing dan beralih kepada pekerja tempatan. 7. 33-100329 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan program-program Pembangunan Modal Insan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk dilaksanakan. 8. 158-100168 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:- (a) usaha Kerajaan dalam menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pengajaran terutama di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta; dan (b) cadangan untuk mengurangkan kuota pengambilan pelajar dalam bidang yang "Common" seperti Sastera, Ekonomi dan lain-lain serta menumpukan perhatian terhadap bidang- bidang kritikal seperti Perubatan, Sains dan Bio-teknologi. 9. 168-101142 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pendekatan dan perancangan Kementerian di bawah KEMAS bahawasanya bilangan besar kanak-kanak di pedalaman khusus mereka yang tinggal di beberapa buah rumah panjang di Mukim Pegalungan Parlimen Pensiangan perlu mendapatkan pendidikan asas pra-sekolah. 10. 127-100083 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengatasi masalah pengendali siaran TV dan Radio yang melanggar akta penyiaran dan penapisan sesebuah filem, drama dan iklan yang bertentangan dengan norma dan budaya negara. 11. 94-100172 Tuan Haji Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan mengapakah Kementerian menunggu begitu lama untuk mengambil tindakan mewajibkan semua pelanggan, pengguna dan pemilik kad "sim" prabayar telefon bimbit mendaftarkan butiran peribadi mereka. 3 AUM DR 14/11/2005 12. 11-100969 Dato’ Haji Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kekosongan jawatan guru mata pelajaran kritikal seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di luar bandar. Apakah perancangan Kementerian bagi memastikan masalah berkaitan. 13. 182-101358 Tan Sri Law Hieng Ding [ Sarikei ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar asing yang belajar di Malaysia dan apakah langkah -langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelajar asing datang belajar di Malaysia. 14. 217-100358 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, kesalahan jenayah dan pecahan berdasarkan jumlah ditahan di sesuatu lokasi, sebab ditahan dan kewarganegaraan dan nyatakan apakah jumlah kos bagi penguatkuasaan dan kegunaan sumber manusia yang ditanggung oleh Malaysia. 15. 119-100821 Tuan Wong Nai Chee [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan mengumumkan kriteria- kriteria dan garis panduan yang jelas berkenaan dengan permohonan untuk biasiswa JPA supaya tidak akan wujudnya kekeliruan di kalangan pemohon. 16. 199-100743 Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan ke negara manakah kereta Proton dieksport pada tahun 2005 dan berapakah jumlahnya. 17. 40-100647 Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula lesen kenderaan motor untuk kenderaan yang menggunakan enjin diesel memandangkan harga pasaran minyak diesel telah meningkat naik. 18. 219-101038 Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berniat mengurangkan jurang perbezaan tahap pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di negara kita. Jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasinya. 4 AUM DR 14/11/2005 19. 201-100384 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah rumah PPRT yang telah didirikan mengikut negeri-negeri dan kosnya pada tahun 2000 hingga kini. 20. 91-100611 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyusun semula struktur pentadbiran, perjawatan dan kewangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) agar peranannya lebih berkesan dalam memperkasakan Parti dan Kerajaan. 21. 208-100189 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab Kerajaan perlu memulihkan Dasar Ekonomi Baru padahal ia bukan sahaja gagal mencapai matlamat asal tetapi mengabaikan tuntutan kaum lain dan apakah bentuk jaminan Kerajaan bahawa DEB versi baru ini akan berserampang dua mata iaitu meningkatkan (kek ekonomi) antara rakyat sambil memastikan keadilan terlaksana. 22. 14-100789 Dato’ Paduka Haji Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah kumpulan ajaran sesat yang sedang giat berjalan di Malaysia dan berapa ramaikah pada keseluruhannya pengikut-pengikut ajaran tersebut dan setakat ini berapa banyakkah kumpulan tersebut yang dapat diambil tindakan. 23. 3-100124 Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana Kementerian bercadang untuk menurunkan kos pengeluaran padi dan meningkatkan pengeluarannya supaya industri padi kita kompetitif. Dengan kenaikan harga petroleum, baja kimia yang berkait rapat dengan bahan ini turut mengalami kenaikan harga. 24. 167-100480 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selain daripada elaun bulanan yang diberikan kepada para pesara seperti tentera, polis, guru-guru dan lain-lain pada setiap bulan apakah keistimewaan-keistimewaan yang lain diberikan kepada mereka. 25. 134-101401 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapakah ada di antara pengeluar kereta yang bertaraf Nasional yang langsung tidak mempunyai pusat penyelidikan sendiri (R & D) dan hanya bergantung kepada syarikat pembuat asal. 5 AUM DR 14/11/2005 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2006 (D.R. 23/2005) Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2006 seperti berikut: “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada tiga puluh lima bilion lima ratus dua juta empat puluh empat ribu enam ratus ringgit (RM35,502,044,600) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2006, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2006, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 2005, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan. “ Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. 2. (D.R. 25/2005) Rang Undang-undang Saraan Hakim Bacaan (Pindaan) 2005 Kali Yang Kedua 3. (D.R. 26/2005) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) “ 2005 4. (D.R. 27/2005) Rang Undang-undang Kewangan 2005 “ 5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keempat Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 14) sebanyak USD64,300 (RM244,340) dan caruman kepada Interim Trust Fund (ITF) sebanyak USD11,496.05 (RM43,685). “ 6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages20 Page
-
File Size-